Wednesday, May 02, 2018

tavelogzakri: Trip ke Perak - Zoo Taiping

Assalamu'alaykum,

Jadi, selepas puas berjalan di Bandar Kuala Kangsar, kami telah bermalam di Homestay berdekatan Bandar Taiping. Pagi hari berikutnya, kami telah pergi ke salah satu destinasi wajib di Bandar Taiping, iaitu Zoo Taiping.

Maklumat berkenaan Zoo Taiping



Zoo Taiping adalah Zoo yang masih diselia oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Zoo ini menawarkan dua sesi lawatan, iaitu waktu siang, dan juga waktu malam. Zoo Taiping ini walaupun kecil, akan tetapi susun aturnya menjadikan suasana lawatan terasa lama. dengan laluan yang berliku dan berbukit.

Kami ingin menyimpan tenaga, jadi kami menaiki keretapi yang disediakan. Kami melalui beberapa laluan utama yang disediakan. Pemandu keretapi juga dalam masa yang sama menjadi pemandu pelancong. mereka akan menerangkan haiwan apa yang ada di kiri dan kanan laluan, dan juga menerangkan sekiranya haiwan itu aktif waktu malam atau siang.

Terdapat haiwan yang aktif waktu siang, dan kami berkesempatan untuk melihat haiwan-haiwan ini. akan tetapi terdapat juga haiwan yang aktif pada waktu malam. Ada yang nampak, dan kebanyakannya tidak dapat dilihat kerana haiwan ini tidur dalam tempat persembunyiannya.

Berikut antara gambar yang sempat diambil dalam Zoo Taiping.


Antara Haiwan yang ada di Zoo Taiping

Rusa, seperti biasa

Salah satu kawasan "safari", yang menempatkan beberapa jenis haiwan dari kelompok sama

Kami dapat melihat zirafah dari jarak dekat

Ini adalah wombat katanya, bukan kanggaroo ye

antara tarikan utama, sekumpulan Gajah.

Selepas ke Zoo Taiping, kami meneruskan lagi perjalanan di sekitar Bandar Taiping. apa lagi yang ada?

kita tunggu dalam post seterusnya...

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...