Wednesday, July 18, 2018

Review Buku: Lukisan Tarbiah

Assalamu'alaykum,

So, kali ni bertukar sikit bahan bacaan, kepada bahan bacaan jenis separa komik-karangan. Karya Abeben. tajuknya adalah Lukisan Tarbiah, dan dinyatakan oleh penulis/pelukis buku ini, dia cuba membawa mesej Islamik dalam karyanya ini.



Secara keseluruhannya, karya ini menarik, dengan mesej yang ditonjolkan, akan tetapi, ianya tidak sesuai untuk semua golongan orang. Mungkin ada orang akan tersinggung dengan mesej yang diberikan, sebab gaya dan caranya agak kasar, atau lebih tepat "sentap". Ada orang mungkin gaya bacaan begini yang sesuai, tapi tak semua orang. jadi sekiranya anda jenis suka di"sentap", maka karya ini sesuai untuk anda, akan tetapi, jika tak suka gaya "sentapan" ini, maka lebih baik anda mencari bahan bacaan yang lebih lembut gaya tazkirahnya...

Add caption



Karya ini dimulakan dengan kisah seorang nurse non muslim yang menjaga seorang tua berpenyakit alzheimer, yang lupa namanya sendiri, akan tetapi masih menjaga sesuatu... dan akhirnya menyebabkan si nurse itu tergerak hati... untuk apa? jemput baca

karya-karya dalam ini penuh dengan mesej, akan tetapi kadangkala terasa mesej itu terlalu "gelojoh" untuk disampaikan. seperti "terlaju" untuk terus ke mesejnya.

so, kalau terasa hati kosong, dan ingin mendapat ilmu dalam bentuk bergambar (a.k.a komik), boleh dapatkan buku Lukisan Tarbiah ini, karya Abeben.. boleh juga ikuti Abeben di media sosial

facebook: https://www.facebook.com/abebens.artworks/
instagram: https://www.instagram.com/abebens.artworks.official/?hl=en
matkomik: https://www.matkomik.com/p/abeben.html

terdapat juga karya lain daripada Abeben ini. boleh cuba cari

sekian, terima kasih

jumpa lagi!!

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...