Wednesday, March 07, 2018

travelogzakri: Trip ke Perak - Jejak Warisan Ipoh + Plan B + Seni Bandar Lama

Assalamu'alaykum,

Trip kami ke Perak telah menjelajah beberapa tempat menarik. dan kali ini, kami masih di Bandar Ipoh, dan kami menyelusuri tempat menarik di Bandar Ipoh. Terdapat beberapa tempat menarik dalam lingkungan perjalanan kaki sahaja.

Kami bermula dengan Masjid Negeri. Ianya berada di belakang bangunan Dewan Bandaran Ipoh.


Masjid Negeri, Ipoh Perak

Kemudian, kami meneruskan jelajah kami ke Tugu Peringatan J.W.W Birch (yes, sekali lagi selain di Pasir Salak). Tugu ini jauh lebih besar, rasanya hingga 5-8 kali ganda lebih besar dari tugu di Pasir Salak.

Tugu Peringatan J.W.W Birch

Maklumat berkenaan tugu

Selepas itu, kami meneruskan jelajah kami mencari mural-mural dan tempat menarik. Tanpa sedar, kami sampai ke Plan B. tempat bagi peminat-peminat hipstur. Terdapat barangan menarik yang dijual. antaranya Fridge Magnet dengan lukisan tempat menarik di Perak. Kami membeli beberapa fridge magnet yang berlatar belakangkan beberapa tempat menarik yang telah kami pergi.

Plan B

Suasana dalam Plan B

Kehijauan kawasan Plan B

Mangga kunci kasih sayang (??)
Kemudian, kami terus ke satu lagi tempat menarik, iaitu Funtasy House Trick Art. Tapi kita cerita dalam post yang lain ye...

Selain itu, kami juga mencari beberapa mural yang menarik, dan berjaya ditemui. akan tetapi, mungkin cuaca menyebabkan sebahagian daripada mural dan seni yang dipamerkan menjadi lusuh.

#jejakwarisan bermula di sini?

Antara Mural menarik yang ditemui

"Seni" payung yang kian lusuh

Kalau nak cari semua mural dan #jejakwarisan boleh cuba cari peta ini


Mural gerai
Baiklah, itu sahaja perkongsian untuk kali ini. Jelajah kami masih belum tamat lagi. masih ada tempat di Ipoh yang akan kami lawati sebelum meneruskan perjalanan ke arah utara Perak pula.

jumpa lagi!

regard

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...