Monday, February 25, 2008

Sleepy...

Assalamualaikum,

mmm...dalam hidup ini, lebih2 lagi, kepada pemandu yang agresif dan aktif, yang sentiasa memandu ke pelbagai tempat, ke pelbagai kawasan, ada satu musuh utama yang sangat digeruni....iaitu "MENGANTUK!!"

mengantuk? itu kan perkara biasa dalam memandu, kita bosan memandu, mata pun kuyu...lagi2 kalau memandu tu, pengiring yang sepatutnya mengiringi pemandu, turut sama menidurkan mata dengan senang hati...

mengikut kajian yang dilakukan oleh US national sleep foundation pada 2005, lebih 60 peratus pemandu telah memandu dalam keadaan mengantuk pada tahun sebelumnya. impaknya?

impak kepada keadaan mengantuk ini, adalah sangat-sangat bahaya...terlalu bahaya kalau nak diterangkan. jika kita mengantuk, dan terlelap cuma setengah saat (0.5 saat), kita bakal membunuh diri kita sendiri, dan orang lain, yang tidak bersalah...

saya sendiri pernah melihat kejadian orang terlelap ketika dalam perjalanan daripada segamat, pulang ke JB, atas highway...ada sebuah proton wira, warna merah, daripada kiri jalan, ke kanan, seperti nak memotong, tiba-tiba, kereta tu berpusing ke arah tepi jalan, masuk gaung yang cuma 2 meter. dan kereta itu terus terbalik...nak tolong, tapi tengah 120km/j, dan di arah bertentangan, so, tak dapat nak tolong, kejap je, lepas tu, penuh kereta yang berhenti dan tolong...

bahaya kan? sangat2 bahaya...nasib baik, ketika itu, takde kereta lain disebelahnya, kalau tak, mungkin ada orang yang tidak bersalah akan kemalangan juga.

cuba fikirkan, kalaulah kita tak buat persediaan yang sepatutnya, mungkin keadaan kita akan seperti pemandu yang tadi tu...

mitos dan fakta

mitos : lebih selamat memandu di waktu malam, kerana dapat menghindar traffic di siang hari
fakta : jika kita memandu ketika masa kita sepatutnya tidur, ianya lebih sukar untuk berjaga, kerana kita telah mengganggu masa badan berehat

mitos : ianya bagus untuk memulakan perjalanan selepas balik bekerja di petang hari
fakta : ia sebenarnya adalah masa yang paling teruk untuk memulakan perjalanan, ini kerana ketika bekerja, kita telah menggunakan tenaga fizikal dan mental untuk membuat tugasan dan kerja, dan ianya akan sangat meletihkan fizikal dan mental

mitos : musik yang kuat akan membantu kita tetap berjaga
fakta : ianya hanya membantu dalam kadar waktu sementara sahaja, musik yang kuat mungkin akan menyebabkan konsentrasi kita pada jalan akan terganggu

mitos : secawan kopi akan membantu kita berjaga
fakta : caffiene hanya membantu dalam masa yang singkat sahaja

mitos : udara yang segar daripada tingkap yang terbuka, akan membantu kita berjaga
fakta : ini mungkin memberi bantuan kepada kita, akan tetapi ianya juga tidak membantu

pendek kata, jika mengantuk, hanya ada satu cara sahaja = TIDUR

*p/s: ini untuk orang mengantuk ketika memandu, kalau mengantuk dalam kelas, tak dapat eden nak nolongnya eh...

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...