Monday, March 27, 2006















Assalamualaikum

---------------------
indah sungguh ciptaan TUHAN,
laut membiru, nyiur melambai,
pohon menghijau burung berkicau,
alangkah indah ciptaan ALLAH....
---------------------

Saturday, March 25, 2006

hari sabtu malam

assalamualaikum

------------------
adei, adei dan adei,
sakit tarasa badan,
sakit terasa hati,
namun tak pernah berputus asa mencari redha Ilahi...
------------------

pagi tadi, dengan penuh kepenatan, masuk ke dalam hutan utm nih, macam bagus arr...konon2 nak jalan untuk program minggu depan...haha, nasib baik tak sesat, masuk tempat lain, kuar tempat lain...tapi penat tetap penat...its different, kalau jalan sejam atas jalan tar, dengan dalam hutan...dalam hutan, redah je, langgar habis pokok2, giler arr...seronok gak jadi tukang reki ni...tapi, dah dua minggu tak joging, tu yang penat masuk hutan...

actually, minggu ni, hari ni, semalam, rasa macam tak semangat...rasa malas sangat2...entahlah..."perjumpaan" hari isnin hari tu pun takde hasil...so, ia berlarutan terus...terpaksa tunggu "perjumpaan" seterusnya, harapnya kali ni, akan ada hasilnya....minta tolong orang pun, macam takde hasil...entahlah...

dua minggu lepas, ALLAH telah uji dengan mengurangkan kesihatan badan...and minggu lepas and minggu depan ni, ALLAH sibukkan dengan tugasan lak...entahlah...nak cepat2 siapkan...but then, hujung minggu ni, semangat terus diserap keluar...pastu ada program lagi...adei....takpe, kuatkan semangat....tolong somebody!!!!

sambil2 dengar ikim ni, okeh sikit arr...tapi macam takde hasil sangat...iklan banyak sangat, tak terasa pengisiannya...apa daa...

bila tengok keadaan sekarang, pentarbiyahan dah mula diresapi unsur2 sekularisme...macam kurang hasilnya...entahlah, tak nak salahkan sesiapa, just salahkan diri sendiri, sebab sendiri pun banyak tukar "minded" orang2 sini....haha

okeh, cukup, meng"karut" je...

wassalam
-zakri-
-indahnya iman dan islam bersulamkan ukhuwwah...-

Monday, March 20, 2006

petang hari isnin...

Assalamualaikum...

---------------------
penatnya,
letihnya,
---------------------

hari isnin, sabtu dan ahad yang penuh dengan something...hehe, sengalnya badan...

minggu ni, di utm ada cakna '06, that is one program, gabungan semua persatuan islam di utm, alhamdulillah, walaupun nampak macam kelam kabut..tapi, sebenarnya, dalam hati kami, bersatu...insyaALLAH akan berterusan, kami berselisih pada perkara yang dibenarkan, dan tidak sekali berpecah!! hehe..

ada banner yang mula digantung..untuk kelab kami, ada 3 banner...best giler...buat starting jumaat malam, after majlis ilmu, buat kat bilik kelab..giler arr...malam tu, tak tido, 5 orang buat...satu banner je siap, other 2 tak siap, and alhamdulillah, sabtu petang dah habis, and dah gantung pun...seronoknya, tengok hasil kerja sendiri bergantungan...hehe...

okeh arr..nak ada class after this...moga, usaha yang sikit ni, mampu untuk diteruskan di masa akan datang...bersatu dalam perkara yang boleh, dan berselisih sikit2 biasa arr..adik beradik kan, gaduh sikit2, settle pastu, insyaALLAH...

wassalam
-zakri-
-indahnya iman dan islam bersulamkan ukhuwwah...-

Sunday, March 19, 2006

keje bodoh sikit....

Your Birthdate: January 9

You are a born idealist, with more pet causes than you can count.
You prefer be around others, both when working and while relaxing.
Generous and giving, you believe you can change the world one person at a time.
You're open minded and tolerant. People feel like they can tell you anything.

Your strength: Your go-with-the-flow flexibility

Your weakness: Your flair for the over dramatic

Your power color: Pine green

Your power symbol: Circle

Your power month: September

Friday, March 17, 2006

dua tiga empat dan lima...

assalamualaikum

---------------------------
tertekan?
jangan risau, jangan segan,
berdoalah, berdoalah,
moga DIA akan permudahkan dan menghilangkan kerunsingan...
---------------------------

aduss...dah seminggu rupanya tak menaip dalam blog kepunyaan sendiri nih...hampeh tul!! anyway, alhamdulillah, dapat jugak menaip selepas beberapa ketika, dalam keadaan yang agak sibuk ni..tak sibuk sangat pun...alhamdulillah, sikit demi sikit, semua tugasan dapat dibuat...bagus2...alhamdulillah...

anyway, semalam dan dua hari lepas, ALLAH tarik balik sikit nikmatnya, nikmat kesihatan, and padan muke diri sendiri...kene sakit kepala yang amat...selepas beberapa lama tak kene, and bila kene, menggelupur gak arr...haha...kene gak panadol, kalau dulu selalu kene, tak perlu dah panadol ni, sekarang ni, amik lak....haha, padan muke diri sendiri lagi sekali...

okeh, dah sampai hujung minggu, yang agak tak sibuk, sebab kelab takde aktiviti sangat...just ada majlis ilmu je malam ni, then, takde apa...hhmm...kene pikirkan something untuk dibuat, agar tak tersia2 masa macam tu aja...assignment tetap kene wat, cuma, untuk dalaman kene ada gak...try arr..tengok macamana...tapi ahad pagi ada something, ok lah tu...tak risau...insyaALLAH, semuanya akan ok...

okeh, cukup dulu, result spm dah kaur, adik nyer result tak berapa ok..nangis2 dia, takpelah, memang itu yang patut dia dapat, dengan effort yang seciput itu, hasilnya seciput itu gaj...nangis macamana pun takkan ubah..anyway, tengah pikir, macamana nak naikkan semangat dia balik...result dia ok gak, tapi entahlah, subjek2 biasa je, subjek core tak berapa ok...haha...

wassalam

-zakri-
-indahnya iman dan islam bersulamkan ukhuwwah..-

Friday, March 10, 2006

Petang Jumaat...

Assalamualaikum,

------------------------
telah ku serah cinta ini,
bukan lagi pada manusia,
kerana cinta, martabat itu,
bersalut segunung kepalsuan,
dan kepuraan...
-----------------------

alhamdulillah, selepas beberapa detik, banyak perkara telah settle, harapnya, ia akan semakin settle, dan terus settle selepas ini...insyaALLAH...

semalam, kepenatan, dengan itu dan ini, begitu dan begini, sampai ke tengah malam....then sambung lagi...tapi alhamdulillah, masih diberi kekuatan oleh ALLAH, dari semangat, fikrah dan fizikalnya...alhamdulillah, moga ianya akan terus berkekalan...

akhir2 ni, rasa agak jauh dari Ilahi, tak tahu kenapa, mungkin kurangnya amalan? atau kurangnya zikir? atau lemahnya badan?...entahlah...atau, mungkin sebab contact akhawat banyak sangat ke? tak tahulah, but yang pasti, semangat, dalam hati ini, macam semakin kurang...keletihan yang amat...actually, benda ni dah mula tiga minggu lepas, terasa penat, but then, bila g joging, and do something, hilang semua perasaan ni, but then, ia datang lagi, dan lagi...

tak kesahlah, insyaALLAH, lepas ni akan ada pengisian untuk hati yang semakin malap semangatnya ini, harapnya, moga ALLAH akan menerangi kembali hati ini, dan membakar obor yang semakin malap, dengan api yang berkobar2, dan penuh dengan daya...insyaALLAH...

okeh, petang ni, rasanya nak joging, tengok arr...then, esok nak tolong orang pindah rumah...lama rasanya tak tolong orang pindah rumah, mesti seronok, angkat barang, sama2, dengan ukhuwah yang terikat kerana ALLAH, mesti best...tak sabar rasanya...

okeh, ada hal...wassalam

-zakri-
-indahnya iman dan islam, bersulam ukhuwwah...-

Thursday, March 09, 2006

petang....

Assalamualaikum

--------------------------
sutera kasih membelai
membalut kelukaan itu
sutera kasih melambai
mengisi kekosongan pangharapan...
--------------------------

petang nan indah, tapi kurang indah pada diri sendiri, sebabnya? sebab hari ni hampeh giler...teruk betul...dahlah takde class..pastu berpoya2...rileks je, tak pergi keje... hampeh ayam...

alamak, tak sempat, nak kene g taman u, beli dvd, then nak g class jam 5-7pm...haha...giler arr...pastu? pastu g sekolah, 30 minit, ada usrah kat sekolah, seronok, sebab adik2 nak cuti minggu depan, malam ni kene bagi amanat sikit, at least, pada yang duduk asrama, seronok sangat...nanti cuti tak main2 je...hehe..

okeh, till next time, ada benda nak tulis, sekali tak sempat lah pulak...

-zakri yang kuat tido...-
-indahnya iman dan islam...-

Aku, dulu

 Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...