Wednesday, February 21, 2018

travelogzakri: Trip ke Perak - Stesen Keretapi Ipoh dan Dewan Bandaran Ipoh

Assalamu'alaykum,

Perjalanan ke Ipoh telah bermula, dengan permulaannya ke Masjid Muhammadiah. Destinasi seterusnya adalah Stesen Keretapi Ipoh. Stesen Keretapi Ipoh adalah antara Stesen Keretapi tertua di Semenanjung Malaysia. Stesen Keretapi ini termasuk dalam salah satu destinasi dalam Jejak Warisan #jejakwarisanipoh #jejakwarisan .

Stesen Keretapi Ipoh




Pembinaan stesen keretapi ini bermula pada 1914, dan siap pada 1917, kerana kekurangan bahan binaan dan kenaikan harga barangan kerana Perang Dunia Pertama. Stesen ini mempunyai ciri-ciri binaan British, dan dikenali juga sebagai Taj Mahal Ipoh. Ianya juga mempunyai binaan seperti Stesen Keretapi Bandaraya di Kuala Lumpur.

Stesen Keretapi Ipoh dari pandangan hadapan
Maklumat berkenaan sejarah Stesen Keretapi Ipoh

Pintu masuk ke Stesen Keretapi Ipoh

maklumat pelancongan bagi Negeri Perak
Berdepan dengan bangunan Stesen Keretapi Ipoh ini, terdapat satu lagi bangunan bersejarah, iaitu Bangunan Dewan Bandaran Ipoh. Ianya juga dibina pada masa yang sama dengan Stesen Keretapi Ipoh, iaitu pada tahun 1914. Akan tetapi tiada maklumat berkenaan sejarah bagi bangunan ini.

Dewan Bandaran Ipoh

Dewan Bandaran Ipoh 

Berdekatan dengan stesen keretapi Ipoh ini juga, terdapat tugu peringatan yang memperingati beberapa tragedi yang berlaku di Negeri Perak, dan di Ipoh khususnya. Antaranya adalah bagi memperingati polis dan pegawai keselamatan yang berjuang pada "The Malayan Emergency" 1948 - 1960, "Indonesian Confrontation" 1962 - 1965, dan "The Re-Insurgency Period" 1972 - 1990. 

Selain itu, tugu ini juga memperingati rakyat jelata yang terbunuh dalam pembinaan jalan keretapi maut. 

Tugu Peringatan bagi pahlawan yang berjuang pada beberapa tragedi

Tugu Peringatan bagi pembinaan jalan keretapi maut 

Itu sahaja sedikit perkongsian untuk kali ini, dan ada beberapa lagi tempat menarik di Ipoh yang akan dikongsikan selepas ini. 

jumpa lagi di post akan datang~

Regard

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...