Wednesday, August 20, 2008

Sanggup ke aku?

Assalamualaikum,

kelmarin, pergi solat maghrib di masjid, selepas lama juga tak pergi berjemaah sama2 di masjid. sebab dah seminggu ke putrajaya, so, solat pun jama' qasar je banyak, so, solat berjemaah juga, cuma tak berjemaah di masjid je.

anyway, masa sampai di masjid, nak keluar daripada kereta, ternampak seorang pemuda, keluar daripada kereta, itu tak menjadi masalah, tetapi, dia keluarkan tongkat kaki, yang biasa digunakan oleh orang yang patah kaki.

"waahhhh.....bagus lelaki ni"bisik hati, akan tetapi tak nak diluahkan, takut2 nanti riya' dan ego yang keluar pulak. bukan apa, terfikir, dia ni yang kakinya pun tak berapa nak ok, sanggup lagi drive kereta, bawa ke masjid, kemudian nak solat sekali pun. adeiii...sekali fikir, die yang tak berapa nak sihat, masih mampu nak ke masjid, berjemaah, akan tetapi, aku nih? sebab nak jaga anak je, tak pegi masjid.

memang betul, lagi2 di rumah, time maghrib, baby memang kita kene pegang, so, biasanya, nak maghrib, saya akan pegang baby, supaya kurang gangguan dari "makhluk2 lain". akan tetapi, itu dijadikan alasan. bukan kene drive pun, biasanya, ayah yang drive, gua ikut masuk kereta je.

ish ish ish...itu yang terfikir sejenak, orang yang tak mampu, tapi punya keinginan yang kuat untuk berjemaah, sanggup buat apa sahaja. tapi kalau tak de keinginan, duduk sebelah masjid pun jangan harap nak jejak kaki solat berjemaah kat masjid tu.

moga ALLAH teruskan istiqamah pada diri ini untuk terus berjemaah di masjid...aminnnn....

=====================

anyway, ni gambar masa konvo tu. actually, nak amik gambar, sekali hujan lak time keluar dari dewan tu, so, amik gambo sengal2 je. ni pun amik dari multiply my wife..haha...

orait...


3 comments:

Mashizaki Keikan said...

zakri yang poyo-poyo kesengalan...

musafir said...

serius!!
gambar nta semat!!
serius!!






(??....)

zakri said...

gua memang sentiasa sengal...

tapi kene ada masa tak sengal gak...

nak kene hensem depan bini, orang takde bini, tak payah smart2 pun..

keh keh keh...