Wednesday, May 30, 2018

travelogzakri: Trip ke Perak - Mee Udang Kuala Sepetang

Assalamu'alaykum,

Selepas berehat, kami ingin merasa juga apa juadah yang terkenal di Taiping. Salah satu cadangan yang ada adalah Mee Udang Kuala Sepetang. Ianya terletak kira-kira 30minit daripada Bandar Taiping, melalui kawasan kampung. Restoran yang kami singgah adalah Mee Udang Mak Jah. terdapat beberapa lagi restoran di sekitar kawasan ini. Restoran ini di tepi jalan sebelum tiba ke Perlabuhan Kuala Sepetang (Port Maxwell). 

Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang



Terdapat beberapa menu menarik di sini. Paling famous semestinya Mee Udang. berhadapan restoran ini, terdapat kedai menjual "jajan" barangan laut. Udang kering, Sotong kering, dan lain2 lagi. kami sempat membeli beberapa "jajan", pada asalnya ingin merasa sahaja, akan tetapi, selepas merasa, kami menambah belian, untuk dibawa balik.

suasana di dalam restoran

Mee Udang Special

Menu lain, saya terlupa pula namanya

Selepas puas menjamu selera, kami kemudiannya kembali ke Bandar Taiping, untuk destinasi akhir hari ini. iaitu?.....

nantikan dalam post seterusnya

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...