Wednesday, March 14, 2018

travelogzakri: Trip ke Perak: Nasi Ganja

Assalamu'alaykum,

Selepas puas menjelajah bandar Ipoh, kami mula terasa lapar, dan teringin merasakan makanan yang katanya famous di Bandar Ipoh, iaitu Nasi Ganja.

Nasi Ganja ni sebenarnya nasi kandar je, orang gelarkan nasi ganja kerana selepas makan, rasa ketagih nak makan lagi. Kedainya bukan nama Nasi Kandar atau nasi ganja, tapi nama kedai dia lain ye. Jangan terkejut pula! nama kedainya adalah; RUMAH TUMPANGAN DAN KEDAI KOPI YONG SUAN.

Kedai Nasi Ganja yang tersohor tu. 

Kedai Kopi Yong Suan menyediakan minuman, manakala nasi ganja, atau nama penuh kedainya Perniagaan Nasi Kandar Ayam Merah mengambil sebahagian tempat bagi menjual nasi kandar.

Panjang beraturnya..
Kalau nak makan di kedai ni, memang terpaksa menunggu lama. Sebab kedainya sentiasa penuh. dan kalau datang lebih 3 orang, bersedia untuk makan di meja yang berlainan. Kali ini, kami decide untuk bungkus dan makan di Homestay sahaja. Kerana cuaca agak panas, dan terdapat kanak2 juga.

Masih panjang lagi menunggu turn kami
Terdapat pelbagai pilihan lauk (sekiranya masih ada), yang biasa adalah ayam goreng, selain itu ada juga telur masin, sotong sambal, ikan goreng dan lain2. Disebabkan kami bungkus nasi ganja ni, kami tidak sempat mengambil gambar Nasi Ganja yang tersohor itu.

baiklah, itu sahaja dulu untuk post kali ini.

jumpa lagi

regard

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...