Thursday, August 21, 2008

Remembrance Of al-Quds (ROQ 08)

Ada apa dengan 21 Ogos 2008?

Ada! Genap 39 tahun Masjid Al-Aqsa yang mulia telah dibakar oleh Dennis Micheal Rohan, warga Australia yang menganut agama Yahudi.

Aku kongsikan bahan edaran sempena ulangtahun yang akan berlangsung esok. Ayuh, sebarkan mesej kemanusiaan. Buktikan solidariti umat manusia sejagat dalam mempertahankan kiblat pertama umat Islam itu.

Hakcipta tidak terpelihara. Demi Allah Ta'ala dan Rasul-Nya.

Seperkara lagi. Ayuh berpakaian serba hitam pada hari ini. Bukan sebagai manifestasi perkabungan (entah wujud ke tidak istilah ini?), sebaliknya simbol kegelapan. Kegelapan yang mendamba sinar. Kesedihan yang menyelebungi. Inilah yang dihadapi oleh rakyat Palestin. Saban hari dilayan tidak ubah seperti haiwan oleh puak Israel yang sarat nilai kebinatangan.

Cahaya itu pasti datang. Segalanya terpateri di dalam ayat-ayat Tuhan. Siapa lagi yang paling mengotakan janji, melainkan Allah Ta'ala.

Selain itu, berpakaian hitam beramai-ramai akan mewujudkan suasana yang signifikan. Maka ambillah peluang untuk menyebarluaskan mesej kemanusiaan ini.

Setakat itu sahaja niat berpakaian hitam untuk beramai-ramai. Bukan kerana berkabung lalu menurut kepercayaan agama lain atau mempromosikan black metal, apalagi meraikan hal-hal yang bertentang syarak.

Cepat, selongkar almari anda sekarang. Atau pergi basuh baju.

Berpadu jiwa mempertahankan Masjid Al-Aqsa. Al-Quds, kami senantiasa bersamamu! Mari menyumbang kepada rakyat Palestin. Sumbangan boleh disalurkan ke:

Akaun Maybank 562209608847 atas nama “Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia” (Sila fakskan bank-in slip pembayaran ke 03-4107 1754)

atau

Pembayaran krediti card secara online melalui laman sesawang di bawah
http://www.jim.org.my/e-bazaar/index.php?main_page=product_free_shipping_info&cPath=3&products_id=27&zenid=90






===========
artikel di atas di"curik" daripada laman blog sahabat saya, dhany sarip

Wednesday, August 20, 2008

Sanggup ke aku?

Assalamualaikum,

kelmarin, pergi solat maghrib di masjid, selepas lama juga tak pergi berjemaah sama2 di masjid. sebab dah seminggu ke putrajaya, so, solat pun jama' qasar je banyak, so, solat berjemaah juga, cuma tak berjemaah di masjid je.

anyway, masa sampai di masjid, nak keluar daripada kereta, ternampak seorang pemuda, keluar daripada kereta, itu tak menjadi masalah, tetapi, dia keluarkan tongkat kaki, yang biasa digunakan oleh orang yang patah kaki.

"waahhhh.....bagus lelaki ni"bisik hati, akan tetapi tak nak diluahkan, takut2 nanti riya' dan ego yang keluar pulak. bukan apa, terfikir, dia ni yang kakinya pun tak berapa nak ok, sanggup lagi drive kereta, bawa ke masjid, kemudian nak solat sekali pun. adeiii...sekali fikir, die yang tak berapa nak sihat, masih mampu nak ke masjid, berjemaah, akan tetapi, aku nih? sebab nak jaga anak je, tak pegi masjid.

memang betul, lagi2 di rumah, time maghrib, baby memang kita kene pegang, so, biasanya, nak maghrib, saya akan pegang baby, supaya kurang gangguan dari "makhluk2 lain". akan tetapi, itu dijadikan alasan. bukan kene drive pun, biasanya, ayah yang drive, gua ikut masuk kereta je.

ish ish ish...itu yang terfikir sejenak, orang yang tak mampu, tapi punya keinginan yang kuat untuk berjemaah, sanggup buat apa sahaja. tapi kalau tak de keinginan, duduk sebelah masjid pun jangan harap nak jejak kaki solat berjemaah kat masjid tu.

moga ALLAH teruskan istiqamah pada diri ini untuk terus berjemaah di masjid...aminnnn....

=====================

anyway, ni gambar masa konvo tu. actually, nak amik gambar, sekali hujan lak time keluar dari dewan tu, so, amik gambo sengal2 je. ni pun amik dari multiply my wife..haha...

orait...


Monday, August 18, 2008

penat ke?

Ummi pakai mortar board abi...hehe...cute je...lepas amik ijazah hari sabtu

Abg Dennis, Abg J, dan Afifah...hehe...tiga sepupu akhirnya dapat bergambar bersama hari ahad


assalamualaikum,

hari sabtu nan lalu, akhirnya, selepas 2 tahun setengah, diri sendiri dapat meng"konvo"kan diri, selepas bersusah payah (susah ke?)

anyway, tak kesah sangat, tapi nak pegi gak, sebab nak raikan bersama "family" sendiri, dengan isteri dan juga baby kecik yang comel lote! haha...kalau tak, mesti malas nak layan konvo nih...

so, hari jumaat malam, pegi ke pesta konvo, dan ada satu pembaharuan, ada satu gerai tentang palestine, sangat2 teruja. dah agak lama benda ni berjalan, tapi sebelum ni, kedudukannya tidak strategik seperti yang terbaru ini. cuma mungkin boleh diperkemaskan lagi.

yang penting, masa tu, sajer je nak penuhkan ruang, so, berdiri depan gerai palestine tu, duduk lama gak, sedar2 kat keliling, dah makin ramai orang...haha..taktik menjadi, cara nak tarik orang, kita kene lepak, macam kita yang jadi penonton, nanti insyaALLAH akan ramai orang tertarik nak melihat.

okeh, masih terasa kepenatan, walaupun dah 3 hari pulang ke jb...penat dari kursus masih belum kurang. mungkin sebab balik pun, masih belum dapat berehat dengan benarnya...

moga ALLAH bagi kekuatan dalam diri untuk terus menerus dalam jalanNYA...amin...

Tuesday, August 05, 2008

singgah ke Jabatan Perangkaan

Assalamualaikum,

last friday, kene setup bilik latihan berkomputer bagi Jabatan Perangkaan Malaysia, di Putrajaya, untuk kursus pendek pada 11-15hb august nih...

lepas settle semua baru dapat amik gambo...so,takde gambo orang...ada gambo

Aku, dulu

 Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...