Wednesday, April 04, 2018

travelogzakri: Trip ke Perak - Taman Rekreasi Gunung Lang

Assalamu'alaykum,

Hari terakhir kami di Bandar Ipoh, kami membuat keputusan untuk menjelajahi satu lagi tempat menarik di Bandar Ipoh, iaitu Taman Rekreasi Gunung Lang. Ianya terletak berdekatan dengan highway PLUS, tempat keluar (Exit) Ipoh.

Taman Rekreasi Gunung Lang sangat menarik, kerana ianya adalah gunung batu kapur, dan di tengah-tengah gunung batu kapur ini, terdapat tasik dan kawasan hutan yang sangat indah. Daripada kawasan tempat letak kereta, kita akan disajikan dengan pandangan Gunung Lang, dan perkataan Taman Rekreasi Gunung Lang. Pemandangan yang sangat indah.

Pandangan dari tempat parking.

Kita boleh masuk sahaja ke bangunan di taman rekreasi Gunung Lang ini. akan tetapi, untuk menjelajah lebih dalam lagi, kita perlu membayar untuk menaiki bot, dan terus ke kawasan taman rekreasi yang lebih dalam. bayaran bot RM3 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak2 (tahun 2017).

Pandangan yang sangat indah dari jeti

Menaiki bot menuju ke taman rekreasi. ada tulisan Gunung Lang (disclaimer: muka orang depan saya tak dapat kebenaran untuk post, jadi saya hide)
Tiba di jeti seberang, kami sekali lagi disajikan dengan pemandangan yang sangat indah (subhanallah). Terdapat laluan yang boleh kita ikuti. Laluan yang kami pilih, menuju ke arah yang lebih dalam. Terdapat beberapa binatang yang dibela dalam kandang, iaitu Rusa, Kuda Padi, dan Burung Unta.
Kandang rusa, kandang Burung unta dll.
Lebih dalam lagi, terdapat menara tiga tingkat, dan kita boleh nampak keadaan sekeliling taman rekreasi ini. 
Menara 3 tingkat yang boleh dipanjat. berhati-hati jika naik bersama anak kecil

Secara keseluruhannya, taman rekreasi Gunung Lang ini sangat mengujakan. dengan keadaan alam semulajadi yang indah, dan dicampur dengan binaan manusia yang juga indah.

di tepi tasik, terdapat pemandangan batu kapur yang cantik
Baik, dengan penjelajahan ke Taman Rekreasi Gunung Lang ini, penjelajahan di Bandar Ipoh pun berakhir. Tapi perjelajahan kami masih belum tamat, seterusnya kami bergerak ke arah utara Negeri Perak pula. destinasi seterusnya? kita tunggu post seterusnya.

regard

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...