Wednesday, August 29, 2007

Welcome Home

Assalamualaikum,

selamat kembali ke rumah.....Welcome Home...

bayangkan setelah sekian lama tidak pulang ke pangkuan keluarga, selepas "beberapa" ketika berjauhan dengan keluarga, akhirnya, saat bertemu kembali telah tiba...lalu hati bertanya, bagaimana rasanya saat itu?

pasti terasa seronok, walaupun perjalanan yang jauh, mungkin 5 jam, mungkin 8 jam, malah, mungkin seharian berada dalam kenderaan, akhirnya terbalas jua, saat bersalaman dengan ibunda, dan ayahanda tercinta, bukankah begitu? tidakkah terasa begitu?

begitu juga dengan ibunda dan ayahanda, saat berjauhan, termenung terfikir, saat bersendirian telah tiba....satu saat dan ketika dahulu, anak2 kecil, berlari keliling rumah, riuh rendah rumah, usik dan gelak ketawa seiring dengan hilangnya penat badan setelah seharian bekerja....

saat tangan dicium oleh anak sendiri, saat itu, terasa indahnya dunia ini...gembira tak terkata...

kerana itu, saat kawan2 pulang ke kampung, pulang bercuti bersama keluarga, saat kita memerlukan mereka, yakinlah, sebenarnya mereka jua rindukan keluarga mereka, walaupun kelihatan sukar untuk diyakini, seperti tidak kerinduan, tapi, sebenarnya, mereka rindukan keluarga mereka....berilah masa tersebut kepada mereka, kepada keluarga mereka, kerena mereka semua punya hak mereka, bukan masa itu hanya hak kita dan program kita sahaja....

tanggungjawab pada keluarga menjadi prioriti...andai itu sangat perlu dilakukan....

Tuesday, August 28, 2007

islam dan isu-isu semasa

assalamualaikum,

baru2 ni, terbaca banyak kisah berkaitan dengan kemalangan yang membabitkan pemandu bas ekspress, dan saat ini, pelbagai perkara telah dibuat pihak berkuasa, bukan setakat pihak berkuasa mencari2 salah dan silap pemandu bas, malah, ada pihak surat khabar pun terlibat sama, sanggup "meluangkan" masa untuk menaiki salah satu bas ekspress ke satu destinasi, semata2 untuk mencari salah dan silap pemandu bas...

satu kisah, melibatkan pemberita salah satu tabloid utama, dia telah menaiki salah satu bas, dan melaporkan pemandu bas yang memandu dengan berbahaya, melebihi had laju, bercakap menggunakan telefon bimbit tanpa "hands-free" dan pelbagai lagi laporan yang diberikan.

seolah2, perkara ini menjadi satu isu yang sangat kritikal saat ini, lebih2 lagi, sudah dekat dengan cuti merdeka, dan juga, tidak lama lagi, cuti hari raya, pihak berkuasa melakukan semua perkara yang terfikir dek otak kita, dan pihak pengusaha bas, pening kepala, sebab pemandu sudah tidak mahu memandu, kerana takut disaman atas hal2 yang kecil. lalu, yang menjadi mangsa, seperti biasa, pengguna...

-------------------------------------

itu baru satu isu, isu yang lain, kehilangan nurin, seorang budak perempuan, yang hilang selepas pergi ke pasar malam, 8 hari lepas. sedih bukan? jarak dari rumah ke pasar malam hanya 100 meter, tapi, budak kecil itu tetap hilang entah kemana...

menjadi isu kenapa? bukankah ISLAM sendiri telah menetapkan, sekiranya seorang perempuan, ingin keluar rumah, perlu ada muhrimnya, lagi2 budak berumur 8 tahun, perempuan, malah, berpenyakit sakit buah pinggang lagi, dan perlu makan ubat setiap hari...sangat2 perlu untuk dijaga...ditemani...

sebab itulah, penting sangat untuk melakukan ajaran ISLAM sepenuh hati...sebab akibatnya, tidak terduga, ini baru satu contoh yang sangat kecil, isu2 yang lain? yang lebih besar?

-------------------------

semalam, dibincangkan sedikit perkara, tentang apabila kita inginkan sesuatu, nak beli sesuatu, nak siapkan projek master ke, PSM ke, nak buat apa jua pun, perlu sangat berdoa....doa itu sebagai senjata setiap mukmin...

teringat diri sendiri, yang malas berdoa, malah, selepas solat fardhu pun, tak berapa nak berdoa, kadang2 je...dan akhir2 ni, tersedar, dan cuba berdoa, walaupun pendek sahaja...bukan kerana apa, kerana ALLAH suka hambaNYA yang berdoa...tapi, kita (saya sendiri), seolah2 angkuh dengan tidak berdoa...(astaghfirullah...)...segan dengan isteri pun ada... ;p

anyway, doa itu sepatutnya menjadi mainan lidah, menjadi siulan kata orang...sebab kalau diikutkan, dalam setiap perkara, nak naik kenderaan, ada doanya, nak keluar rumah, ada doanya, nak makan, nak tidur, macam2 lagi, ada doanya...kan?

dan kalaulah doa kita tidak dimakbulkan dalam keadaan yang kita betul2 nak, yakinlah, bahawa, sebenarnya, doa itu tidak sia2, insyaALLAH, mungkin kita tidak dapat apa yang kita doakan, tapi kita akan dapat insyaALLAH yang lebih baik lagi...maka legakanlah hatimu...

dan sekiranya, tetap tidak mendapat apa2, yakinlah, doa itu tidak sia2, kerana, ianya akan ada sahamnya di akhirat kelak...amin....harap2nya begitulah ia....

oleh itu, rajinkanlah lidah kita untuk berdoa, agar ianya menjadi satu benda yang selalu kita kerjakan...

Tuesday, August 21, 2007

Masyarakat Islam di Australia

Warga Muslim Australia khuatir keselamatan diri


BRISBANE: Penduduk Muslim Australia hidup dalam ketakutan yang menjadi antara punca mereka meragui kerajaan dan hidup tersisih daripada masyarakat negara itu.

Mereka berasa takut melakukan sebarang perjalanan, baik untuk keluar dari pintu rumah sendiri sehinggalah menaiki pesawat kerana bimbang menjadi sasaran pihak berkuasa.

Ini didedahkan kajian kebangsaan ke atas penduduk Islam dan menjadi usaha pertama seumpamanya, lapor Brisbane Times, semalam.

Tinjauan itu antara lain mendapatkan pandangan rakyat tempatan mengenai tahap keselamatan mereka selepas kejadian 11 September 2001 di Amerika Syarikat.

Namun, berbanding masyarakat lain, penduduk Muslim memberi reaksi balas yang amat berbeza daripada yang lain.

“Hasil awal tinjauan di kalangan penduduk Muslim yang mewakili 1.5 peratus keseluruhan penduduk, amat mengejutkan. Berikutan itu kami terpaksa mengadakan kajian dengan masyarakat Muslim menjadi sampel kaji selidik lebih khusus bagi menjelaskan hasil awal itu,” kata Profesor Mark Balnaves, penyelidik di Universiti Edith Cowan yang turut terbabit dalam tinjauan berkenaan.

“Mereka amat bimbang dan ketakutan. Mereka takut untuk menaiki pesawat, takut melangkah keluar rumah atau menyertai masyarakat setempat.

“Penduduk Muslim ini juga takutkan kerajaan, tidak percayakan pihak media dan akibatnya mereka hidup tersisih. Penyisihan mereka itu pula membimbangkan kita,” kata Balnaves.

Tinjauan itu turut menunjukkan yang masyarakat Islam berkemungkinan besar membuat persiapan berdepan sebarang kemungkinan.

“Biarpun sanggup mempertaruhkan nyawa berjuang demi mempertahankan Australia, mereka kemudian sedar yang mereka sebaliknya dilihat secara satu ancaman kepada masyarakat lain.”

Pengerusi Forum Perhubungan Islam-Australia, Kuranda Seyit berkata masyarakat Muslim juga lebih berhati-hati dan terpaksa berfikir dua kali sebelum menyertai sebarang acara rasmi biarpun ia tidak menghalang mereka meneruskan perniagaan masing-masing.

Seyit juga mendakwa, perasaan takut itu amat ketara sehinggakan ada yang sanggup mengubah nama Islam atau Muslim mereka bagi mengelak menjadi mangsa diskriminasi sewaktu memohon pekerjaan.

Tinjauan itu dibuat di tengah-tengah kontroversi terbaru apabila pemimpin pembangkang, Pauline Hanson dan bakal Senator Queensland, James Baker secara terang-terang mengakui menjadikan masyarakat Muslim sasaran kempen mereka. – Agensi

dipetik daripada laman web berita harian bertarikh 21 Ogos 2007, bahagian Dunia, klik di sini

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Tuesday/Dunia/20070821053726/Article/Dunia_html

yeke? futuredoc ada komen?

Thursday, August 02, 2007

Wednesday, August 01, 2007

menanti ke barzakh

salam,

terasa sangat dengar nasyid ni...terasa takut sangat mati...

masya ALLAH...

Aku, dulu

 Aku dulu, megah dan riak megahnya ilmu kononnya banyak riak dengan amalan, yang terasa begitu banyak Aku dulu, meremeh, meleceh meremeh ilm...