Tuesday, February 24, 2009

Siapa sebenarnya aku padamu?

Assalamualaikum,

mmm...


satu ketika dahulu, 
kita sering bersama ke sana sini,
usrah menjadi penghubung,
sekurang2nya sekali seminggu,
muka akan ketemu,

satu ketika dahulu,
kau berada kala aku terasa tersisih,
mencari saat "kehilangan" jasadku,
andai ada perkara yang berkait,

satu ketika dahulu,
senyum, tawa itu menjadi teman,
sedih juga menjadi kekuatan,
murung tidak lama,
ada sahaja yang diperkatakan,

satu ketika dahulu,
sedih hati,
ada yang pujuk,
bukan dengan rayuan atau pujukan,
tapi dengan ayat2 Quran,
terjemahannya menjadi bisikan,

satu ketika dahulu,
ke sana, ada kamu,
ke sini, ada kamu,
walau tak selalu, 
tapi menjadi kebiasaan,
andai salah satu tiada,
ada yang akan bertanya,

tapi kini,
semua itu menjadi kenangan,
aku di sini, kamu di sana,
masing-masing punya keperluan yang dibereskan,
masing2 ada tugas yang disiapkan,

tapi hati tidak jauh,
saat jauh, saat rindu,
pasti telefon berbunyi,
andai ada saat untuk bersama,
walau untuk secawan kopi cuma,
cukuplah untuk menewaskan rindu,

walau ke mana kau berlari,
walau kemana kau terbang,
walau ke mana kau berenang,
walau ke mana kau menyelam,
pasti ukhuwwah ini akan menjadi ikatan,
tidak dekat, jauh,
tidak jauh, dekat,
walau terasa hati,
ia menjadi pengganti,

salam peninggalan sahabat,
moga ALLAH menjadi saksi penemuan kita nanti...
bertemu tak jemu,
berpisah tak gelisah...

Sunday, February 22, 2009

An - Nisa' : 17 - 18

Assalamualaikum,

sedikit tazkirah untuk sama-sama hayati. 

=================================

Syarat penerimaan taubat.  Tiada gunanya bertaubat apabila kematian sudah menjelang...




Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.


Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang-orang yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang dari mereka hampir mati, berkatalah ia: “Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini,” (sedang taubatnya itu sudah terlambat), dan (demikian juga halnya) orang-orang yang mati sedang mereka tetap kafir. Orang-orang yang demikian, Kami telah sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
                                                                                     (Surah An Nisa': 17-18)

Wednesday, February 18, 2009

Kene tag pulak

Assalamualaikum

just nak release tension sikit, buatlah tag yang diberi oleh "cik" Amirah nih...chess...terkena gak


1.What have you been doing recently?

ada kursus pembelajaran berasaskan masalah, actualy, it is Problem Based Learning. how we going to change our behave or lecturing...haha...fun thought!

2.Do you ever turn your cell phone off?
Of Course, sebab nak charge hp malam2..haha..masa2 lain, kala malas. tapi dah tak boleh buat, nanti bos call, susah..haha

3.What happened at 10am today?
dalam kursus, khusyu' dengar P.M Dr Khairiyah bagi talk

4.When did you last cry?
err....forgot..after my late father death kot..dalam sebulan dua gak...

5.Believe in fate/destiny?
Yup! of course! Qada' dan Qadar...jodoh dan pertemuan..*hehe...

6.What do you want in your life now?
Try find some place to further my study...hehe

7.What's your favourite thing to do on the bed?
Baca buku...pastu terus kroihhhh...kadang tak baca buku, kacau ummi...pipah, then tido..most of the time kot..huhu

8.Do you tend to make the relationship complicated?
nope, okeh arr tu, i've already have wife,  daughter...best what!

9.Are you wearing anything borrowed from anyone?
tak de lak...

10.What was the last movie you caught?
kalau dalam wayang, hehe..i'm sorry,  i never been inside there...tapi dalam komp nih, spiderman 3, tu pun tak habis lagi..tengok separuh2...keje banyak...

11.What does the oldest text msg in your inbox say?
CELCOM punya mesej. apa ntah...welcome to celcom kot..haha

12.What was the last song you sang out loud?
This i promise you - nsync, masa dalam kereta amik alifah kat sekolah tadi..bosan sangap ayam..

13.What is the newest text msg in ur inbox?
about CELCOM punya bonus reward apa ntah

14.Who did you talk on the phone last night?
Rahman Tamuri, asking why he soooooo late...he said: "sorry, tertido tadi.." just niiiiiccceeeeeeee...

15. 4 person that I tagged are
Aliya, orang yang tengah baca ni, orang sebelah yang sama2 tengok tu, dengan orang kat belakang tu, jangan pura2 tak nampak lak ayat nih?! hahahahah

Monday, February 16, 2009

Jaulah Berlin '09

Assalamualaikum

ada satu video baru dapat dari rakan2 ayahanda, cerita tentang Jaulah yang berlaku di Berlin, Germany. so, dari satu segi, bestnya ukhuwwah yang terjalin. terdapat 150 orang dari pelbagai bangsa ikut sekali dalam jaulah ini. dan di Malaysia, ia dah dimulakan pun. cuma tak tahu macamana cerita. mungkin dinamakan dengan Mukhayyam kot? hehe

anyway, this the video, hopefully, we can gain something from this



Saturday, February 14, 2009

capek?

assalamualaikum,

minggu ni, agak sedikit penat, atau bahasa indonesianya, capek

capek bangat?
capek....
kenapa seh?
penat layan family sendiri..
layan apa?
layan mak selesaikan harta wasiat arwah ayah..
capek eh?
capek sehh...

laa..itu je sebab capek?
ha..tu baru satu
ooo...ada lagi ek?
mesti ada...
apa lagi?
kene siapkan proposal untuk NOD
NOD? binatang apa tuh?
National Oceanography Directorate of Malaysia
oooo....NOD...susah ke?
susah...banyak nak buat
apa benda nyer?
kene study apa itu NOD
ooo...lagi?
study jabatan kerajaan dan agensi apa bawah NOD
ooo....susah gak ye?
kena juga study apa bidang tugas bawah NOD
laaa...banyaknyer...
memang banyak...kalau pernah buat, mesti tau

habis tu, ada lagi?
ada, tapi tak nak ceritalah
kenapa?
cukuplah dulu tu
laa...ceritalah
takpe, cukup dulu
yela yela...
mekasih
assalamualaikum
waalaikumussalam...

Friday, February 13, 2009

HUTAN TERBAKAR - MELBOURNE AUSTRALIA

Assalamualaikum

dalam surat khabar Berita Harian hari ini

===============

1,800 rumah musnah, 181 maut kebakaran hutan Australia


YEA: Kerajaan Australia mengesahkan bilangan kediaman yang musnah akibat kebakaran hutan di negara itu mencecah 1,800 bukannya ratusan seperti dilaporkan sebelum ini. 

Manakala angka rasmi mereka yang terkorban ialah 181 dan dijangka ia menjangkau 200 orang. 

Komisioner Perkhidmatan Kecemasan Victoria, Bruce Esplin, berkata angka kediaman penduduk yang musnah kini ialah 1,831. - AP


=====================

semalam ada kenyataan dikeluarkan oleh seorang paderi Australia, menyatakan ini adalah balasan dari "tuhan" kerana kawasan tersebut (dinyatakan sebagai Victoria - betul ke makcik aliya?) adalah tempat orang menggugurkan anak dalam rahim, ia adalah balasan kerana membenarkan "pembunuhan" ini berlaku...


tapi, for me, even though what he said is right, we are human being, and it is not us not say who wrong, who to blame. it ALLAH did it. and we have to search what the hikmah behind this tragedy. even we know soooo much people gugurkan anak over there, but its not us untuk jatuhkan hukuman pada mereka. same thing happen in Malaysia, then Bukit Antarabangsa runtuh, and several people died, some people it because ALLAH beri balasan because of so many maksiat happen there. but its not us to give that decision. 


anyway, hopefully, this disaster or tragedy will end soon. but Aussie Prime Minister, it will take long time to padam all the api. sebab api bukan yang nampak sampai 4 tingkat tu sahaja, tapi also, api dalam tanah. ni pernah diberitakan dalam satu dokumentari dulu2...

Thursday, February 12, 2009

BULAN FEBRUARI

Assalamualaikum,

bulan Februari, apa yang istimewa? 
ada ke yang istimewa?
ada bunga?
ada coklat?
ada kekasih?
ada hari kekasih?
hari kekasih = valentine day?
penting ke?
istimewa ke?

istimewa sangat
sebab apa?
sebab meraikan kematian paderi kristian
bagusnya
meraikan entah apa2 entah
merepek je dieorang ni
hari orang mati pun nak raikan
raikan dengan kekasih lak tu

apa daaa...
tapi hari HOL diberikan cuti
mmm...
manusia akhir zaman

Tuesday, February 10, 2009

Sakit Perut

Assalamualaikum,

entry ni takde kene mengena dengan tajuk di atas, sajer nak buat tajuk yang pelik

anyway, semalam, politik negara Malaysia sekali lagi digemparkan dengan kisah seorang Ahli Parlimen Perak, Allahyarham Roslan Shaharom sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang, dan juga penarikan diri seorang ADUN KEDAH, selepas didesak, diugut, family diugut untuk bertukar dari Pakatan kepada Barisan. ini bukan spekulasi, tapi cerita benar. kalau di Perak, mereka diugut untuk lompat parti, dan ianya nyata berjaya, tapi di KEDAH, ianya berbeza, diugut, dan tidak mahu diugut serta melompat parti, dia meletakkan jawatan. means = dia jujur, dan dinyatakan, dia ditawarkan RM5 juta untuk melompat parti. 

takpelah, semoga ALLAH memberikan kemenangan kepada yang berhak. serta semoga kita mendapat hikmah disebalik kejadian yang tidak diingini berlaku. mungkin, ada petunjuk yang sangat jelas dikemudian hari nanti, insyaALLAH...

sebenarnya, sebelum pilihanraya 8 Mac 2008, akal ini pernah berfikir. merenung kejadian dan situasi pilihanraya serata dunia, seperti HAMAS menang di Palestin, pasti ISLAM menang di TURKI, sebenarnya, gelombang itu hampir menjadi di MALAYSIA, cuma, gelombangnya tidak berapa kuat. hanya dapat separuh je gelombang pertukaran itu sampai ke MALAYSIA. tapi mulut ini tidak pernah memberitahu sesiapa, cuma simpan dalam hati.

selepas ini? menggunakan peluang yang diberikan (a.k.a kuasa, kerajaan dsb) untuk berkhidmat sebaik mungkin...

aminnn...

Monday, February 09, 2009

A Little bit Story About Palestine

Assalamualaikum,

i've got this video from one of ikhwah who involved with PALESTINE CENTRE OF EXCELLENCE (PACE), P.M Dr Hafidzi who really concern about Palestine issue. so, this video will tell the true story behind the latest issue, why Israel laknatuLLAH kering hati serang Gaza, Tebing Barat and so on...

so, hopefully, this will help us know better about things happening in Palestine...





Sunday, February 08, 2009

Canon

assalamualaikum,

Canon 450D
seringkali diidamkan
seringkali menjadi igauan
seringkali jadi sesuatu yang menusuk kalbu
saat berlalu di depan kedai kamera

kini, 
ianya dalam genggaman
pelbagai fungsi telah digunakan
banyak tempat telah dilawati
adakah aku berpuas hati?

alhamdulillah, sekurang2nya
ada manfaatnya
walaupun sedikit terlewat
tapi lebih baik dari tiada

insyaALLAH, semoga ia membawa manfaat
pada diri sendiri
keluarga kecilku
keluarga besarku
pada masyarakat
yang memerlukan khidmat kamera
insyaALLAH..

hari ini, aku terlupa untuk ke Permas Jaya
aduuhhh...sungguh aku tak sangka
semangat yang seprti membakar dalam diri
terpadam sekadar dengan kelupaanku
aku makin tua

tua dan terus tua
dihujungnya?
pasti mati yang menunggu....

Friday, February 06, 2009

Kerajaan Baru Perak?

Assalamualaikum,

sekali lagi, suara rakyat ditidakkan oleh pimpinan yang akan bersidang dan bertukar tampuk pada Mac 2009 ini. kenapa? kerana kerakusan atas permainan politik, dan kerakusan kepada kekuasaan dan pangkat.

tapi sedarlah, andai kita mengingati suatu hari nanti, kita pasti akan mati, ada ke kita akan berbuat sedemikian? seperti ada yang tidak kena. moga ALLAH menyelamatkan rakyat. Sultan juga seperti tidak faham akan perundangan sebenar. kenapa? hanya ALLAH dan RasulNYA lebih mengetahui...

ya ALLAH, selamatkanlah makhlukMU yang tidak bersalah. andai ini salah satu dari musibah, kuatkanlah hati2 kami. andai ini salah satu petunjuk akan datangnya Hari Kiamat, aku berlindung atas namaMU ya ALLAH..

amin amin, amin ya Rabbal 'alaminnn

Wednesday, February 04, 2009

Every body shall taste Death

Ali Imran: 185
"185. Everyone shall taste death. And only on the Day of Resurrection shall you be paid your wages in full. And whoever is removed away from the Fire and admitted to Paradise, he indeed is successful. The life of this world is only the enjoyment of deception (a deceiving thing)."


"Setiap manusia pasti akan merasai mati"


Assalamualaikum,

satu tazkirah yang sangat2 berkesan dalam hati walaupun diulang-ulang banyak kali. bukankah kita semua akan merasai mati? 

tapi kenapa sikapmu seperti akan hidup selamanya?
tapi kenapa gelojohmu seperti hingga ke akhirnya?
kenapa tamakmu memenuhi segenap penjuru dunia?

bila tidak memikirkan tentang mati, pasti ada benda yang salah akan kita lakukan. pasti dan tetap pasti. kenapa? kerana jika kita ingat mati, dan pasti ada pembalasan, pasti kita akan menjaga tindak tanduk kita. pasti akan kita jaga akhlak kita.

pada ibu dan bapa, pasti akan dituruti ajaran mereka,
tiada walau "ah" "terkeluar" dari mulut yang molek itu,

pada adik beradik, pasti tidak bergaduh, 
menikam lidah mengejar harta yang tertinggal,

pada guru-guru, pasti tidak akan mencemeh,
atau mengutuk, menyindir di belakang,

pada kawan-kawan, pasti umpatan keji itu,
seperti tidak pernah ada di hujung lidahmu,

pastikan begitu? ianya pasti. cuma samada kita sedar atau tidak.

tazkirah pada diri sendiri, yang merindui ayahanda yang telah pergi. terasa rindu, yang kadangkala mengajak untuk turut serta mengejar ayahanda. cuma tindakan yang masih tidak mampu menyaingi walau sedikit amalan ayahanda, menyebabkan aku terus akan berjuang, menegakkan Ad-Deen ini...

aminnn...

Tuesday, February 03, 2009

Uni - G

Assalamualaikum,

alhamdulillah, akhirnya selesai sudah satu lagi program anjuran PaLS dengan kerjasama SMIH. iaitu UniGoogle. yang suka-suka hati dipendekkan kepada Uni-G oleh myself. haha...

i'm sorry, there's no pic available in this blog. all the pic needed has been post to AlumniSMIH yahoo groups. so, only alumnians who subscribe with this mailing list can see all the pic. but not all of it, but most of it. some of the pic are sensitive to others, and some are my private pic. haha...

and among all the pic,  i love this one most
this pic tell about the best friend. all of them smiling, and not ber"purak2"...hoho..

anyway, thanx to all who "anjurkan" Uni-G, and also, all who did come, giving support, and at least, tunjuk muka masa program. huhu....

and this one, montaj for closing ceremony, done by makcik amirah.





Aku, dulu

 Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...