Monday, April 16, 2007

pemahaman persekitaran

assalamualaikum,

so, this entry about something yang tak berapa berkenan di hati...

beberapa hari lepas, semasa melayari blog2 orang lain, singgah sebentar di saifulislam.com, dan time tu, ada satu kisah mengenai sahabatnya, yang telah meninggal dunia, dengan seorang pemuda, yang mempersoalkan kenapa begini dan begitu..

satu ketika dahulu, dengan semangat yang mendalam dan membara, selalu mempersoalkan mengenai banyak perkara. semua perkara seperti tidak berkenan di mata, apatah lagi di hati...selalu memberontak dan mempersoalkan semua perkara, seolah2 kita yang benar, dan kita yang betul...

tapi, seiring dengan perjalanan masa, hati melihat suasana, dan persekitaran, masuk ke dalam "hati" beberapa orang, terasa betapa tidakkah keterlaluan perlakuanku sebelum ini? mempersoalkan itu dan ini, dengan tidak mengambil kira hati orang yang melakukan kerja...

beberapa persoalan, sebagai anak, menyelami perasaan ibu, lebih bermakna...jika sebelum ini, kita merasakan yang membuat begini dan begitu seolah2 membesarkan keadaan, tapi seiring dengan "penyelaman" hati seorang ibu, difahami, bukan kerana mengikut trend, tapi hati seorang ibu, inginkan yang terbaik untuk anaknya...

begitu juga dalam apa jua, orang2 yang lebih tua dan berpengalaman, juga memendamkan apa yang patut, kerana inginkan yang terbaik untuk semua, bukan terbaik untuk diri sendiri..

tapi, tetap ada beberapa perkara yang perlu diberontakkan, ada perkara yang perlu diubah, tapi, perlu berhikmah, dan tidak lagi "menembak peluru berpandu" lagi selepas ini. mungkin menggunakan setitis air, setitis demi setitis, hingga batu yang keras, berlekuk jua akhirnya...walaupun masa yang diambil lama, tapi, tetap berguna..

terfikir, orang2 yahudi, merancang lebih seratus tahun untuk mengubah seluruh dunia hingga menjadi seperti sekarang, tapi kita, yang ingin merancang, seboleh2nya, dalam masa terdekat, selagi kita hidup, seolah2 dunia akan tamat selepas kita mati...mungkin perancangan yang lebih teliti dan walaupun masa yang sangat panjang, adalah lebih baik, dari terburu2...dan perancangan yang dinyatakan oleh As-Syahid Hassan Al-Banna dan para sahabatnya, perlu diambil kira...dan perlunya persefahaman dan kerjasama yang erat antara pelbagai kumpulan, agar kita bersama2, dan tidak bersendirian...

fikirkanlah, orang muda dengan "tembakan" lurus dan keras, dengan orang tua dengan semburan air yang perlahan, tapi tetap memberikan kesan yang bermakna dan mendalam...namun, dari satu segi, hati merasakan perlu untuk menembak, tapi tidak lagi sekarang. kiranya, segala apa yang diberontakkan, ada jua yang memberikan impak yang positif, namun, tetap perlu difikirkan...agar kesilapan semalam, tidak berulang lagi...

so, fahamilah persekitaran anda..bukan sekadar menjadi katak yang melompat bawah tempurung, dan merasakan tempurung itu cukup besar...

semoga ada manfaat untuk semua

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...