beberapa hari yang lalu, mengimbau kembali kenangan lama, mengingat akan perangai yang nakal saat sekolah dulu, dan satu saat, tersenyum, lalu tergelak sendirian, betapa kurangnya kecerdikan otak untuk berfikir semasak-masaknya sebelum membuat keputusan...
dan, dengan pengalaman hidup yang terkumpul, dengan pelbagai rintangan yang dilalui, diri merasakan telah menjadi kuat, dan tabah mengharungi kehidupan...macam2 rintangan yang terjadi pada diri, boleh diharungi dan dilalui dengan sabar dan tabah..
walaupun diri telah semakin matang, namun tetap ada perangai2 yang masih tersimpan rapi, dan menjadi identiti diri, dan itu tidak mampu dirubah sama sekali...dan tidak ingin diubah, kerana ianya menjadi identiti diri sendiri dalam meneruskan hidup...dan salah satunya, ialah membaca komik, manga, dan apa jua yang sama sepertinya...
"membaca komik, manga dan sebagainya, seolah2 seperti budak kecik yang tidak mahu membesar"
itu pendapat sebahagian orang, dengan tanggapan, membaca komik, hanya akan menjadikan masa itu terbuang begitu sahaja, sedangakan dia lupa, lebih baik membaca komik, daripada melangut tak tentu pasal, daripada merempit ke sana sini, daripada membuat onar di luar sana, bukankah begitu?
tapi, bukan soal ini yang hendak diutarakan, tapi pengalaman hidup, menggambarkan, betapa sukarnya untuk mengekalkan keadaan dan situasi semasa...namun, lebih sukar untuk bangun semula, selepas terjatuh dengan teruknya...perasaan hati, hasutan syaitan, kekurangan sokongan, menambahkan lagi kesukaran ini, dan akhirnya, hati yang inginkan, terkubur begitu sahaja...
kebajikan, yang sering dilupakan, dan sering diingati untuk orang yang lebih bawah, dan tidak yang bersama2 kita...dan akhirnya, sekuat manapun seseorang itu, akan tersungkur jua...walaupun telah menjadi "otai", tapi, perasaan tidak dapat menipu...perasaan juga yang akan menjadi penghalang terbesar...bukannya tidak mahu, tapi, cuma perlukan perhatian, dan sokongan, dan akhirnya, hati yang mati, akan kembali hidup, dan berdegup dengan bersemangat sekali...