Wednesday, February 28, 2018

travelogzakri: Trip ke Perak - Muzium Darul Ridzuan

Assalamu'alaykum,

Selesai perjalanan ke Stesen Keretapi Ipoh, kami seterusnya berjalan pula ke satu lagi destinasi dalam #jejakwarisan #jejakwarisanipoh iaitu, Muzium Darul Ridzuan. Ianya terletak betul-betul di pusat pentadbiran Ipoh. Bangunan ini berdekatan dengan Bangunan Darul Ridzuan, iaitu pejabat pentadbiran bagi Negeri Perak, serta bangunan Menteri Besar Negeri Perak.

Muzium Darul Ridzuan


Makluman Sejarah Muzium Darul Ridzuan
 Bangunan Muzium Darul Ridzuan dibina pada tahun 1926 sebagai tempat kediaman, dan mempunyai 8 buah bilik di tingkat atas, dan 4 buah bilik di tingkat bawah. Di bahagian belakang pula terdapat 4 buah bilik. Di bahagian tepi bangunan ini terdapat kubu perlindungan bagi serangan udara.

Kubu Perlindungan daripada serangan udara
Bangunan Muzium ini pernah digunakan sebagai bangunan pentadbiran bagi Penjajah British dan Penjajah Jepun.

Di dalam muzium ini terdapat beberapa maklumat berkaitan sejarah Bandar Ipoh khususnya, serta sejarah Negeri Perak. Terdapat artifak lama dipamerkan seperti alat mendulang, penggosok baju lama dan lain-lain. 

Jika anda sukakan sejarah, maka tempat ini salah satu destinasi penting di Bandar Ipoh! selamat berjalan dan menjejaki #jejakwarisan #jejakwarisanipoh !!

Jumpa lagi dalam post yang akan datang pula. masih banyak tempat di Ipoh yang kami lawati dan akan dikongsikan bersama

Regard

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...