Thursday, August 27, 2009

Berada di UTM KL

Assalamualaikum,

hari ini, hari ke enam Ramadhan. dan pasti banyak perkara yang berlaku dalam 6 hari ini. dan sudah 3 hari saya berada di UTM KL.

satu pengalaman baru, mengajar di kerjauhan di bulan Ramadhan. jauh dari kelazatan yang biasa.

bilik kecil, masa yang tak menentu..sedikit menggangu perjalanan ramadhan yang biasa. tilawah dah sedikit tertinggal. adeiii...

apapun, tugas dan tanggungjawab perlu dilaksanakan juga. insyaALLAH, semoga diberi kekuatan tambahan dibulan puasa ini, untuk menambah amal...

orait, kuatkan semangat...tapi kat KL ni masa berbuka lambat sikit. pening kepala. kalau di JB dah berbuka, tengok jam, asal tak azan lagi? oooo....aku di KL...

terima kasih pada Hafiz Bai, yang merindui Izznya yang berada di Melaka. pakcik Zakri tak dapat pijak Izz pulak. takpelah. terima kasih kerana berbuka bersama, dan membawa ke masjid negara untuk solat "tawarih" hehe...

petang ni, bersama Urwah, Jubey dan Arizam. semoga perjumpaan ini membawa barakah dan rahmah kepada kami semua.

di atas jalan dakwah, kami berukhuwwah...

Monday, August 24, 2009

Bantulah Ibu, Isteri menambah pahala

Bismillah...

Assalamualaikum,

Ramadhan hari kedua telah melabuhkan tirainya. pesta ibadah masih berlangsung dengan rancak dan meriah di mana-mana. seperti ada keraian besar yang disambut umat Islam seluruh dunia. masing2 cuba mengejar ibadah, mengejar rahmah dan maghfirah yang terkandung dalam bulan
Ramadhan yang mulia ini. dengan memperbanyakkan bacaan Al-Quran, menunaikan solat sunat Tarawih (bukan tawarih seperti ucapan Upin dan Ipin ye), selain menambah solat2 sunat yang lain.akan tetapi, kadang2 kita melaksanakannya, sehingga terlupa kepada kehendak dan kemahuan ibadah orang2 yang terdekat dengan kita. Ibu kita, Isteri kita, adik beradik kita. mereka juga ingin menambah ruang ibadah. akan tetapi, kadangkala disibukkan dengan kerja-kerja rumah, dan juga makan minum anak2. lebih2 lagi anak2 yang baru bertatih dan sibuk meminta macam2 dari ibubapanya.

sebenarnya, perkara ini terlintas ketika melihat sinki dapur yang dipenuhi pinggan mangkuk dan cawan. dan tidak lama kemudian, ibu, isteri, atau adik kita sibuk membasuh pinggan mangkuk dan cawan ini, hingga kadang2 "terpaksa" meninggalkan jemaah tarawih dan bacaan Al-Quran.

Oleh itu, seandainya anda masih mempunyai Ibu, atau Isteri, atau adik beradik perempuan, bantulah mereka sedikit. bahagiakanlah mereka dengan pertolongan kita, membasuh pinggan, mencuci pakaian, malah menjemur pakaian. ini akan memberi sedikit ruang pada Ibu dan Isteri kita untuk sama2 beribadah, menambah pahala dan ketaqwaan dibulan yang mulia ini.
seandainya ada anak2 kecil, boleh diajak bersama membaca Al-Quran, walaupun mereka masih tidak faham, tapi mereka akan dibiasakan dengan bacaan Al-Quran ini, lebih2 lagi dibulan yang shaytan dibelenggu ini.

ayuh, marilah kita bahagiakan isteri, ibu, dan adik beradik perempuan kita dengan membantu sedikit kerja2 rumah, agar mereka mempunyai ruang dan peluang untuk menambahkan ibadah di bulan mulia ini. bukankah dengan membantu mereka itu kita juga akan dapat pahala? dan sekurang2nya, tidak perlu mendengar "ceramah tambahan" dibulan puasa ini.

ayuh, tambahkan amal, kurangkan kemalasan, dan tingkatkan keimanan kita!! Ramadhan ya Ramadhan!

Saturday, August 22, 2009

Ramadhan dah sampai ke pintu rumah...

Assalamualaikum,

ahlan wa sahlan ya Ramadhan...
selamat kembali ya Ramadhan...
terima kasih ya ALLAH,
memberiku kesempatan ini...
terima kasih kerana masih menghidupkan ku...
terima kasih atas kurnia MU yang banyak ini...

Ramadhan,
aku akan berusaha tahun ini,
agar tidak menjadi seperti tahun2 yang lepas,
agar tahun ini, aku bisa tersenyum,
saat azan maghrib 1 syawal..

Ramadhan,
marilah kita penuhkannya,
dengan amal ibadah,
tingkatkan Iman,
tingkatkan Amal,
tingkatkan Ukhuwwah,

amin, amin, amin ya rabbal alamin...

Friday, August 14, 2009

GIS: Penguna yang tidak tahu

GIS: Penguna yang tidak tahu

Oleh Mohammad Zakri Tarmidi


Contoh Paparan Google Map

Assalamualaikum,


Pernahkah anda mendengar mengenai Google Earth? Atau mungkin, Google Map? Atau biasanya menggunakan WikiMap? Mesti selalu kan? Apatah lagi dengan kecanggihan teknologi, membolehkan kita mencapai MapKing 2009, atau mungkin Garmin dalam telefon bimbit “pintar” kita. Kecanggihan teknologi yang pelbagai, banyak memudahkan kita dalam mencari maklumat kedudukan, atau dalam bahasa mudah, maklumat geografi sesuatu tempat.

Tapi, pernahkah anda mendengar Sistem Maklumat Geografi? Atau bahasa Inggerisnya, Geographic Information System. Sistem Maklumat Geografi, atau dimasa kini, lebih kepada Sains Maklumat Geografi, adalah perkara yang biasa dalam hidup kita, yang kita tidak menyedarinya.

benar kah?

Sains Maklumat Geografi

Sains Maklumat Geografi merangkumi proses merangka keseluruhan sistem yang akan dibangunkan. Selain itu, ia juga termasuk cara-cara dan kaedah untuk mengambil data, seperti data lot tanah, data bangunan, data jalan, data tiang lampu, data tempat-tempat menarik, dan sebagainya. GIS juga memerlukan kemahiran untuk memasukkan data ke dalam pangkalan data yang dibangunkan. Selain kemahiran meletakkan sesuatu tempat di kedudukan yang betul. Maksudnya, meletakkan jalan, di kedudukan jalan yang betul, berdasarkan sistem koordinat yang betul. Dan selepas keseluruhan proses ini, kita boleh melihat maklumat-maklumat tersebut dalam paparan yang mudah, seperti Google Earth, Google Map, Wikimapedia, Mapguide, ArcGIS, dan sebagainya.

Nampak seperti mudah, tapi keseluruhan proses ini, memakan masa bertahun-tahun untuk disiapkan. Dan sehingga ke hari ini, tidak ada satu sistem pun yang boleh menyatakan sistemnya adalah yang sempurna. Pasti ada kekurangan data, kekurangan fungsi dan sebagainya. Tapi, ianya telah diminimumkan.

Komponen GIS

Sains Maklumat Geografi merangkumi data, perisian, perkakasan, manusia yang menggunakannya, dan juga metodologi atau prosedur-prosedur. tanpa salah satu komponen ini, sesuatu GIS itu tidak boleh berfungsi dengan baik. Dan kebiasaannya, kos untuk data, merangkumi 60 sehingga 80 peratus dari keseluruhan sistem.

Rasanya, selepas ini, sekiranya anda menggunakan GoogleEarth, Google Map, WikiMap, Telefon Bimbit beserta GPS Navigator seperti Map King, Garmin, anda akan terfikir semula, “ooo…ini salah satu dari aplikasi GIS”.

Selamat menggunakan teknologi GIS!


Mohammad Zakri Tarmidi

Jabatan Geoinformatik (GIS)

Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi

Universiti Teknologi Malaysia

Monday, August 10, 2009

just a little updating thing

Assalamualaikum,

last few weeks ni, agak tidak sihat. dan ianya menyukarkan untuk berprogram ke sana dan ke sini. kenapa? sebab, tak boleh beri komitmen. pada awalnya dah dipersetujui, akan tetapi, akhirnya, tidak dapat hadir. dan ia bukannya satu perkara yang mudah.

kecil hati kawan2. kecil hati orang yang mengharap. kecil hati pada yang menginginkan bantuan. banyak program hujung minggu yang lepas. ada kem kepimpinan, satu modul baru, yang nak sangat pergi, tapi kekangan masa, dan kesihatan. satu program je dapat hadir, moga dapat beri sedikit manfaat. itupun, balik dari program, terus demam, dan alhamdulillah, tanpa buang masa, hari ahad itu juga ke klinik, dan alhamdulillah, beransur pulih. cuma afifah pula yang "didemamkan" untuk menguji ibubapanya...

tapi yang peliknya, demamnya macam teruk, tapi masih lagi aktif, macam tak demam. abi dan ummi yang rasa nak demam jaga dia yang aktif nih...takpelah, itulah dugaan sebagai ibubapa.

apapun, harapannya, agar tahap kesihatan akan lebih mantap lepas ni. supaya hadirnya RAMADHAN dapat dinikmati dengan lebih baik lagi. agar kedatangan RAMADHAN akan lebih tertunggu2 lagi. dan dapat dioptimumkan penggunaan jasmani dan rohai kelak..insyaALLAH...

orait...

*p/s: moga diberi kekuatan untuk beribadah dengan hebatnya di RAMADHAN nanti

Sunday, August 02, 2009

An Hour at Hospital Sultanah Aminah, JB

Assalamualaikum,


malam semalam, ghazi kegatalan yang amat sangat, naik bintat satu badan, dan mengikut kata adik, Dr Hanif, ia merbahaya kerana ada kemungkinan ia akan menjangkiti paru2, oleh itu kami berempat ke wad kecemasan Hospital Sultanah Aminah, kerana ghazi memerlukan suntikan, yang pernah diambil di klinik, dan hasilnya, tempat suntikan itu, bernanah, dan perlu dikorek, beberapa kali. oleh itu, untuk mengelakkan kejadian yang sama, kami ke wad kecemasan, dan sampai lebih kurang jam 10.30malam, dan sampai ke rumah semula, jam 1 pagi

Zon Hijau

Ramai orang menunggu, ada dalam 100 orang

muka pesakit = ghazi

mak yang risaukan anaknya...

penulis ngada2 pakai mask mulut..haha


Saturday, August 01, 2009

photoshoot pertandingan memancing di UTM

Assalamualaikum,

pagi tadi ke klinik UTM, tiba2 terperasan ada ramai orang tepi tasik.. pelik, ada apa hari sabtu ni? dan rupanya ada pertandingan memancing, apa lagi, keluarkan kamera, and setting, and then? snap jelah...

Aku, dulu

 Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...