Saturday, October 20, 2018

Review Buku: Koleksi Terbaik 8 tahun Conteng-conteng

Assalamu'alaykum,

Kali ini, saya ingin berkongsi satu buku yang sangat menarik, dan luarbiasa sebenarnya, sebab ianya adalah satu impian zaman kanak-kanak yang dihidupkan disaat kita sudah dewasa. Ye, nampak macam pelik kan huraian dia, tapi memang itulah kebenarannya. Tajuk buku ini adalah Koleksi Terbaik 8 tahun Conteng-conteng.

Saya mula mengikut blog conteng2 seawal tahun 2011 jika tak salah. ketika itu, terpana dengan apa yang dipersembahkan oleh penulis, iaitu en Fadhli Hamdan. Conteng-conteng yang kita buat buat, melakar, conteng, lukis, dijadikan satu karya yang sangat menarik, serta mengembalikan nostalgia, dengan pelbagai "kisah-kisah muda mudi" zaman kanak-kanak dihidupkan dalam bentuk komik yang bersahaja dan sangat ringkas. Saya masih teringat, yang mana buku awalnya adalah tampalan, dan sangat seronok bila membacanya.

Seronok bila sampai...



Ok, lebih kepada nostalgia buku lama pula, meh fokus balik pada buku ini. Buku ini boleh dikatakan terbahagi kepada empat topik utama. Yang pertama, lebih kepada kisah-kisah yang pernah penulis/pelukis keluarkan dalam karya-karya terdahulu, dengan sedikit penambahan. Jika anda orang yang lahir sekitar tahun 1970-80an, akan lebih dekat dengan penceritaan yang disampaikan. Antaranya permainan lawan pemadam. kahkah... lawan pemadam ni, kalau zaman saya, kami siap potong sikit2 belakang pemadam, macam nak "pump" pemadam supaya lekat kat meja. Kadang ada bentuk "grid" belakang pemadam. Nostalgia betul....

Berlatar belakang kan Stadium Bukit Jalil
Topik kedua adalah bab "Kucing the Cat", yang ni kalau anda peminat kucing, pastinya anda akan lebih dekat dengan kisah2 dalam topik ni. Kerenah kucing yang pelbagai ditunjukkan dalam contengan yang simple tapi menghiburkan. Sayang sekali saya tidak boleh membela kucing dari kecil, sebab ada ahli keluarga yang menghidap athma. Tapi ianya masih menghiburkan.

Topik ketiga pula adalah adalah sedikit ceritera pasal "Jimi". Jika anda pernah membaca buku2 siri Jimi, anda akan lebih kenal dengan watak ini. Kisah tiga sekawan. Kali ini lebih kepada keluarga si Jimi pula.
Sticker Comel
Topik terakhir adalah kisah penulis/pelukis di sebalik tabir. Nampak sebenarnya usaha penulis/pelukis yang gigih. Saya rasa yang first edition conteng-conteng tu saya tak de. sebab saya lewat mengikut blog conteng2. Tapi edisi kedua, ketiga, serta siri Jimi semuanya ada.

Sedikit sneak peak: isi kandungan.
Paling saya tertunggu-tunggu adalah ketika penulis/pelukis menyambung pengajian. Ketika itu terasa suram. Sebab saya juga sedang menyambung pengajian. Jadi saya faham tahap kesukaran untuk bahagi masa, walaupun sangat berminat, akan tetapi tanggungjawab perlu diutamakan.

Sneak peak: dedikasi
Akhir sekali, adakah ianya berbaloi untuk membeli karya ini? Sudah semestinya.... dan saya akan tertunggu-tunggu karya seterusnya selepas ini. Ia mengingatkan saya untuk tidak terus memadamkan hasrat dan niat hati yang ada. Cuba laksanakan apa terdaya, bila termampu. Kalau boleh, sediakan masa yang sesuai untuk buat apa yang kita suka...

orait, itu sahaja. Sehingga berjumpa lagi lain kali~~

Untuk tempahan boleh pergi ke:
Instagram: conteng2
Facebook: conteng conteng
(lihat gambar dedikasi tu)

*p/s: Anak-anak saya juga teruja membaca buku ni. Sampai berebut nak membaca. Saya cakap, tunggu saya habis baca dulu, baru depa boleh baca. hihi~ beratur nak baca

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...