Wednesday, January 31, 2018

travelogzakri: Trip ke Perak - Menara Condong Teluk Intan

Assalamu'alaykum,

Baik, kali ni, saya akan kongsikan pula satu lagi tempat menarik di Perak, iaitu Menara Condong di Teluk Intan. Satu tempat yang menarik untuk dilawati, dan juga untuk dipelajari kisahnya.

Menara Condong
Menara ini asalnya dibina sebagai tangki air bagi memberikan bekalan air kepada penduduk sekitar Teluk Intan. Mungkin disebabkan jisim air yang berat, dan kedudukannya yang tinggi, maka lama kelamaan menara ini menjadi condong (ok, ni teori). Maklumat berkenaan menara ini boleh dibaca dalam papan tanda maklumat dalam gambar di bawah. 

Maklumat berkenaan Menara Condong
 Selain pandangan dari luar, kita juga boleh masuk ke dalam menara ini. Di dalamnya, terdapat gerai menjual cenderahati yang menarik, selain itu, di tengahnya terdapat kolam yang telah kering. Untuk keselamatan pengunjung, kolam ini telah dipagar (gambar lupa nak ambil). Pengunjung juga dibenarkan untuk menaiki ke tingkat atas menara ini. 

Di tingkat kedua terdapat beberapa berita berkenaan menara ini, termasuklah berita Sultan Perak berkenan mencemar duli untuk mengunjungi menara ini. Sebelum terlupa, tangga dalam menara ini sedikit cerun, dan juga agak kecil. Hanya seorang sahaja boleh melaluinya pada satu-satu masa.

Pandangan dari tingkat 2 Menara Condong

Salah satu pintu yang boleh pengunjung guna untuk pergi ke beranda Menara.
Di tingkat ketiga, pengunjung boleh melihat bentuk tangki air dari bahagian bawah (gambar lupa nak ambil). Di bahagian luar setiap tingkat juga, terdapat beranda yang membenarkan pengunjung untuk melihat-lihat sekitar pekan Teluk Intan. 

Oh, ada juga takal yang digunakan oleh orang terdahulu untuk menaikkan dan menurunkan barangan dari tingkat atas. (gambar juga lupa diambil). 

Walaupun ianya dilihat sebagai satu tugu, atau tempat bersejarah untuk dilawati, sebenarnya, terdapat pelbagai perkara lagi boleh dibuat di menara ini. Sejarah disebalik menara ini juga sangat menarik. 

selamat berkunjung sekiranya anda ke Perak!

regard

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...