Wednesday, May 09, 2018

travelogzakri: Trip ke Perak - Muzium Perak (Muzium Taiping)

Assalamu'alaykum,

Zoo Taiping berada di pinggir bandar Taiping. Ianya juga berdekatan dengan penjara Taiping. Berhadapan dengan penjara Taiping ini adalah tempat seterusnya yang kami lawati, iaitu Muzium Taiping.

Muzium Perak dari pintu masuk
Muzium Perak dari pandangan depan



Untuk sampai ke muzium Perak ini, kita akan melalui beberapa rumah zaman kolonial yang sangat indah binaannya, serta suasananya yang terasa berada pada zaman dahulu. Muzium Perak, Taiping dibina pada tahun 1883 dan merupakan muzium yang pertama ditubuhkan di Malaysia. Bangunan Muzium Perak mempunyai keunikan dari segi seni bina yang mempunyai pengaruh bangunan masyarakat ‘moor’ di India yang digabungkan dengan seni bina ‘neo-classical’ dan ‘victorian’ masyarakat Eropah.

info lanjut berkenaan muzium Perak (Muzium Taiping) http://www.jmm.gov.my/ms/muzium/muzium-perak

Di bahagian luar muzium terdapat beberapa monumen lama, termasuklah kepala keretapi lama, koc keretapi lama, kapal terbang, statue, dan lain-lain lagi. Masuk ke dalam bangunan utama, kita akan dihidangkan dengan sedikit maklumat tentang jenis-jenis lebah, dan juga madu yang terdapat di Malaysia.

kepala keretapi lama

Sauh Lama
Koc Keretapi lama
Kapal Terbang lama
Jejak Warisan Taiping
di bahagian kiri muzium pula, terdapat "mumia" binatang2. terdapat juga tulang ular sawa yang sangat panjang.

di bahagian belakang pula, terdapat bahagian pameran barang2 lama, termasuklah permainan lama, bekas simpanan makan yang lama, dan pelbagai lagi. Di bahagian atas pula (tingkat atas) terdapat pameran berkenaan masyarakat orang asli di Malaysia, terutamanya di Negeri Perak. ada pelbagai peralatan yang digunakan, termasuklah rakit, bubu, dan lain-lain lagi.

Peralatan lama

alat permainan lama
Di bahagian luar bangunan, di kawasan belakang, terdapat pelbagai kenderaan lama. Termasuklah kereta lama, beca dan lain-lain.

Antara kenderaan lama di Muzium Perak

Beca lama dan pelbagai kenderaan lama
Pelbagai ilmu tentang Negeri Perak boleh ditimba di Muzium Perak ini.

Selepas muzium Perak, kami meneruskan lagi perjalanan kami. kali ini ke mana pula? tunggu dalam post seterusnya...

regard

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...