Tuesday, March 07, 2006

Persoalan yang dipersoalkan version 2.0

Assalamualaikum...

-------------------------

sibuknya melihat dunia,
sibuknya dikejar dunia,
sibuknya, dan sibuknya...

-------------------------

persoalan telah dipersoalkan, persoalan telah berlegar difikiran dan di minda...
ada yang menentang, ada yang menyokong, dan ada yang cuma mendiamkan diri...

"anta bila lagi nak kawen?..."
satu persoalan yang telah sering, dan telah dibincangkan dengan serius oleh anak2 muda...adakah tiada persoalan yang lain mampu ditanya, kan lebih indah jika persoalan iman dan islam yang ditanya?...

lalu, perlbagai jawapan diberi, perbagai pandangan diberi, namun tetap tidak memuaskan hati...jawapan yang diberikan seolah-olah cuma ingin melepaskan diri...jawapan yang diberikan tidak mampu membangkitkan hati...lalu hati terus bertanya dan bertanya...



lalu, fikirkanlah...

akhi, betapa pentingnya perkahwinan itu ya akhi...akhi tahu tak, betapa besarnya pahala bila mendirikan rumahtangga itu? syaitan menangis pilu, sahabat tersenyum rindu, ikhwah dan akhawat bersyukur menambah restu...

kan itu cantik ya akhi? kan itu indah ya akhi?...ar-Rasul sendiri menyuruh sahabatnya berkahwin...kan perkahwinan itu salah satu cabang tarbiyah?...

akhi akhi...
mengapa akhi tidak menganggap perkahwinan itu sebagai tarbiyah? kan perkahwinan melengkapkan separuh daripada Deen? separuh tu, bukan sedikit akhi...dengan separuh, tarbiyah kita mampu "pergi" lebih jauh...

dan kenapa ditakutkan dengan perkahwinan? kan dengan perkahwinan dapat menyelamatkan iman? dan kan menyelamatkan iman itu penting...iman akan turun dan naik...insyaALLAH, dengan perkahwinan itu, iman dapat terus pasang...

akhi, pakcik2 bertanya tentang kahwin, bukan ingin menyakitkan hati, bukan ingin memuaskan hati sendiri...tapi pakcik2 sedar betapa pentingnya sistem kekeluargaan itu...betapa ianya mampu menjadi tarbiyah buat diri...ya, memang ada tak tersungkur, memang ada yang tak mampu menjadikannya sebagai satu cabang tarbiyah...tapi, lebih ramai yang dapat manfaat darinya...

yakinlah pada ALLAH, insyaALLAH, ia mampu menenangkan hati...

"Wahai pemuda/i, barang siapa yang telah memenuhi bekal, bersegeralah kahwin, sesungguhnya itu dapat menahan dari penglihatan dan menjaga kemaluan. Dan barang siapa belum memenuhi maka berpuasalah, sesungguhnya itu adalah penahannya". [Hadis Riwayat Muslim]

"Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.Dan orang-orang yang tidak mampu kahwin hendaklah menjaga kesucian (diri) nya, sehingga Allah memampukan mereka dengan karunia-Nya...(An-Nuur:32-33)"

------------------------------

cukuplah dulu, persoalan lama kini terjawab...

wassalam
-zakri-
-indahnya iman dan islam, bersulam ukhuwwah fillah...-
-7 march 2006 / 09:59-

1 comment:

Jeego said...

Hai, saya suka membaca blog untuk menambah ilmu dan maklumat. Setiap hari sekurang-kurangnya saya lawat 20 blog. Blog anda adalah antara yang paling menarik untuk hari ni. Keep up the good work!

Terlanjur saya di sini, tahukah anda apa yang TERHANGAT DI MALAYSIA. Sistem Menjana Wang Secara Automatik. Cuma bayar RM50 sekali seumur hidup dan lihat wang akan mencurah-curah ke akaun bank anda sampai bila-bila. Peluang kaya dengan cepat di sini.