Sunday, May 17, 2009

HARI SUKAN WANITA JIM JOHOR BAHRU


gol ke? gol ke?..entah....

Assalamualaikum,

so, ini antara task awal sebagai cameraman...tapi gambar tak cantik dan catchy sangat, sebab agak kemalasan...pastu panas gak...malam ni rasa nak demam je..anyway, this some of the pic, nak lebih? nanti akan diupload ke multiply jim johor, insyaALLAH...

Friday, May 15, 2009

SELSEMA BABI sampai ke MALAYSIA - sebarkan

Assalamualaikum,
langkah berjaga-jaga...
dari laman web kementerian kesihatan Malaysia. link disini
Selesema A(H1N1) [Influenza A(H1N1)] (15 Mei 2009)  

15/05/2009 : Kes pertama influenza A(H1N1) dikesan di Malaysia. Kementerian Kesihatan menasihatkan semua penumpang penerbangan MH 091 dari Newark, USA dan tiba di KLIA pada 13 Mei 2009 jam 7.15pagi supaya menghubungi talian 03-88810200/03-88810300


Bermula 30 April 2009 pihak WHO secara rasmi menamakan wabak ini sebagai wabak influenza A(H1N1) dan bukan lagi wabak swine flu atau selesema babi. Tahap amaran wabak masih pada fasa 5.

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengaktifkan Bilik Gerakan CPRC Kebangsaan. 

Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengaktifkan Bilik Gerakan CPRC Kebangsaan bagi memantau situasi wabak Selesema A(H1N1). Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-8881 0200 atau 03-8881 0300 atau email kepada cprc@moh.gov.my  

=========================================
Kes pertama selsema babi di Malaysia
Harakahdaily 
Fri | May 15, 09 | 2:13:05 pm MYT

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Hrkh) - Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan bahawa seorang pelajar berusia 21 tahun menjadi mangsa pertama dijangkiti wabak influenza A (H1N1) atau selesema babi di negara ini
   
"Kementerian ingin memaklumkan mengenai satu kes yang dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan telah disahkan positif influenza A (H1N1) melalui ujian makmal yang dilakukan pada 15 Mei 2009," kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican yang dipetik daripada laman web.

"Ini merupakan kes yang pertama influenza A (H1N1) dikesan diMalaysia."

Pelajar itu, dipercayai dari Amerika Syarikat pada Rabu lalu, mula mengalami demam, sakit tekak dan sakit badan semalam dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada hari yang sama.

"Beliau telah diberi rawatan antiviral dan berada dalam keadaan stabil," kata Dr Mohd Ismail dalam satu kenyataan di laman web rasmi kementerian berkenaan.

Kementerian Kesihatan telah mengambil tindakan pencegahan dan kawalan termasuk penyiasatan perhubungan mangsa dengan orang lain, termasuk ahli keluarga beliau dan penumpang serta anak kapal penerbangan MH 091 dari Newark, USA yang tiba di lapangan terbang KLIA pada 7.15 pagi kelmarin.

Kementerian juga meminta semua penumpang dan anak kapal pesawat tersebut supaya menghubungi talian 03-8881 0200 atau 03-8881 0300 untuk tindakan susulan.

Menurut kenyataan itu lagi, kementerian meminta semua klinik dan hospital swasta agar sentiasa merujuk segera kes-kes mereka yang baru kembali dari negara yang dilanda wabak tersebut dan mengalami gejala-gejala seperti demam dan salah satu daripada gejala berikut: batuk, susah bernafas, sakit badan, sakit kepala atau sakit tekak ke hospital-hospital rujukan yang telah ditetapkan.

Sehingga jam 12 tengah malam tadi, selain kes di atas, Pusat Tindakan dan Persiapan Krisis (CPRC) kementerian menerima 11 lagi notifikasi kes - enam kes dimasukkan ke wad pengasingan Hospital Sungai Buloh, dua di hospital Seremban dan masing-masing satu kes di hospital Ipoh, Hospital Pulau Pinang dan hospital Kota Bharu bagi tujuan siasatan dan pemerhatian. - azm _



Bismillah...UPDATE BLOG MENGGUNAKAN EMAIL - BLOGSPOT sahaja

Assalamualaikum,

 

since blogspot membenarkan updating blog menggunakan email, so, insyaALLAH, lebih mudah kot nak update blog dengan lebih ceria dan berwarna warni...dah cuba beberapa kali, tapi tak faham. so, insyaALLAH, rasanya dah makin ok...caranya senang je..

 

1. daftar email untuk dihantar. pegi pada dashboard kita sendiri. 

 

 

2. kemudian, ada logo email kat bahagian atas tu...klik kat ikon tuh..

 

3. klik change, masukkan email yang nak digunakan. boleh tukar2 lepas ni..

 

 

4. siap!!! pegi ke mana2 email kita...

 

5. pada column To:<masukkan email yang dah disetting kat dashboard tadi>

 

 

6. taip testing dulu ke, apa ke..

 

7. then send...dah siap!!!

 

8. check kat blog, dah update belum...hahaha..insyaALLAH dah diupdate

 

*p/s: untuk outlook, tak boleh pulak masukkan gambar sekali, tak jadi, kene upload juga dalam blog. Ana dah try, tak jadi…okeh…

Zakri Tarmidi

Thursday, May 14, 2009

SATU UJIAN

Assalamualaikum,

ni saja nak test dulu

--


-zakri-
-indahnya iman dan islam bersulamkan ukhuwwah-

Monday, May 11, 2009

"SYAITANISME merasuk remaja"

Assalamualaikum,

actually, tajuknya patut merasuk manusia, tapi lebih khusus kepada remaja lebih baik..

"kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat). "(Al-A'raf:17)

melihatkan ayat ini, syaitan sangat ingin menyesatkan manusia, sepertimana yang telah kita tahu, dan telah dijelaskan, sebab itu, syaitan menjadi musuh manusia...

macam2 perkara yang "mereka" cuba lakukan. dari sekecil2 hasutan, hingga ke dosa terbesar...malah, ada yang buat "solat istikharah" untuk memilih dan terus dengan Islam atau keluar agama Islam. haha...hebatnya hasutan syaitan...

akan tetapi, masih ada ruang untuk melawan hasutan ini...antaranya, membaca Al-Quran, dan juga Solat dengan khusyu' (peringatan untuk penulis juga). 

doa kami: "ya ALLAH, KAU berilah kekuatan kepada kami untuk melawan hasutan syaitan, agar kami tidak terpedaya, dan terlepas dari kata2 syaitan di akhirat nanti, sesungguhnya aku (syaitan) berlepas diri dari apa yang telah kamu lakukan"


Thursday, May 07, 2009

riba??

Assalamualaikum,

akhir2 ini, terlalu banyak urusan "jual beli" yang nampaknya seperti meragukan. pada mulanya, terasa seperti ianya tidak bermasalah, akan tetapi, selepas beberapa ketika, dan merujuk kepada beberapa perkara yang "lebih meragukan", akhirnya, sah dan jelas, ianya riba', walaupun sepertinya tidak riba.

lalu, aku takut, aku mempunyai keperluan, aku punya kehendak, dan pelbagai lagi. tapi kehendak masih boleh diketepikan, akan tetapi, keperluan? aku tak berani nak berjanji. aku takut untuk berhutang, bukan sahaja kerana sifat hutang itu sendiri, akan tetapi, perkara terselindung disebalik riba itu. 

dan akhirnya aku terperangkap dengan perangkap riba ini, pabila aku melangkah ke IPT, dengan azab P***N, aduss...dengan hingus yang meleleh saat itu, dengan keperluan untuk menyambung pelajaran, aku mengambil pinjaman itu dengan senang hati, tanpa sedar, disebaliknya, riba yang besar menunggu aku...begitu juga isteriku (walaupun masa jauh berbeza), aku ada terbaca "...dengan pinjaman perlu dibayar semula dengan 5%.." 

saat itu, aku memang tidak perasan, dan akal pendekku tidak pula hendak bertanya pada ustaz2 yang lebih alim, cuma ikut perasaan aku, yang inginkan duit untuk membayar yuranku, dan hasilnya? aku ditendang keluar IPT tersebut. nasib baik peluang kedua diberikan, dengan biasiswa pula (Alhamdulillah)...

lalu, aku cuba bayar sebanyak mungkin dan secepat mungkin, agar aku bebas dari cengkaman riba ini secepat mungkin. aku tidak redha dengan "kelicikan" ini, yang menjerumus aku dalam noda riba...

Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan setan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang mengulangi (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.(Al Baqarah: 275)


INDUSTRI BARU BERKAITAN ROKOK

Assalamualaikum,

alhamdulillah, ada isu nak update, hehe...

perasan tak, (rasanya ramai tak perasan), kotak rokok di Malaysia baru-baru ini, ditambah sedikit info, selepas amaran pihak kerajaan di tepi kotak rokok itu (AMARAN KERAJAAN MALAYSIA: MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN). info yang baru adalah gambar2 penyakit yang didapati apabila seseorang itu merokok.

lalu, di depan kotak rokok (ulang, depan kotak rokok), ada gambar penyakit seperti kanser mulut, gambar jantung perokok (yang dah mati), gambar bayi yang berpenyakit dan sebagainya. 

lalu, gambar ini memberikan "sedikit" keinsafan kepada para perokok, dengan hati sedikit terasa, atau lebih tepat, kecil hati dengan gambar yang dipaparkan. lebih-lebih lagi kepada para perokok yang punya anak kecil, yang sudah pandai bercakap. kerana anak kecil tadi akan bertanya dengan nada kurang menyenangkan: "abah, buruknya mulut orang ni", "eee.....apa ni ayah?", "nanti jantung papa jadi macam ni eh? eeee....gelinya"

lalu abah, ayah, papa, dada ini terasa hati, lalu mula mencari jalan untuk "tidak melihat" gambar2 tersebut. lalu, muncul satu industri baru dalam bidang perokokan, iaitu industri penjualan kotak penyimpanan rokok yang lebih canggih. rokok2 yang dibeli daripada kotak2 rokok "bergambar", ditransfer ke dalam kotak rokok yang baru. 

lalu, industri ini berkembang, malah ada yang menjadi seperti MLM, dijual di pejabat, kepada rakan taulan dan sebagainya. lalu, dimanakah rasional gambar tadi? 

rasionalnya, ia masih memberi kesan, tapi otak dan akal manusia lebih ligat mencari jalan penyelesaiannya. gambar itu masih berkesan, kerana tanpa gambar, industri "pengkotakkan rokok" tidak akan maju seperti sekarang. tahniah kepada kerajaan. kerana berjaya menyedarkan para perokok, walaupun hanya sebentar. moga usaha yang kecil, akan mendapat keredhaan dari ALLAH, atas usaha yang kecil. 

sekurang-kurangnya, orang yang tidak mampu "mengkotakkan" rokok mereka, akan terus menerus melihat "penggambaran" sebenar akibat rokok, dan lebih "dekat di hati" para perokok tegar ini. dan seterusnya, dengan doa-doa orang ramai, dan insyaALLAH soleh, akan membuka hati mereka untuk  "memberhentikan" tabiat merokok ini...insyaALLAH....

semoga berjaya kepada semua!

Aku, dulu

 Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...