Friday, November 17, 2006

sekelip mata

assalamualaikum,

sebelum ni, pernah terbaca tentang seorang sahabat, yang datuknya meninggal dunia, takziah padanya, and kemudian, terfikir, apa akan terjadi, andai kata, ianya terjadi pada diri sendiri?

kemudian, tanpa disedari, hati yang semakin lesu, ingin disedarkan kembali oleh ALLAH, supaya sedar tanggungjawab dan tugsa yang banyak di atas muka bumi ini, lantas, DIA pun menurunkan ujianNYA, ujian yang cuma sekelip mata mungkin, atau mungkin, perlukan masa lebih lagi, tapi, yang pasti, dalam sekelip mata, apa yang tidak disangka, akan terjadi...

selasa
hari yang indah, penuh dengan sukahati, bersama adik2 memenuhi ruang di gunung pulai, bergelak tawa, dengan pelbagai ragam dan gaya. petangnya, bersama ibu tercinta, jua berjalan2, mencari apa yang perlu nanti, dan malamnya, bersama sahabat2, bertemu, menautkan kembali ukhuwwah yang sudah lama padam dalam hati, dan...

rabu
pagi, seawal pagi, diri dikejutkan, menerima berita tentang kematian datuk tercinta. terkedu lidah, namun, dalam diam, meneruskan usaha, apa yang patut, dan akhirnya, dalam masa yang singkat, diri sendiri dalam kenderaan menuju ke kampung halaman, dan terus menerus terdiam.

--------------
satu saat, terfikir, apa jua yang akan terjadi, kebiasaannya, akan ada rahsia yang tersembunyi, dengan alamat2, yang memang ALLAH nak bagi. seminggu, dua minggu sebelum ini, selalu dikejutkan dengan mimpi yang buruk, yang tak tersangka akan terjadi, namun, kerana sibuknya dengan final, ianya diabaikan...dan akhirnya, inilah yang terjadi...

dan, andai ada satu peluang, untuk berbuat apa jua, pastikan, ianya sempat dibuat...and kalau boleh, dibuat terus, agar masa yang lain, tidak akan kesal dengan apa yang telah terjadi.

-------------
al-fatihah buat arwah abah atok..moga rohnya akan dicucuri rahmatNYA, dan diredhai serta ditempatkan di kalangan orang2 yang soleh...amin...

doa, doa dan doa...

7 comments:

-[[dyba]]- said...

..kematian penuh dgn pengajaran,tp amt sdikit dpd kita y terajar dgn pengajaran..
mcm ana,tahun ni,lebih 5org ahli keluarga y meninggal.kali pertama, mungkin xrase pape sgt,sbb sdare jauh.pastu,atuk,pastu,atuk sdare, pastu,pasangan suami isteri kpd spupu mak,pastu maksdare..bila dah banyak terkena,bila dah byk berita mcm ni menyapa telinga,br tnampak pengajarannya.

"mungkinkah ini amaran utk aku?"
"atau mungkinkah ini kematian terakhir utk aku ziarahi?"
"mungkin aku selepas ini?"

kita selalu xnmpk.rase insaf sekejap je.takkan nak tgu kematian org2 di sekeliling kita,baru nk insaf~

nk tmbh lg..lebih dpd 5kematian y ana hadiri dlm thn ni..semuanya ada byk pengajaran..pengajaran y hanya termampu utk dinilai dgn mata kasar shj.itupun dah jelas.yg tsirat tu,waLlahu a'alam.bagaimana perginya org soleh..y mmg xblh nk dinafikan kesolehannya.vice versa. smoga Allah mengampuni semuanya dan merahmati roh2 mereka..

cuba fikir sekejap...............

bagaimana keadaan kita bila menjadi jenazah?

-[[dyba]]- said...

lagi2.. (hehe..)

kalau mula2 xrs pape sgt sebab sedara jauh...lame2, sbb da berturut2,sdare jauh ke dekat,pasti trase.giliran mereka dah tiba,kita bila pula?

*ktorg ms ry pertama smua sedih.sbb 5 org (dr kluarga belah mak) terus xde,padahal raye thn lepas sume ade.aturan Allah,sape kita utk menyangkal.

zakri said...

mmm..memang sedih...lagi2, tarikh lebih kurang sama dengan arwah tok ayah..21 syawal, and 22 syawal...

tapi, ada tanda2 bila orang yang baik itu meninggal, kan? nampak mudah urusan, and banyak yang mudah2 belaka..

-[[dyba]]- said...

yup2..btul..nmpk bile mudah urusan.sgt stuju!

eh,mmg atuk nta ninggal last week ke..ana br tau bile view fs adik nta.igtkn y nta cite ni,cte dluh2..sorry. salam takziah.smoga dicucuri rahmat ke ats roh beliau..

zakri said...

fs tu apa? anyway, last tuesday...

-[[dyba]]- said...

frenster~

salam takziah. :-)

malaysia baru said...

Takziah kepada anta dan keluarga. Doakan agar Allah berikan nikmat di alam barzakh dan syurga di akhirat nanti.

Kita yg masih tinggal, teruskan perjuangan menolong dakwah Islam semampu mungkin.

Do our tasks, Allah knows best how to reward us.
Ws.