Thursday, June 21, 2007

perancangan sendiri


bismillah...


awal minggu ini, keputusan mengenai kemasukan ke ipta telah diumumkan di dalam internet, melalui laman web MOHE (ministry of Higher Education Malaysia), ramai yang telah mendapat tempat, mendapat kursus yang diinginkan, dan mendapat universiti yang diidamkan...

namun, masih ada yang tidak mendapat kursus yang diinginkan, malah, ada juga yang tidak mendapat universiti yang dikehendaki...lebih lagi, ada yang langsung tidak mendapat apa2 tawaran daripada mana-mana institusi.

hati mula terasa gelisah, dan resah, seperti tidak mampu menerima takdir. perancangan selama ini, hancur berkecai begitu sahaja...seolah2, tiada lagi masa depan...

dalam masa yang sama, terdengar juga kisah, ada orang yang berusaha untuk sambung belajar selepas diploma, berusaha selama tiga tahun, dan akhirnya, tahun ini, rezekinya dimurahkan oleh ALLAH, dan dia mendapat tempat ke IPTA...

namun, kadang2, kita terlupa, kita merancang dengan segala daya kita, dari awal lagi, tiga bulan, dua bulan sebelum sesuatu itu terjadi, akan tetapi, kita terlupa untuk memohon dengan lebih sedikit kepadaNYA, agar pintu rezeki untuk kita dimurahkan...

dan tidak dilupakan, bahawa perancangan kita, tak semuanya selari dengan perancangan ALLAH untuk kita...kita kan hambaNYA? maka, perancanganNYA lebih baik lagi untuk kita...mungkin kita terfikir, betapa luruhnya hati, pabila tidka mendapat jawapan, semua perancangan kita hancur...tetapi, tidka pada ALLAH, perancanganNYA cantik, terlalu cantik untuk dipertikaikan oleh kita...

oleh itu, perhatikanlah kembali, sejukkanlah kembali hati kita dengan zikir kepadaNYA, agar hati kita lembut, dan menerima perancanganNYA dengan hati yang lebih terbuka, dan berharap, agar hikmah yang tersembunyi disebalik dugaan itu, terbuka dan difahami oleh benak kita..

insyaALLAH, untuk kebaikan bersama, teruskan hidup, dan tetapkan matlamat seterusnya..moga ALLAH akan terus membantu....aminn...


Monday, June 18, 2007

Alhamdulillah...

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, akhirnya, selesai juga semua perkara yang dirancang, selepas setahun mengikat tali pertunangan, akhirnya, pada 9 jun 2007, ALLAH telah mengizinkan kami, untuk bernikah, seadanya....

terima kasih pada yang menghadirkan diri ketika majlis pernikahan...terlalu ramai yang datang pula, rasanya, yang dijemput beberapa orang, apapun, terima kasih juga..

and terima kasih yang datang ke majlis sebelah pengantin lelaki...moga ALLAH memurahkan rezeki kalian pula..

kalau difikirkan, secara dasarnya, mesti takut bila difikirkan tanggungjawab, terasa berat sangat, tapi insyaALLAH, itu semua dilakukan sekali dengan bantuan daripada ALLAH...yang penting, keyakinan yang teguh kepadaNYA...bukankah begitu?

pada yang masih takut2 lagi, insyaALLAH, yakinlah dengan janjiNYA, yakinlah dengan pertolongannNYA..moga ALLAH terus menerus memberkati dan merahmati hidup kita semua...

syukur sekali lagi kepada ALLAH yang memberikan salah satu nikmat yang besar, yang menyempurnakan separuh dari hidup hambaMU ini yang mengharapkan redhaMU...

selamat kembali pada diri sendiri...

Saturday, June 02, 2007

Lagu Ini Hari Ini..

Kawan… Dunia Kita Memang Berbeza
Jalan Kita Melencong Dan Lurus
Namun Matlamat Kita Tetap Sama
Jadilah Insan Yang Tulus

Hidupku Aku Yang Rasakan
Bukan Seperti Yang Kau Andaikan
Tak Seindah Yang Kau Anggapkan
Tapi Cukup Untukku Dendangkan
Lagu Ini Aku Tulis Hari Ini
Sekadar Untuk Sendiri Renungi
Bukan Saling Menyalahi
Tiada Sebab Yang Tersembunyi

Duniaku…
Tak Seindah Pandanganmu
Namun Cukup Untukku
Dendangkan Padamu
Lagu Ini Hari Ini…

Mereka Semua Tak Peduli
Apa Yang Telah Aku Lalui
Ada Yang Hanya Tahu Mengeji
Syukur Masih Ada Yang Mengingati
Kawan Lihat Diriku Ini
Kita Hanya Beza Rupa Hakikat Sama

Tak Hindar Salah PadaNya
Bukakah Kita Telah Berjanji Pada Dia
Untuk Saling Menyanyangi
Kasihnya Bawa Kita Ke Sana…

Duniaku…
Tak Seindah Pandanganmu
Namun Cukup Untukku
Dendangkan Padamu
Lagu Ini Hari Ini…
…Untuk Kita Renung Kembali
Bila Tiba Masanya Nanti
Apakah Kau Masih Mendengar Lagu Ku Ini?

Ingatlah Kita Suatu Hari Nanti
Semua Pasti Pergi Tiada Terkecuali
Pergi Ke Sana Menemui Guru Sejati
Dia Yang Bersemayam Di Arasy Yang Abadi

Waktu Itu Lagu ini Tiada Erti Lagi
Dan Pastinya Tiada Yang Mendengari
Asalkan Siapa Yang Ada Sekarang
Bisa Menilai Yang Boleh Dan Yang Terlarang

Janji Dari Ilah mu Pasti Hadir
Dunia Ini Pasti Berakhir
Ingatlah Wahai Semua Musafir
Hari Yang Akhir… Kian Menghampir…

--------------
hari ini terasa sedih sangat, tak tahu kenapa...mungkin sebab keadaan diri sendiri yang teruk kot..tak tahulah...so, lagu ni jadi tema hari ini..hidup ku ini tak seindah yang orang lain lihat, ramai yang melihat seperti saya teruja dengan apa yang akan terjadi, tapi hakikatnya...entahlah..moga ALLAH bagi kekuatan atas dugaan yang saya sendiri tidak mengerti dari mana ia kan datang...

Jelesnyer...

assalamualaikum,

semalam, hampir habis membaca sirah Ar-Rasul tersayang. kisah hidupnya telah dikhatamkan, dan bab yang terakhir, memberitahu akhlak Ar-Rasul s.a.w. betapa indahnya akhlak Baginda, betapa cantiknya tutur kata dan sebagainya...benarlah, seperti kata saidatina Aisyah r.a, bahawasanya akhlak Rasulullah itulah akhlak Al-Quran...

juga diterangkan bentuk badan Ar-Rasul, tidak ada gambar, cuma gambaran...Ar-Rasul seorang yang tegap, yang sasa, dada dan perutnya rata, tidak buncit. rambut yang separuh ikal dan separuh luruh...matanya yang putih kemerahan, anak mata yang hitam, mata yang besar, muka yang bersih, dan disempurnakan dengan jambangnya.

pabila ketawa, ketawanya adalah pabila Baginda tersenyum...bila terbaca, ya ALLAH, betapa jelesnya hati ini, betapa geramnya hati ini, betapa berasa beruntungnya para sahabat, dapat jumpa, dapat hidup bersama...ada bersama saat Baginda s.a.w mendapat wahyu, memberi nasihat sedikit sedikit..

tersenyum saat orang bergurau, malah Baginda sendiri juga bergurau bersama sahabat Baginda. saat tersenyum, seolah2 ada kilat dan cahaya yang memancar ke seluruh tempatnya tersenyum. seolah2 satu rahmat menyelubungi kawasan tersebut....

dalam satu kisah, Abu Hurairah berkata:

"aku tidak pernah melihat seseorang yang berjalan lebih laju daripada Rasulullah s.a.w seolah dunia dilipatkan kepada Baginda. kami terpaksa bersusah payah untuk berjalan seiring dengannya sedangkan Baginda berkeadaan biasa. sifat Rasulullah s.a.w yang lain ada ketawanya ada tersenyum. Apabila Baginda s.a.w berpaling, seluruh tubuhya akan berpaling, dan apabila berjalan, Baginda s.a.w berjalan cepat sebagaimana Baginda turun dari tanah yang curam."

bila terbaca satu demi satu demi satu keperibadian Ar-Rasul, semakin rasa rindu, terasa sangat2 jeles, sangat2 jeles...sebab tak berada bersama dengan Baginda....

satu segi, sirah Ar-Rasul menunjukkan bahawa Baginda tidak pernah kenyang perutnya selama tiga hari berturutan. dan tidak pernah mengadu sekiranya tidak mempunyai makanan...sedangkan, harta rampasan perang, dari perang badar, uhud, khandak, khaibar, dicampur dengan sarriyah (peperangan yang tidak melibatkan Ar-Rasul), memang terlalu banyak..tapi, Baginda tetap zuhud, dan pada saat kewafatan Baginda, baju besinya tergadai di sisi seorang Yahudi...

ya ALLAH, entahla...kita ni, lagilah, makan cukup, minum cukup. tak makan tengahari pun mengadu, tentang kelaparan perut kita, betapa kita tak bertenaga sebab tak makan lagi. tidur pun dengan perut penuh kadang2 tu...malunya...entahlah, rasa sangat2 malu....dan sangat2 rindu...

benarlah, dengan mengenali seseorang, kita akn lebih menyayanginya, lebih2 lagi, Ar-Rasul s.a.w, yang agung...terasa betapa kerinduan dalam hati, tidak dapat dibendung lagi...

"alangkah indahnya, hidup ini,
andai dapat ku tatap wajahmu,
kan pasti mengalir air mataku,
kerna pancaran ketenanganmu,

alangkah indahnya, hidup ini,
andai dapat ku kucup tanganmu,
moga mengalir keberkatan dalam diriku,
untuk mengikut jejak langkahmu,

Ya Rasulullah, ya Habiballah,
tak pernah ku tatap wajah mu
Ya Rasulullah, ya Habiballah,
kami rindu padamu,"

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...