Assalamualaikum,
bismillahirramanirrahimmm....
"eh, rupanya dah masuk hari ke 21 Ramadhan" kata seorang kakak kepada adiknya
"kita akan puasa lagi 8 hari je lagi!" bincang dua beradik kembar comel
"baju raya ko berapa pasang?" tanya seorang rakan sekolah kepada temannya
"tinggal lagi berapa hari nak raya, kuih pun tak sempat buat lagi" fikir seorang isteri dalam kepalanya
"aduss...tiket ni, takde ke awal sikit?" bentak seorang pelajar IPT di stesen bas
---> ini antara persoalan dalam minggu terakhir Ramadhan ini. manusia, insan, di Malaysia ini, kebanyakannya teruja bila memikirkan berapa hari lagi tinggal untuk beraya. dan tidak salah untuk teruja, seronok, gembira, kerana ianya merupakan HARI KEJAYAAN, setelah sebulan menahan nafsu..
tapiiiiiiii.....kita terlupa satu perkara lagi;
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);" [Al-Qadr, 97 : 1-5]
oh, rupanya, ada malam lailatulqadr yang kita perlu fikirkan! Malam lailatulqadr ini, dinyatakan dalam banyak hadith, berada dalam 10 malam terakhir Ramadhan. dan pada saat dan ketika ini, ramai yang dah mula merasa "kepenatan", "keletihan", "kecapekan", dan segala yang berkait dengan kekurangan tenaga, kekurangan ketahanan mental. dan masih lagi, rupanya, disaat-saat "terasa-tidak-terdaya" ini, ada satu lagi perkara yang perlu kita gagahkan diri untuk mendapatkannya..
MALAM LAILATUL-QADR
tak perlu berbicara kelebihan dan besarnya pahala pada malam ini. banyak dah ada dalam radio, TV, ceramah dan lain-lain. tapi kita perlu bicarakan, apa taktik, dan strategi kita untuk mengejar malam yang penuh barakah ini....
persediaan mental? fizikal? ruh? untuk bangun awal pagi, perlu tidur awal, perlu rehatkan badan, dan tidak terlalu penatkan diri dengan aktiviti yang tidak perlu, seperti shopping jauh2, atau cari juadah lama2 di Bazar Ramadhan. cukup sekadarnya..
lalu, masih ada lagi beberapa hari untuk mencari keredhaan, kerahmatan, dan juga penghindaran dari api neraka. maka, cubalah beramal, beribadah, sebaik yang mungkin. kalau tak dapat banyak, dapatkan sedikit, kalau tidak dapat sedikit, dapatkanlah sedikit daripada yang sedikit itu...
insyaALLAH, redha ALLAH akan mengiringi hamba-hambaNYA yang ikhlas kepadaNYA...