Wednesday, May 16, 2018

travelogzakri: Trip ke Perak - Kuey Teow Goreng Doli

Assalamu'alaykum,

Selepas kepenatan menjelajah Zoo Taiping, dan meneruskan perjalanan ke Muzium Perak, destinasi seterusnya adalah untuk mengisi perut yang kelaparan. Restoran yang dipilih adalah Restoran Kuey Teow Goreng Doli.

Hadapan restoran Doli



Restoran ini agak terkenal di bandar Taiping. ianya terletak di pusat bandar Taiping. Restoran ini menyediakan kuew Teow yang enak, dan rasanya berbeza daripada kuew Teow biasa. Terdapat beberapa pilihan bagi kuew teow yang disediakan. Saya telah memilih Kuew Teow Special. Untuk lebih enak lagi, boleh juga makan dengan lada yang disediakan.

suasana dalam restoran Doli
Kuew Teow Special



Selesai makan tengahari, kami bergerak lagi ke destinasi seterusnya.

nantikan dalam post yang akan datang pula...

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...