Friday, June 27, 2008

oh shaytan kembali lagi...4

Assalamualaikum,

ala....tidor lagi sedap....nanti "aku" kejutkan lah ko, untuk solat subuh....





haaa....pernah ke dengar perkataan "assolatu khairum minan naumm?"....

macam pernah dengar dulu...bile ek?

oh shaytan kembali lagi...3

Assalamualaikum,

haaaa? tak nak minum arak? nak memalukan diri sendiri ke?


Monday, June 23, 2008

Thursday, June 19, 2008

MOTIVASI UNTUK KE KERJA di pagi hari

My dear friends Let us share what Datuk Dr. Fadilah Kamsah used to say

'Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan 'biasa' dan ada datang dengan perasaan serba tak kena '.. Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'biasa' saja, hasilnya adalah 'biasa' saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah...'

Jadi renungi lah :-

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab
'DATANG BEKERJA' tapi hampeh, hasilnya macam kita 'TAK DATANG' kerja

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler , rupanya kita hanya 'KELAM KABUT'.

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN' , tapi rupanya kita BUSY BODY

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG'AJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE' , adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT'

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah.. .Segera, tapi manusia tetap manusia..sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan..kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..kita draw kat akhirat nanti...tapi kalau kita asyik dengki mendengki..nasib la sebab dah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..Renungi lah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itu la kayu pengukur diri yang sebaiknya...

'mengkritik tidak bererti menentang,
menyetujui tidak semestinya menyokong,
menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik'

Tuesday, June 17, 2008

the number 1 tag...

assalamualaikum..



since i dont want to update my other blog yet, so, i just do this tag thing here..

1 minit yang lalu, apa anda buat?
baca mesej dari isteri tersayang...ewah...

1 hari yang lalu, apa anda buat?
mmmm....actually, semalam sakit sangat kepala, so, because i have become a staff, so, i go to two clinic, first poliklinik penawar, and i didn't get mc, so, then, i go to UTM's clinic, that i got the expensive medicine, and also, a mc!! hahaha...so, balik rumah, tidoq la..sakit kepala sampai tak boleh nak buat keje...

1 hari lagi, apa anda akan buat?
got to finish a poster for seminar on late july...ala...baru masuk keje dah kene buat keje berat2...padan muke! but i love this job!

1 orang yang terakhir menelefon kamu?
mestilah my lovely wife! haha...best ooo berchenta lepas kawen!

1 makanan yang baru dibeli?
errr....fisherman friend...untuk sakit tekak, because my tekak still perit lagi...dari hari sabtu...but its getting better...but my fisherman friend dah habis..kene beli lagi jap lagi..huhu

1 barang yang baru hilang?
my pant...sebab tinggal kat rumah mak mertua, so, i cannot organize most of the thing, my wife yang organize kan, sebab keje kan..die cuti dua bulan..die marah kalau buat sendri, so, lepas tu, my pant tak tahu ke mana...maybe masuk tempat adik2 lelaki die kot

1 cerita yang baru ditonton?
pursuit of happiness...semalam tengok masa balik kejap tengahari, tu pun tak habis...haha

1 hal yang terakhir digosipkan?
oil price increasing in malaysia~ satu idea sengal dari pak lah...harga minyak boleh naik..and mostly, everything turun lak...riba ptptn turun, cukai jalan turun...and so on..pelik tak? sengal tak? patutnya, all that turun, without increasing oil price....stu*id!!!

1 kata yang ingin diluahkan?
sengal

1 buku yang sudah dibaca?
ni untuk this year ke? buku akademik boleh? haha...buku PHP, MySQL, and APACHE..hahaha...

1 penyakit yang sering datang?
sakit kepala...hahaha

1 keinginan?
nak kurangkan berat badan, supaya senang nak beribadat...sekarang agak sukar..haha


disebabkan ini adalah tagging thing, so, i want to tag, af course my wife, my little sis, alifah, mmm...yeop, ammar taqi, zaido...hafiz baiel, and dini sarip...hahaha

KEBERKATAN....

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. Apabila
masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara
menjadi kuat, negara luar jadi hormat. Apabila negara luar jadi
hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat,
pembangunan pun meningkat. Apabila pembangunan pun meningkat,
kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.

Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat. Apabila
tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula
mengubah tabiat. Apabila manusia telah mengubah tabiat,
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi
jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati
lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla
minyak gamat.

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.

Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat .
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah
pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di
merata tempat.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.

Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.

Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?

Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera
meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.

(Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa.
Sebarkanlah ini kepada ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan
sahabat handai kita agar masyarakat
kita akan menjadi sebuah masyarakat yang bukan sahaja maju dari segi
duniawi malah ukhrawi. Insya-Allah. ..Allahhuakbar! Allahhuakbar!
Allahhuakbar! )

Aku, dulu

 Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...