Monday, October 22, 2007

How can You Deny?

Assalamualaikum







dalam kemeriahan orang meng"upload" dalam youtube, ada juga yang nasheed yang sangat menyentuh hati, ini antaranya....nasheed bertajuk "How can you deny?"

bila mendengar nasheed ni, dan terlihat tajuknya, teringat surah Ar-Rahman

r'Î7sù ÏäIw#uä $yJä3În/u Èb$t/Éjs3è? ÇËÊÈ

21. maka Yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, Yang kamu hendak dustakan?

ayat yang diulang2 dalam surah ar-rahman ini...nikmat yang mana yang kamu hendak dustakan?

moga2, kita tidak termasuk dalam golongan yang mendustakan nikmat ALLAH, samada dalam sedar, ataupun dalam kita tidak sedar.....

Thursday, October 18, 2007

ramadhan terakhir....

catatan ini dibuat pada akhir ramadhan...

--------------------------

Assalamualaikum,

akhirnya, ramadhan yang dikejar, yang sentiasa menjadi igauan, menjadi kejaran, dan tumpuan sepanjang tahun, melabuhkan tirainya, selepas 30 hari menjalankan tugasnya...

entah kenapa, bermula maghrib 30 ramdhan, terasa sedih sangat hati...terfikir, inilah maghrib terakhir ramadhan ini....ketika solat tarawih jua begitu, terfikir, inilah tarawih terakhir aku tahun ini, dan ketika solat sunat sebelum subuh, terbayang, inilah solat sunat terakhir dalam bulan yang penuh barakah ini..yang penuh maghfirah...yang tidak ada bulan lain yang sebanding dengannya....

sedih sangat, sebab tahun ini, tak banyak yang dapat dibuat seperti tahun2 lepas...tahun ini, beberapa kekangan, memaksa diri tidak dapat mengejar ibadah ramadhan seperti tahun2 lepas...sedih sangat2...

kekangan hati yang mungkin sedikit degil, yang malas untuk menunaikan kewajipan yang sepatutnya...kekangan projek yang entah bila nak siap..walaupun seperti banyak yang dah buat, tapi bila diselidiki, masih banyak kene buat, kene pantau...programming tidak seperti buat tugasan biasa, ianya perlu idea, perlu cara dan kaedah yang betul...lalu, sibuklah di malam hari mengadap komputer berjam-jam...sampai zaujah pun marah...maaf ye...

tahun ini juga, terlepas sekali solat tarawih, kerana mengejar benda lain...sedihnya....hati terasa jauh sangat berbanding dulu2...tapi tak mengapa, mungkin ada hikmahnya..mungkin dengan keadaan yang sebegini, akan menguatkan hati pada tahun hadapan, menguatkan azam pada tahun hadapan, (insyaALLAH...)

apapun, pada yang berjaya menjadikan ramadhan kali ini sebagai ramadhan yang paling berjaya, atau mungkin yang seperti tahun sebelumnya, alhamdulillah...moga2 kemeriahan ramadhan itu tidak hanya ketika bulan ramadhan sahaja, biarlah tarbiyah ramadhan itu dapat diteruskan pada bulan2 yang seterusnya...inilah ujian sebenar, 11 bulan yang perlu kita istiqamah...agar hati kita tidak lalai lagi...

apapun, semoga hati2 kita tidak keras, dan tidak degil untuk menangisi dosa2 kita...dosa kita pada ALLAH, pada ibu dan ayah, pada isteri, pada keluarga, pada adik beradik, pada sahabat2, pada semua orang....kerana, dosa tetap dosa, walaupun kita memberikan pelbagai alasan...


Salam Hari Raya...
Eid Mubarak...


moga kita terus menerus diampuni dosa, terus menerus diredhai dan dirahmati, dan moga2, kita akan terlepas dari azab kubur dan azab api neraka....

amin....

Thursday, October 11, 2007

Eid Mubarak

Assalamualaikum,


Eid Mubarak

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Moga Ramadhan yang berlalu, akan menghapuskan dosa, mendapat rahmat dan keampunan dari ALLAH s.w.t, dan moga2, dengan keberkatan ramadhan, kita akan terlepas dari azab api neraka dan azab kubur...amin....

Wednesday, October 10, 2007

SELAMAT MALAM RAYA AIDILFITRI

Assalamualaikum,

Ramadhan Kareem hampir melabuhkan tirainya...madrasah ramadhan, semakin meninggalkan kita...jauh dan jauh....dan sekiranya ada umur yang lebih panjang, insyaALLAH berjumpa lagi...tapi pastikah kita? tidak pasti bukan? so, gunalah latihan daripada ramadhan ini untuk diteruskan lagi ke bulan2 "sebenar", sebelas bulan dalam bulan islam ini....

akhir kata

Wahai sahabat & diriku, jika sekitarmu menyebut-nyebut ucapan selamat hari raya, aku sinisnya senang mengucapkan selamat malam raya. Padaku & dirimu sahabat, aku bertanya, berapa ramaikah dari kalian yg menghidupkan malam raya dengan ibadat seperti mana malamnya ramadhan? selain dari takbir & tahmid yang bergema di masjid2.Kita sibukkan diri dengan persiapan untuk harinya, sambil leka berhibur. Dimanakah pengertiannya hadith : Daripada Abi Umamah r.a, daripada Nabi Muhammad SAW bersabda:
“ Sesiapa mengerjakan amal ibadat pada malam hari raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha) dengan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, hatinya tidak akan mati (pada hari qiamat) sebagaimana matinya hati (orang-orang yang kufur engkar) pada hari itu.”
Ayuh diriku dan sahabat2ku, kiranya malam ramadhan itu kita culas dlm melakukan lebihan ibadat, kenapa tidak kita mengambil kesempatan yang hanya semalam eid itu, yg nyatanya kita tidak lagi berlapar dan hati yg gembira dgn sempurnanya ramadhan.

------------------
pegi masjid, jangan sepah2kan selipar, kalau nak senang, kunci je...hehe


Aku, dulu

 Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...