Wednesday, March 08, 2006

Suki, suki, suki

Assalamualaikum...

---------------------
bahagia itu adalah kesabaran,
dalam mencari redha Ilahi,
namun diri punya had,
sekadar yang mampu...
---------------------

bosan betul hari ni, entah kenapa, semangat rasa jatuh sangat2...kali ni, bukan macam sebelum ni, kali ni, rasa keletihan dalaman yang amat sangat...mungkin keterdekatan dengan ALLAH semakin hari semakin kurang....entahlah...

lepas beberapa program, lepas beberapa kali perbincangan, beberapa kali "gaduh2", rasa teruk sangat....macam tak layak je...entahlah...

banyak sangat benda kene kejar...pekerjaan yang makin masuk "kawasan bahaya", next project menunggu, bulan april ni, and then, pelajaran, yang nak masuk "fasa bahaya" final exam lagi beberapa minggu je, and tarbiyah yang masuk "masa kritikal", dengan palbagai masalah...rasa tak mampu nak teruskan...letih sangat2...please somebody...

"abu bakar ketika hijrah bersama Ar-Rasul, dia berada di depan, di belakang, di kiri, dan di kanan ar-Rasul..." terasa kala ini, nak sangat seseorang seperti ini....terasa keletihan yang amat sangat...nak berehat, di kesunyian malam...di balai cerap ke...tengok bintang, muhasabah diri sendiri, apa silap sendiri, apa lagi yang tak sempat nak capai...apa lagi...entahlah...

berharap pada ALLAH semata, tapi, kita punya had badan, had kemampuan diri, takut2, bila jadi lebih teruk, tak mampu nak teruskan...takut nanti, bila jatuh, lebih teruk dari orang yang biasa jatuh...nanti, bila down, melampau2...lebih dari yang sepatutnya...

wassalam
-zakri-
-indahnya iman dan islam...-

Tuesday, March 07, 2006

Persoalan yang dipersoalkan version 2.0

Assalamualaikum...

-------------------------

sibuknya melihat dunia,
sibuknya dikejar dunia,
sibuknya, dan sibuknya...

-------------------------

persoalan telah dipersoalkan, persoalan telah berlegar difikiran dan di minda...
ada yang menentang, ada yang menyokong, dan ada yang cuma mendiamkan diri...

"anta bila lagi nak kawen?..."
satu persoalan yang telah sering, dan telah dibincangkan dengan serius oleh anak2 muda...adakah tiada persoalan yang lain mampu ditanya, kan lebih indah jika persoalan iman dan islam yang ditanya?...

lalu, perlbagai jawapan diberi, perbagai pandangan diberi, namun tetap tidak memuaskan hati...jawapan yang diberikan seolah-olah cuma ingin melepaskan diri...jawapan yang diberikan tidak mampu membangkitkan hati...lalu hati terus bertanya dan bertanya...



lalu, fikirkanlah...

akhi, betapa pentingnya perkahwinan itu ya akhi...akhi tahu tak, betapa besarnya pahala bila mendirikan rumahtangga itu? syaitan menangis pilu, sahabat tersenyum rindu, ikhwah dan akhawat bersyukur menambah restu...

kan itu cantik ya akhi? kan itu indah ya akhi?...ar-Rasul sendiri menyuruh sahabatnya berkahwin...kan perkahwinan itu salah satu cabang tarbiyah?...

akhi akhi...
mengapa akhi tidak menganggap perkahwinan itu sebagai tarbiyah? kan perkahwinan melengkapkan separuh daripada Deen? separuh tu, bukan sedikit akhi...dengan separuh, tarbiyah kita mampu "pergi" lebih jauh...

dan kenapa ditakutkan dengan perkahwinan? kan dengan perkahwinan dapat menyelamatkan iman? dan kan menyelamatkan iman itu penting...iman akan turun dan naik...insyaALLAH, dengan perkahwinan itu, iman dapat terus pasang...

akhi, pakcik2 bertanya tentang kahwin, bukan ingin menyakitkan hati, bukan ingin memuaskan hati sendiri...tapi pakcik2 sedar betapa pentingnya sistem kekeluargaan itu...betapa ianya mampu menjadi tarbiyah buat diri...ya, memang ada tak tersungkur, memang ada yang tak mampu menjadikannya sebagai satu cabang tarbiyah...tapi, lebih ramai yang dapat manfaat darinya...

yakinlah pada ALLAH, insyaALLAH, ia mampu menenangkan hati...

"Wahai pemuda/i, barang siapa yang telah memenuhi bekal, bersegeralah kahwin, sesungguhnya itu dapat menahan dari penglihatan dan menjaga kemaluan. Dan barang siapa belum memenuhi maka berpuasalah, sesungguhnya itu adalah penahannya". [Hadis Riwayat Muslim]

"Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.Dan orang-orang yang tidak mampu kahwin hendaklah menjaga kesucian (diri) nya, sehingga Allah memampukan mereka dengan karunia-Nya...(An-Nuur:32-33)"

------------------------------

cukuplah dulu, persoalan lama kini terjawab...

wassalam
-zakri-
-indahnya iman dan islam, bersulam ukhuwwah fillah...-
-7 march 2006 / 09:59-

Friday, March 03, 2006

bagus sangat ke aku nih?...

assalamualaikum

dua minggu lepas, ada program di mersing, program untuk adik2...then balik dari mersing, dalam kepala bermain beribu persoalan yang tak mampu dijawab diri sendiri...

"aku ni bagus sangat ke?"

soalan yang diajukan oleh salah sorang sahabat..yelah, bila dalam perjalanan dakwah dan tarbiyah, kita membuat program untuk orang, buat itu dan ini, but then untuk diri sendiri takde...so, bagus sangat ke aku ni?...

rasa down sangat, bila terfikir yang betapa hampehnya diri sendiri,
bila rasa betapa ceteknya ilmu ni,
nak bagi tazkirah pada orang,
nak bawa orang kepada kebaikan,
bagus sangat ke aku ni?

bawa usrah,
ajak anak2 usrah pegi usrah,
tak dapat sms, call,
tak dapat call, pegi jumpa,
at least nak tengok muka seminggu sekali,
rindu dengan anak usrah,
harapan agar mereka mampu mendapat manfaat dari apa yang kita berikan...
bagus sangat ke aku ni?

tapi, terkadang, mereka tak endah pun,
tak ambil peduli pun,
tengok bola lebih penting, bila diajak,
buat assignment lebih penting, bila diajak,
makan malam dengan member sekelas lebih penting, bila diajak...
bagus sangat ke aku ni?

bila fikir balik,
bila renung kembali,
bagus sangat ke aku ni?
rasanya, keterikatan dengan ALLAH jauh sangat,
tu yang anak usrah tak rasa sayang dengan kita,
bertaubat pun bila rasa down,
bertaubat bila ada qiam jamaie,
sedih sangat...
bagus sangat ke aku ni?

bila fikir,
kita berusaha,
kita mengajak orang,
buat program,
kita berdoa,
kita bertawakal,
tapi pengharapan padaNYA,
menjadi cetek...
menjadi kecil...
mungkin ini rahsianya,
mungkin ini hikmahnya,
mungkin ini yang ALLAH nak tunjukkan padaku,
aku masih perlukan bimbingan,
aku masih perlukan sahabat,
aku masih perlukan itu dan ini,
menunjukkan padaku
betapa tak bagusnya aku ini...


wassalam
-zakri yang tengah down...-
-indahnya iman dan islam...bersulam kecintaan pada Ilahi...-

Thursday, March 02, 2006

Persoalan yang biasa...

Assalamualaikum w.b.t

------------------------------
hati berbunga indah,
mengharap kasih dariNYA
mencari rahmat dan redha
mengharungi hidup, di dunia dan akhirat...
------------------------------

"Anta bila lagi nak kawen?"

satu persoalan yang biasanya ditanya di majlis-majlis kawen anak2 ikhwah...namun, dalam suasana sekarang, persoalan yang sama ditanya dimana-mana sahaja, seolah2 tiada sempadan...seolah-olah tiada persoalan yang lebih penting daripada itu...

namun, persoalan yang ditanya, tetap dijawab, dengan jawapan yang paling mudah dan tepat (rasanya)
"insyaALLAH bila ALLAH izinkan..."

namun, yang pasti, walau apapun jawapan yang diberi, tak mampu untuk memuaskan kehendak skema jawapan...masih lagi ditanya, oleh orang yang sama, pada individu yang sama. seperti persoalan itu tidak pernah ditanya sebelum ini...

memang kami masih muda, masih mentah dalam jalan tarbiyah ini, namun, rasanya lebih cantik lagi andai kata, persoalan yang ditimbulkan lebih kepada tarbiyah, agar mampu untuk menanamkan rasa izzah pada dakwah, pada tarbiyah yang dilalui...

pengalaman yang dikongsi, mampu menaikkan semangat kami yang masih muda ini...dengan cara pertarbiyahan yang berbeza, rasanya, mampu untuk digunakan kembali oleh kami yang masih mentah ini...

persoalan yang berkait dengan tarbiyah, dan dakwah, rasanya perlu dihidupkan kembali...cerita2 berkaitan dengan kawen, rasanya perlu di"hold" dahulu, dengan keadaan masyarakat yang semakin kritikal...

alangkah indahnya andai isu-isu yang diperbincangkan lebih dapat menyentuh hati...menaikkan semangat...andai bukan berkaitan tarbiyahan, memadailah andai yang ditanya berkaitan isu semasa...memang kami akui, kami masih muda, masih mentah dalam hal2 semasa, tapi jika dilatih dari sekarang, insyaALLAH, kami akan dapat berfikir dengan lebih kritis..

perbincangan di kedai-kedai kopi mampu menjana ilmu baru, perbincangan tentang isu kenaikan harga minyak, dalam pandangan berbeza, dari pandangan seorang daie, dan bukan pandangan seorang biasa...

isu berkaitan dengan dengan teknologi terbaru, teknologi dvvt yang dibangga oleh perodua, teknologi bio-diesel, dan pelbagai teknologi yang kami yang mentah ini tidak tahu...rasanya lebih cantik jika mampu dibincangkan...dari skop pandangan seorang daie yang berusaha menaikkan martabat Islam...

andai kata sesuatu isu mampu dibincangkan, insyaALLAH, kami mampu menjadi lebih kritis, dan lebih hidup lagi perbincangan, andai isu-isu ini mampu dikaitkan dengan islam...dari sudut pandangan islam...alangkah cantiknya...

bukan kami tak ingin kawen, malah kami mengharapkan "siti khadijah" sebagai sayap kiri, atau seperti abu bakar yang mendampingi Ar-Rasul dalam perjuangannya...dengan harapan, perjalanan yang telah dirintis, mampu diteruskan, dan menjadi lebih mantap lagi...cuma, kami masih takut, andai dengan perkahwinan yang dilalui nanti, menyebabkan kami jauh dariNYA, jauh dari jalanNYA...sebab itu, kami mengharapkan padaNYA, memberi yang terbaik untuk kami yang lemah ini..

namun, pada masa sekarang, kami perlukan sahabat, seperti "abu bakar", yang dalam hijrah bersama Ar-Rasul ke madinah, dia berada di depan, kadangkala di belakang, di kiri dan kanan Ar-Rasul...dengan ilmu dan pengalaman yang masih cetek ini...harapan kami, supaya dapat meneruskan pertarbiyahan ini, untuk diri sendiri, dan untuk umat keseluruhannya...

wassalam
-mohammad zakri bin tarmidi-
-1 march 2006-
-12:25-

-indahnya iman dan islam...-

Friday, February 17, 2006

keindahan alam?

assalamualaikum

hidup penuh pancaroba,
dunia mengejar penuh haloba,
berlari-lari mencari cahaya,
dalam malam yang gelap gelita....

takde idea sebenarnya...nanti arr...ngantok giler!!!!


-zakri-
-indahnya iman dan islam...-
-sedapnya dapat tido...-

Thursday, February 16, 2006

lihatlah diriku ini..

assalamualaikum

pagi nan indah
bersulam iman dan islam
mencari redha dalam keimanan
mengharap rahmat sepanjang perjalanan

so, khabarnya, macam kurang elok...seminggu nan lepas, dan minggu ni, tak berkesempatan untuk meluangkan masa, menyibuk2 dalam blog sendiri..macam tak mampu dah...tapi, hidup kene teruskan, jangan sesekali merasa putus asa pada TUHAN MAHA PENCIPTA...insyaALLAH, akan ada pelbagai benda akan terjadi, dengan hikmah yang beribu2 dan tersembunyi...

anyway, insyaALLAH, by hujung minggu ni, akan ada program di mersing, lama dah gak tak g sana, last time masa survey tempat sem lepas...tapi alhamdulillah, sem ni, ada ramai adik2 yang mampu gerakkan balik program2...best2...

and insyaALLAH, petang ni, class penuh kan diri, dengan satu class 2.30-4.30pm, then running g masjid, solat2, then class lagi, 5-7pm...and then, running lagi, bestnyer...g tempat lain, ada hal lain perlu disettlekan..moga ALLAH beri kekuatan dalam hati ni, dan kekuatan pada fizikal ini, untuk meneruskan perjuangan nan suci ini...insyaALLAH...

"orang lain melihatnya sebagai khayalan dan angan2, tapi ikhwan melihatnya sebagai kenyataan hari esok..."

wassalam

-zakri-
-keindahan iman dan islam menyelubungi hati...-

Tuesday, February 07, 2006

Bertitik tolak dari sesuatu...

Assalamualaikum,

dunia mengejarku penuh kelahapan,
mengharap diriku jatuh berguguran,
namun, bantuan dariNYA tak pernah padam,
menyuluhi hidupku dengan keimanan...

dah dua hari lepas majlis perkahwinan hana', one of my junior masa high school dulu, and GOD, everything seem not like it...dunno why, but many thing happen on that day. and for me, i look it as one of the musibah from ALLAH to me, because all my sin, thank you ALLAH, because give me another day to improve myself, and trying to be a better mukmin...

anyway, nak tahu apa jadi that day? date 5 february 2006, tempat: kluang, ahli: 5orang lelaki, and others tak berapa tahu, tiga bersama keluarga, and two akhawat yang cute, nasib baik dah dipunyai orang lain...keh keh..

first and foremost, kiteorg kumpul kat desa skudai, and dunno why, me berdegil nak guna kete sendiri, even though zaid dah offer kete dia, tak tahulah, rupa2nya, hikmah berlipat kali ganda dia nak bagi kat kiteorg...hmm...

so, dalam perjalanan pergi ke kluang tu, lalu highway, and hari tu, panas sangat, nauzubillah...and then, it start to happen, temperature kete naik, 3/4 dari kepanasan had...so, kiteorg berenti kat kulai, just for a little time, lepak jap...then teruskan lagi...sampai machap, heat betul2 tak control, berenti lagi, kat sana, and then, dengan bijaknya, salah sorang dari kami buka radiator tu, and guess what, air pancut kepanasan keluar dari radiator tu!! haha, hampeh tul!! and i start to wonder, betul ke selama ni me jaga kete ni? kalau betul, takkan sampai macam tu sekali right?

anyway, kiteorg teruskan lagi, sampai ayer hitam, amik one of our member yang study kat kuittho, kerul...and after that, we thought that he know about kluang, because me and friend tak pernah g rumah member tu, and pusing sana, pusing sini, sesat...last2, zakri gak tengok peta, takde hasil, gaduh2 dengan semua orang, last2 betul gak!! hampeh tul! lain kali tak leh kasi dieorg baca peta arr! pemandu gak kene baca peta...hampeh!

and lastly, alhamdulillah, sampai gak rumah member, and guess what, jumpa senior kat utm dulu, rindu sangat, selamba je peluk die kat situ! orang tengok mesti pelik, sebab bukan dengan pengantin, but dengan orang lain! takde hasil...hehe...and after an hour kat situ, borak2, gaduh2, amik gambar, balik...

tapi tak kisah ar..just nak tengok balik, muhasabah tengok apa yang jadi that day, memang banyak sangat boleh dapat...bergantung pada diri masing2...ada yang salah2kan member, even me pun sama, tapi dalam hati, takde halnyer...

dalam hati, berfikir, kalau ALLAH nak bagi ilmu pada hamba2NYA, macam2 cara DIA boleh buat, nak ingatkan kita, nak bagi kita kembali padaNYA, banyak sanagt cara, kan? dengan ujian, dengan petunjuk, dengan nasihat orang, dengan musibah, dengan accident mayB, who knows? ALLAH know best...

so, lepas ni, walaupun memang salah orang lain pun, try nak didik hati ni, supaya nampak ianya sebagai ujian dari ALLAH, petunjuk dariNYA, moga2 dapatlah something yang bagus untuk diri ni, dan ISLAM secara keseluruhannya...

okeh, malam ni, lepak kat pejabat, nak siapkan keje! waaa.....tido kat sini ker? adeii...

wassalam

-zakri-
-indahnya hidup bersulamkan iman dan islam...-

Aku, dulu

 Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...