Assalamualaikum w.b.t------------------------------
hati berbunga indah,
mengharap kasih dariNYA
mencari rahmat dan redha
mengharungi hidup, di dunia dan akhirat...
------------------------------
"Anta bila lagi nak kawen?"
satu persoalan yang biasanya ditanya di majlis-majlis kawen anak2 ikhwah...namun, dalam suasana sekarang, persoalan yang sama ditanya dimana-mana sahaja, seolah2 tiada sempadan...seolah-olah tiada persoalan yang lebih penting daripada itu...
namun, persoalan yang ditanya, tetap dijawab, dengan jawapan yang paling mudah dan tepat (rasanya)
"insyaALLAH bila ALLAH izinkan..."
namun, yang pasti, walau apapun jawapan yang diberi, tak mampu untuk memuaskan kehendak skema jawapan...masih lagi ditanya, oleh orang yang sama, pada individu yang sama. seperti persoalan itu tidak pernah ditanya sebelum ini...
memang kami masih muda, masih mentah dalam jalan tarbiyah ini, namun, rasanya lebih cantik lagi andai kata, persoalan yang ditimbulkan lebih kepada tarbiyah, agar mampu untuk menanamkan rasa izzah pada dakwah, pada tarbiyah yang dilalui...
pengalaman yang dikongsi, mampu menaikkan semangat kami yang masih muda ini...dengan cara pertarbiyahan yang berbeza, rasanya, mampu untuk digunakan kembali oleh kami yang masih mentah ini...
persoalan yang berkait dengan tarbiyah, dan dakwah, rasanya perlu dihidupkan kembali...cerita2 berkaitan dengan kawen, rasanya perlu di"hold" dahulu, dengan keadaan masyarakat yang semakin kritikal...
alangkah indahnya andai isu-isu yang diperbincangkan lebih dapat menyentuh hati...menaikkan semangat...andai bukan berkaitan tarbiyahan, memadailah andai yang ditanya berkaitan isu semasa...memang kami akui, kami masih muda, masih mentah dalam hal2 semasa, tapi jika dilatih dari sekarang, insyaALLAH, kami akan dapat berfikir dengan lebih kritis..
perbincangan di kedai-kedai kopi mampu menjana ilmu baru, perbincangan tentang isu kenaikan harga minyak, dalam pandangan berbeza, dari pandangan seorang daie, dan bukan pandangan seorang biasa...
isu berkaitan dengan dengan teknologi terbaru, teknologi dvvt yang dibangga oleh perodua, teknologi bio-diesel, dan pelbagai teknologi yang kami yang mentah ini tidak tahu...rasanya lebih cantik jika mampu dibincangkan...dari skop pandangan seorang daie yang berusaha menaikkan martabat Islam...
andai kata sesuatu isu mampu dibincangkan, insyaALLAH, kami mampu menjadi lebih kritis, dan lebih hidup lagi perbincangan, andai isu-isu ini mampu dikaitkan dengan islam...dari sudut pandangan islam...alangkah cantiknya...
bukan kami tak ingin kawen, malah kami mengharapkan "siti khadijah" sebagai sayap kiri, atau seperti abu bakar yang mendampingi Ar-Rasul dalam perjuangannya...dengan harapan, perjalanan yang telah dirintis, mampu diteruskan, dan menjadi lebih mantap lagi...cuma, kami masih takut, andai dengan perkahwinan yang dilalui nanti, menyebabkan kami jauh dariNYA, jauh dari jalanNYA...sebab itu, kami mengharapkan padaNYA, memberi yang terbaik untuk kami yang lemah ini..
namun, pada masa sekarang, kami perlukan sahabat, seperti "abu bakar", yang dalam hijrah bersama Ar-Rasul ke madinah, dia berada di depan, kadangkala di belakang, di kiri dan kanan Ar-Rasul...dengan ilmu dan pengalaman yang masih cetek ini...harapan kami, supaya dapat meneruskan pertarbiyahan ini, untuk diri sendiri, dan untuk umat keseluruhannya...
wassalam
-mohammad zakri bin tarmidi-
-1 march 2006-
-12:25-
-indahnya iman dan islam...-