Tuesday, February 10, 2009

Sakit Perut

Assalamualaikum,

entry ni takde kene mengena dengan tajuk di atas, sajer nak buat tajuk yang pelik

anyway, semalam, politik negara Malaysia sekali lagi digemparkan dengan kisah seorang Ahli Parlimen Perak, Allahyarham Roslan Shaharom sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang, dan juga penarikan diri seorang ADUN KEDAH, selepas didesak, diugut, family diugut untuk bertukar dari Pakatan kepada Barisan. ini bukan spekulasi, tapi cerita benar. kalau di Perak, mereka diugut untuk lompat parti, dan ianya nyata berjaya, tapi di KEDAH, ianya berbeza, diugut, dan tidak mahu diugut serta melompat parti, dia meletakkan jawatan. means = dia jujur, dan dinyatakan, dia ditawarkan RM5 juta untuk melompat parti. 

takpelah, semoga ALLAH memberikan kemenangan kepada yang berhak. serta semoga kita mendapat hikmah disebalik kejadian yang tidak diingini berlaku. mungkin, ada petunjuk yang sangat jelas dikemudian hari nanti, insyaALLAH...

sebenarnya, sebelum pilihanraya 8 Mac 2008, akal ini pernah berfikir. merenung kejadian dan situasi pilihanraya serata dunia, seperti HAMAS menang di Palestin, pasti ISLAM menang di TURKI, sebenarnya, gelombang itu hampir menjadi di MALAYSIA, cuma, gelombangnya tidak berapa kuat. hanya dapat separuh je gelombang pertukaran itu sampai ke MALAYSIA. tapi mulut ini tidak pernah memberitahu sesiapa, cuma simpan dalam hati.

selepas ini? menggunakan peluang yang diberikan (a.k.a kuasa, kerajaan dsb) untuk berkhidmat sebaik mungkin...

aminnn...

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...