Thursday, February 12, 2009

BULAN FEBRUARI

Assalamualaikum,

bulan Februari, apa yang istimewa? 
ada ke yang istimewa?
ada bunga?
ada coklat?
ada kekasih?
ada hari kekasih?
hari kekasih = valentine day?
penting ke?
istimewa ke?

istimewa sangat
sebab apa?
sebab meraikan kematian paderi kristian
bagusnya
meraikan entah apa2 entah
merepek je dieorang ni
hari orang mati pun nak raikan
raikan dengan kekasih lak tu

apa daaa...
tapi hari HOL diberikan cuti
mmm...
manusia akhir zaman

Tuesday, February 10, 2009

Sakit Perut

Assalamualaikum,

entry ni takde kene mengena dengan tajuk di atas, sajer nak buat tajuk yang pelik

anyway, semalam, politik negara Malaysia sekali lagi digemparkan dengan kisah seorang Ahli Parlimen Perak, Allahyarham Roslan Shaharom sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang, dan juga penarikan diri seorang ADUN KEDAH, selepas didesak, diugut, family diugut untuk bertukar dari Pakatan kepada Barisan. ini bukan spekulasi, tapi cerita benar. kalau di Perak, mereka diugut untuk lompat parti, dan ianya nyata berjaya, tapi di KEDAH, ianya berbeza, diugut, dan tidak mahu diugut serta melompat parti, dia meletakkan jawatan. means = dia jujur, dan dinyatakan, dia ditawarkan RM5 juta untuk melompat parti. 

takpelah, semoga ALLAH memberikan kemenangan kepada yang berhak. serta semoga kita mendapat hikmah disebalik kejadian yang tidak diingini berlaku. mungkin, ada petunjuk yang sangat jelas dikemudian hari nanti, insyaALLAH...

sebenarnya, sebelum pilihanraya 8 Mac 2008, akal ini pernah berfikir. merenung kejadian dan situasi pilihanraya serata dunia, seperti HAMAS menang di Palestin, pasti ISLAM menang di TURKI, sebenarnya, gelombang itu hampir menjadi di MALAYSIA, cuma, gelombangnya tidak berapa kuat. hanya dapat separuh je gelombang pertukaran itu sampai ke MALAYSIA. tapi mulut ini tidak pernah memberitahu sesiapa, cuma simpan dalam hati.

selepas ini? menggunakan peluang yang diberikan (a.k.a kuasa, kerajaan dsb) untuk berkhidmat sebaik mungkin...

aminnn...

Monday, February 09, 2009

A Little bit Story About Palestine

Assalamualaikum,

i've got this video from one of ikhwah who involved with PALESTINE CENTRE OF EXCELLENCE (PACE), P.M Dr Hafidzi who really concern about Palestine issue. so, this video will tell the true story behind the latest issue, why Israel laknatuLLAH kering hati serang Gaza, Tebing Barat and so on...

so, hopefully, this will help us know better about things happening in Palestine...





Sunday, February 08, 2009

Canon

assalamualaikum,

Canon 450D
seringkali diidamkan
seringkali menjadi igauan
seringkali jadi sesuatu yang menusuk kalbu
saat berlalu di depan kedai kamera

kini, 
ianya dalam genggaman
pelbagai fungsi telah digunakan
banyak tempat telah dilawati
adakah aku berpuas hati?

alhamdulillah, sekurang2nya
ada manfaatnya
walaupun sedikit terlewat
tapi lebih baik dari tiada

insyaALLAH, semoga ia membawa manfaat
pada diri sendiri
keluarga kecilku
keluarga besarku
pada masyarakat
yang memerlukan khidmat kamera
insyaALLAH..

hari ini, aku terlupa untuk ke Permas Jaya
aduuhhh...sungguh aku tak sangka
semangat yang seprti membakar dalam diri
terpadam sekadar dengan kelupaanku
aku makin tua

tua dan terus tua
dihujungnya?
pasti mati yang menunggu....

Friday, February 06, 2009

Kerajaan Baru Perak?

Assalamualaikum,

sekali lagi, suara rakyat ditidakkan oleh pimpinan yang akan bersidang dan bertukar tampuk pada Mac 2009 ini. kenapa? kerana kerakusan atas permainan politik, dan kerakusan kepada kekuasaan dan pangkat.

tapi sedarlah, andai kita mengingati suatu hari nanti, kita pasti akan mati, ada ke kita akan berbuat sedemikian? seperti ada yang tidak kena. moga ALLAH menyelamatkan rakyat. Sultan juga seperti tidak faham akan perundangan sebenar. kenapa? hanya ALLAH dan RasulNYA lebih mengetahui...

ya ALLAH, selamatkanlah makhlukMU yang tidak bersalah. andai ini salah satu dari musibah, kuatkanlah hati2 kami. andai ini salah satu petunjuk akan datangnya Hari Kiamat, aku berlindung atas namaMU ya ALLAH..

amin amin, amin ya Rabbal 'alaminnn

Wednesday, February 04, 2009

Every body shall taste Death

Ali Imran: 185
"185. Everyone shall taste death. And only on the Day of Resurrection shall you be paid your wages in full. And whoever is removed away from the Fire and admitted to Paradise, he indeed is successful. The life of this world is only the enjoyment of deception (a deceiving thing)."


"Setiap manusia pasti akan merasai mati"


Assalamualaikum,

satu tazkirah yang sangat2 berkesan dalam hati walaupun diulang-ulang banyak kali. bukankah kita semua akan merasai mati? 

tapi kenapa sikapmu seperti akan hidup selamanya?
tapi kenapa gelojohmu seperti hingga ke akhirnya?
kenapa tamakmu memenuhi segenap penjuru dunia?

bila tidak memikirkan tentang mati, pasti ada benda yang salah akan kita lakukan. pasti dan tetap pasti. kenapa? kerana jika kita ingat mati, dan pasti ada pembalasan, pasti kita akan menjaga tindak tanduk kita. pasti akan kita jaga akhlak kita.

pada ibu dan bapa, pasti akan dituruti ajaran mereka,
tiada walau "ah" "terkeluar" dari mulut yang molek itu,

pada adik beradik, pasti tidak bergaduh, 
menikam lidah mengejar harta yang tertinggal,

pada guru-guru, pasti tidak akan mencemeh,
atau mengutuk, menyindir di belakang,

pada kawan-kawan, pasti umpatan keji itu,
seperti tidak pernah ada di hujung lidahmu,

pastikan begitu? ianya pasti. cuma samada kita sedar atau tidak.

tazkirah pada diri sendiri, yang merindui ayahanda yang telah pergi. terasa rindu, yang kadangkala mengajak untuk turut serta mengejar ayahanda. cuma tindakan yang masih tidak mampu menyaingi walau sedikit amalan ayahanda, menyebabkan aku terus akan berjuang, menegakkan Ad-Deen ini...

aminnn...

Tuesday, February 03, 2009

Uni - G

Assalamualaikum,

alhamdulillah, akhirnya selesai sudah satu lagi program anjuran PaLS dengan kerjasama SMIH. iaitu UniGoogle. yang suka-suka hati dipendekkan kepada Uni-G oleh myself. haha...

i'm sorry, there's no pic available in this blog. all the pic needed has been post to AlumniSMIH yahoo groups. so, only alumnians who subscribe with this mailing list can see all the pic. but not all of it, but most of it. some of the pic are sensitive to others, and some are my private pic. haha...

and among all the pic,  i love this one most
this pic tell about the best friend. all of them smiling, and not ber"purak2"...hoho..

anyway, thanx to all who "anjurkan" Uni-G, and also, all who did come, giving support, and at least, tunjuk muka masa program. huhu....

and this one, montaj for closing ceremony, done by makcik amirah.





Aku, dulu

 Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...