ni some of the gambo...actually all the gambar that i take..hahaha....
"kita merancang, ALLAH jua merancang, dan perancangan ALLAH adalah yang terbaik..."
*p/s: banyak post entry yang saya jadualkan, jadi banyak isu yang kelihatan "terlewat" dari asalnya
Monday, June 30, 2008
Pameran MPBP
ni some of the gambo...actually all the gambar that i take..hahaha....
Friday, June 27, 2008
oh shaytan kembali lagi...4
ala....tidor lagi sedap....nanti "aku" kejutkan lah ko, untuk solat subuh....
haaa....pernah ke dengar perkataan "assolatu khairum minan naumm?"....
macam pernah dengar dulu...bile ek?
oh shaytan kembali lagi...3
haaaa? tak nak minum arak? nak memalukan diri sendiri ke?
Monday, June 23, 2008
oh shaytan kembali lagi...2
laaa....nak buat apa pegi keje? yelah, kan boleh tido je...
Friday, June 20, 2008
Thursday, June 19, 2008
MOTIVASI UNTUK KE KERJA di pagi hari
'Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan 'biasa' dan ada datang dengan perasaan serba tak kena '.. Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'biasa' saja, hasilnya adalah 'biasa' saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah...'
Jadi renungi lah :-
1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab
'DATANG BEKERJA' tapi hampeh, hasilnya macam kita 'TAK DATANG' kerja
2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler , rupanya kita hanya 'KELAM KABUT'.
3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN' , tapi rupanya kita BUSY BODY
4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG'AJAR'AN.
5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .
6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA
7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE' , adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT'
Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah.. .Segera, tapi manusia tetap manusia..sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?
Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan..kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.
Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..kita draw kat akhirat nanti...tapi kalau kita asyik dengki mendengki..nasib la sebab dah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..Renungi lah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itu la kayu pengukur diri yang sebaiknya...
menyetujui tidak semestinya menyokong,
menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik'
Tuesday, June 17, 2008
the number 1 tag...
since i dont want to update my other blog yet, so, i just do this tag thing here..
1 minit yang lalu, apa anda buat?
baca mesej dari isteri tersayang...ewah...
1 hari yang lalu, apa anda buat?
mmmm....actually, semalam sakit sangat kepala, so, because i have become a staff, so, i go to two clinic, first poliklinik penawar, and i didn't get mc, so, then, i go to UTM's clinic, that i got the expensive medicine, and also, a mc!! hahaha...so, balik rumah, tidoq la..sakit kepala sampai tak boleh nak buat keje...
1 hari lagi, apa anda akan buat?
got to finish a poster for seminar on late july...ala...baru masuk keje dah kene buat keje berat2...padan muke! but i love this job!
1 orang yang terakhir menelefon kamu?
mestilah my lovely wife! haha...best ooo berchenta lepas kawen!
1 makanan yang baru dibeli?
errr....fisherman friend...untuk sakit tekak, because my tekak still perit lagi...dari hari sabtu...but its getting better...but my fisherman friend dah habis..kene beli lagi jap lagi..huhu
1 barang yang baru hilang?
my pant...sebab tinggal kat rumah mak mertua, so, i cannot organize most of the thing, my wife yang organize kan, sebab keje kan..die cuti dua bulan..die marah kalau buat sendri, so, lepas tu, my pant tak tahu ke mana...maybe masuk tempat adik2 lelaki die kot
1 cerita yang baru ditonton?
pursuit of happiness...semalam tengok masa balik kejap tengahari, tu pun tak habis...haha
1 hal yang terakhir digosipkan?
oil price increasing in malaysia~ satu idea sengal dari pak lah...harga minyak boleh naik..and mostly, everything turun lak...riba ptptn turun, cukai jalan turun...and so on..pelik tak? sengal tak? patutnya, all that turun, without increasing oil price....stu*id!!!
1 kata yang ingin diluahkan?
sengal
1 buku yang sudah dibaca?
ni untuk this year ke? buku akademik boleh? haha...buku PHP, MySQL, and APACHE..hahaha...
1 penyakit yang sering datang?
sakit kepala...hahaha
1 keinginan?
nak kurangkan berat badan, supaya senang nak beribadat...sekarang agak sukar..haha
disebabkan ini adalah tagging thing, so, i want to tag, af course my wife, my little sis, alifah, mmm...yeop, ammar taqi, zaido...hafiz baiel, and dini sarip...hahaha
KEBERKATAN....
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. Apabila
masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara
menjadi kuat, negara luar jadi hormat. Apabila negara luar jadi
hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat,
pembangunan pun meningkat. Apabila pembangunan pun meningkat,
kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat. Apabila
tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula
mengubah tabiat. Apabila manusia telah mengubah tabiat,
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi
jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati
lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla
minyak gamat.
Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.
Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat .
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah
pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di
merata tempat.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.
Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?
Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera
meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.
(Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa.
Sebarkanlah ini kepada ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan
sahabat handai kita agar masyarakat
kita akan menjadi sebuah masyarakat yang bukan sahaja maju dari segi
duniawi malah ukhrawi. Insya-Allah. ..Allahhuakbar! Allahhuakbar!
Allahhuakbar! )
Thursday, June 12, 2008
Tuesday, June 10, 2008
sedih..
macam ada benda yang tak settle down,
macam ada benda yang seperti tidak menjadi...
terasa kosong...
mmmm......
walaupun seronok dengan baby, tapi terasa kosong..
mungkin kepenatan kot...
Monday, June 09, 2008
nikmat vs musibah
akan tetapi, bukan perkara itu yang nak ditimbulkan, akan tetapi, satu isu, yang rasanya relevan dalam kehidupan seharian kita...
dalam menghadapi musibah, dan pelbagai lagi perkara yang tidak diingini dalam hidup, kita selalunya akan mengeluh, dan mengeluarkan pelbagai pendapat, yang pastinya menentang perkara musibah tersebut. dan kita akan membincangkan, macamana nak mengatasinya, dengan pelbagai idea, dan cadangan yang sangat bernas dan berkesan jika dilakukan.
dalam perbincangan hari sabtu yang lepas dengan seorang ustaz, dia telah menceritakan, betapa terlekanya kita dengan dunia ini. apa yang disampaikannya, sangat menusuk kalbu.
katanya, apa-apa yang terjadi, ianya menjadi nikmat pada sesetengah orang, dan menjadi musibah pada sesetengah yang lain. percaya? tak percaya sudah...
anyway, dalam kita ditimpa musibah, kita lupa, bahawa, sebaik2 ucapan kala ditimpa musibah, kecil atau besar, ucaplah "innalillahiwainnailaihirajiuunn..."....
dan kala mendapat nikmat, pastikan "alhamdulillah" yang terpacul keluar dari mulut kita. kerana, itu semua ujian dari ALLAH, kalau kita redha, kita akn dapat manfaat yang lebih lagi, dan jika tidak, pastinya, kita tidak termasuk dalam golongan yang bersyukur...
apabila harga minyak naik, kita berpusu-pusu ke stesen minyak, mengisi minyak dengan harga yang murah buat kali terakhir...iya, ianya tak menjadi masalah, malah, digalakkan lagi...tapi, adakah kita mengucapkan "innailillah..."? oh tidak, malah merungut tak tentu pasal...salahkan kerajaan..iya, memang kerajaan seperti zalim, menaikkan dengan mendadak sekali...tapi bukan nak salahkan kerajaan, cuma nak salahkan hati sendiri....
pendek sahaja ucapan itu.."innalillah..."...
dan saat selepas makan, kenyeng...adakah "alhamdulillah" menjadi luahan hati? mm....tanyalah hati sendiri...
satu isu, dan perkara, dan satu muhasabah untuk diri sendiri...sebab ianya terjadi pada diri sendiri....
zakri, kamu ucap tak innalillah masa kenaikan harga itu? ohhh...mestilah tidak...dan kini aku sedar...
"INNALILLAH..."
Friday, June 06, 2008
Harga Minyak Naik Lagi
alhamdulillah, dan bersyukur kepada kerajaan BN, kerana telah menaikkan harga minyak petrol kepada RM2.70 seliter...terima kasih banyak2 kerana menyusahkan, dan membebankan rakyat, dan hanya mendengar pendangan menteri yang tidak pasti dan tidak pernah tahu apa itu erti kesempitan hidup...
dalam dua hari ini, rata2, segenap lapisan masyarakat memperkatakan mengenai kenaikan harga minyak ini. pelbagai tomahan dan pelbagai lagi kritikan pedas yang dilontarkan, dan seperti biasa, PM masih lagi tidur, dan membisu seribu bahasa, walaupun berbakul2 kritikan diberikan.
hampir segenap rakyat merasakan bebanan yang bertambah. dan tun mahathir sendiri pun, telah mengeluarkan kenyataannya di laman blog beliau, dan pastinya, bukan masalah subsidi, akan tetapi, ia lebih kepada pengurusan ekonomi yang sangat lemah oleh pemimpin BN sendiri, khususnya PM.
apapun, banyak kekurangan pentadbiran yang jelas ditunjukkan. dan nampaknya, rakyat pasti akan memberontak, dan jika ini berlaku, PM hanya akan mengeluarkan kenyataan "kita tidak perlu berdemonstrasi, kita negara demokrasi"...dan bla bla bla..
anyway, sebagai muslim, sebagai seorang islam, dalam keadaan ini, kita perlu untuk memberikan pendapat, walau apa cara sekalipun...kalau dengan surat, kita bagi surat, kalau dengan telefon, kita telefon, kalau perlu demonstrasi, kita demonstrasi...ini adalah suara rakyat.
apapun, kita kene positif...minyak memang akan naik, ini sudah pasti, tapi dengan sikap yang mendadak, memungkiri janji, dan terlalu tinggi, pastinya, ramai akan meluahkan perasaan mereka.
rakyat perlu bangkit...
Tuesday, June 03, 2008
Penat ke?
alhamdulillah, semalam, dah daftar jadi tutor d UTM....haha..akhirnya...lepas dua tahun bertungkus lumus, and berdoa, akhirnya, dengan izin ALLAH, dapat jugak dapat jadi tutor, dan insyaALLAH. bulan 8 ni, jadi lecturer...hhu...
orait...
11. dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baharu tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya Dengan meninggalkan Engkau berdiri (di atas mimbar - berkhutbah). Katakanlah (Wahai Muhammad:" pahala - balasan) Yang ada di sisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu; dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki.
Aku, dulu
Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...
-
assalamualaikum, tadi surf sebentar internet, lalu menjumpai satu artikel menarik, mengenai satu "legenda" peribahasa, "guru ...
-
Assalamu'alaykum, Mungkin ada yang tahu, mungkin tak tahu. Ayer Hitam terkenal dengan kerepek-kerepek ubi, kentang dan macam-macam jen...
-
Assalamu'alaykum, Jadi, bersambung lagi kali ni, bercerita pasal Program Geoinformatik. kali nak bercerita kekeliruan dan perbezaan a...