Wednesday, June 06, 2018

travelogzakri: Trip ke Perak - Spritzer Ecopark

Assalamu'alaykum,

Jadi, selepas makan di Kuala Sepetang, kami kembali ke Bandar Taiping untuk bermalam, dan ini adalah malam terakhir trip perjalanan kami ke Perak. Malam ini, kami singgah sebentar ke Spritzer Ecopark, dan berada sedikit ke dalam. Ianya berada di belakang kawasan perumahan.

Monumen menyambut kedatangan pengunjung



Disebabkan kami sampai pada waktu malam, dan baru lepas hujan, keadaan sedikit muram. Pemandangan tidak banyak yang dapat dikongsikan. hanya sedikit gambar kawasan dalam bangunan yang dapat dinikmati.





Kawasan Spritzer Ecopark terbahagi kepada tiga tempat utama, iaitu pameran dalam bangunan, kawasan Golf mini dan juga taman Ecopark.


Kawasan dalam bangunan ini mempamerkan beberapa maklumat berkenaan Spritzer, dan ruang yang luas dan selesa untuk pengunjung. Terdapat juga permainan ringkas untuk kita lebih memahami apa yang Spritzer telah laksanakan. Selain itu, terdapat juga kedai yang menjual produk Spritzer, termasuklah minuman dalam bentuk karton, dan lain2 cenderahati yang sangat menarik. Ada juga puzzle 3D seperti bangunan Eifel Tower.

Bahagian Golf mini juga tampak menarik. Akan tetapi, kami tidak berpeluang untuk melihat lebih lanjut. Kerana kawasan golf ditutup pada waktu malam.

Bahagian taman pula, terdapat beberapa kawasan menarik untuk mengambil gambar. Seperti trail, dan kaktus yang sedia ada di sini.

Sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut berkenaan Spritzer Ecopark, jemput datang, dan kalau boleh datang pada siang hari ya~!

baiklah, perjalanan kami di Perak hampir sampai ke penhujungnya. Malam ini adalah malam terakhir trip kami kali ini, dan keesokan hari kami akan pulang ke bumi Johor. Apa lagi yang boleh dilawati?

mungkin pada post seterusnya.

regard

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...