Tuesday, April 11, 2006

Malam nan sunyi...

assalamualaikum
-------------------
Malam nan sunyi...
Malam Maulud Nabi...
------------------

malam nan sunyi,
ditemani kegelapan,
memenuhi segenap ruang duniawi,
memberi ruang kerehatan,
merungkai angkuhnya keletihan,
memberi seribu pengertian di dalam diam...

malam nan sunyi,
menjadi medan kerehatan,
menjadi medan melepaskan lelah,
setelah siangnya mengerah kudrat,
demi sedikit dari nikmat Tuhan...

malam nan sunyi,
kedengaran hanya cengkerik bernyanyi riang,
memecah keheningan malam...

malam nan sunyi,
hanya ditemani kealpaan,
namun, nun di sudut sana,
ada insan,
memecah kesunyian,
menangisi kesilapan diri,
menangisi kedosaan diri,
mengharapkan keredhaan Ilahi,
mengharapkan keampunan Ilahi,
agar diri tidak dimurkai...

mencari secebis keredhaan Ilahi,
di malam nan sunyi...
-----------------------

malam nan sunyi semalam, mencetus sedikit idea untuk menulis, selepas beberapa lama tidak menulis, alhamdulillah, skill masih ada, walau tak setajam orang lain...oklah, at least, dari orang lain yang langsung tak pandai nak bermadah...

anyway, sekarang musim hujan di johor ni, petang hujan, so, agak sukar nak bersenam, nak senam pagi, takde hal, but then, lambat masuk keje arr..haha...tengok arr..nak kene tukar stail, tapi, pagi pun hujan gak, tengahari je tak hujan, tapi yelah, takkan nak joging tengahari...

anyway, cuaca yang tidak menentu, menyukarkan pergerakan, tapi, ada hikmahnya, sekarang ni, kat utm tengah spring, giler arr...pokok2 semua berbunga, and luruhkan bunganya...i dunno, last year is the first time it happen, and this year, yet it still spring, mungkin pokok dah matang, atau cuaca dah tak menentu? hmm...takpe ada hikmahnya...

mmm...takde apa nak cakap lagi, cuma meng"kantuk" je, akhir2 ni, tengah mencuba mengurangkan ketiduran...dah macam apa ntah! asik tidur je, harapnya, this time, mampu untuk kawal balik...insyaALLAH, usaha atas iman...

wassalam

-zakri-
-indahnya iman dan islam bersulamkan ukhuwwah...-

Monday, April 10, 2006

pada hari isnin...

assalamualaikum
------------------------
study week kembali lagi,
dengan dugaan yang lebih hebat,
mampukah terus melawan arus?
atau menjadi lalang ditiup angin?...
------------------------

hari isnin, selepas dua hari berehat, atau bercuti weekend, kembali ke tempat kerja, dan alhamdulillah, badan beransur-ansur pulih, semangat jua beransur pulih...harapannya, selepas pulih, mampu pergi lebih jauh, dan lebih lagi dari sebelumnya...

mmm...hari khamis dan jumaat, ada training d MPKu, Majlis Perbandaran Kulai, ajar orang2 sana tentang cara menggunakan sistem yang telah dibina, and so on...agak sukar sikit, biasa arr..pakcik2 amik kursus komputer ni, slow and steady, so, ada beberapa point yang terlepas...takpelah...

anyway, this is my second time running a training using the software that i'm not master enough, but ok lah...at least, boleh guna and wat some analysis, ok lagi, sebab even though i'm working, tapi banyak lagi kene belajar...

mmm...bila tengok masyarakat bercampur baur, sedih tengok, macam apa yang dibuat selama ni, tak mampu mengubah umat ini...macam banyak dah buat, tapi bila keluar, macam apa pun tak buat, mungkin 0.0001% dari seluruh masyarakat...

takpelah, at least, i'm doing something, memember sekerja pun tengah diusahakan...insyaALLAH, akan ada hasilnya, walau lambat lagi sikit...insyaALLAH...

wassalam
-zakri-
-indahnya iman dan islam bersulamkan ukhuwwah...-

Wednesday, April 05, 2006

nyanyian serambi...

assalamualaikum

-------------------
nyanyian serambi-ramli sarip

tuai pagi balik petang
adakala sampai malam
cari rezeki bawa pulang
buat orang yang tersayang
bersabarlah

wajahmu di mana-mana
senyum kasih mesra kasih
cinta murni kan bersemi
bersama ketulusan budi
bersemilah

lama ku cari rahsia kasih
rindu kasih untuk berkasih
senang2 duduk diserambi
senandung lagu puisi
zikir zaman nyanyian zaman

andai kasturi hilang harum
mawar tak berkuntum
cinta tak bersambung

biar emas setinggi gunung
kan ku peluk rimbun ampun
rahmat yang Maha Agung

------------------

mungkin, sesiapa yang selalu dengar Ikim.fm, akan familiar dengan lirik lagu ni, lagu dari ramli sarip, dari satu segi, macam tak best, but then, perhatikan liriknya, sangat mendalam, and betapa ramai orang yang tertipu, and betapa ramai lagi yang akhirnya, pulang kembali, dan alhamdulillah, masih dalam rahmat yang Maha Agung...

okeh arr..hari rabu, pertengahan minggu, mungkin bagi sesetengah orang, inilah masa yang sesuai untuk something...but pada sesetengah orang, inilah masa paling "penat", sebab terkejar2, yelah, lagi dua hari dah weekend, by today or tomorrow, kene siapkan milestone yang dah ditarget...sebab jumaat kene hantar progresss and so on...

so, lepas beberapa minggu dengan semangat nan hilang, akhirnya, semangat yang segar bugar sudah kembali...diharapkan ianya akan terus kekal, at least, kalau terjatuh sekali lagi, tidaklah tergolek, cukuplah sekadar terduduk je...

okeh, enough is enough...power point dah settle, sekali, ada satu assignment tertinggal, apa daa zakri..buruk perangai, rosak akhlak, tak senonoh...hehe, tiga kenyataan yang selalu disebut...hehe

jangan jadi macam zakri

wassalam
-zakri-
-indahnya iman dan islam bersulamkan ukhuwwah...-

Tuesday, April 04, 2006

pagi hari selasa

assalamualaikum

-----------------------
bersama-sama
kita membina
masa depan yang lebih gemilang
kita tanamkan
tekad di hati
berusaha menuju wawasan
----------------------

salah satu daripada lirik nasyid di awal kemunculan kumpulan hijjaz, mungkin ada yang tak pernah dengar, but them lirik nasyid ni sangat menyentuh hati, satu persoalan tentang apa yang kita buat dalam hidup ini...
salah seorang pakcik pernah bertanya, tapi bukan tanya bila nak kawen, tu persoalan yang entah bila ntah...dia tanya, hidup ni, tak bosan ke? yelah, bangun pagi, mandi2, siap2, g kelas, then petang main bola ke, mandi2, study, then, tido...tak pun tengok tv, tido...as a student
then, bila kerja lagi bosan, coz everyday, benda yang sama dibuat, g bangun pagi, g kerja, balik kerja, tengok tv, layan anak2, tido...hehe...hujung minggu, g port dickson, g jalan2, then, balik, tido...
so, apa yang dia nak sampaikan, yang kita ni, perlu buat tanggungjawab kita sebagai muslim di atas muka bumi ini...first and foremost, kenelah jalankan tanggungjawab as a muslim, tanggungjawab pada Ilahi, solat, pose, zakat and so on...tak perlu nak bagitahu, semua dah tahu...but then, yang kedua, sebagai khalifah, pentadbir...kene berdakwah...takpelah, saje je, nak bangkitkan satu topik...
anyway, cukuplah dulu, mmm...minggu ni minggu terakhir kuliah, minggu depan minggu study, so, agak berehat, but then next weeknye, final, alhamdulillah, just 3 paper, tapi nak kene pecah kepala gak...nak up kan mark...mark macam hampeh ayam tak cukup tido je...takde hasil...

k, wassalam

-zakri-
-indahnya iman dan islam bersulamkan ukhuwwah...-

Monday, April 03, 2006

petang hari isnin...

assalamualaikum,
------------------
alhamdulillah, lepas beberapa hari yang menyakitkan badan, segalanya dah selesai, but then, akhirnya, dah settle semuanya...

minggu lepas, 5 hari masuk hutan kat utm ni, macam bagus arr...masuk nak reki for sunday program, tetiba, tukar hari sabtu, adeii...terkejar2 gak hari jumaat tu. nasib baik dah settle, tapi bahana yang dapat lebih kuat lagi...sakit2 badan, 2 day, hari ni pun tak berapa ok lagi, leher and pinggang masih sakit...tapi, inilah pengalaman...

satu lagi masalah, dengan diri sendiri, betul2 tengah down, nak wat apa tak tahu...sedih sangat2...apa nak buat, supaya semangat nan hilang, dapat kembali...

okeh, cukup dulu, nak jumpa anak usrah tersayang...bestnyer...ada anak usrah, jangan jeles..

wassalam
-zakri-
-indahnya iman dan islam bersulamkan ukhuwwah...-

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...