Wednesday, January 17, 2018

travelogzakri: Trip ke Perak - Air Panas Sg Klah

Assalamu'alaykum,

baik, kali ini ingin dikongsikan kisah perjalanan yang dirancang hampir setahun yang lalu, dan dapat dilakukan pada Disember 2017 yang lalu. yes, ianya terlambat, but who knows ianya berguna kepada orang lain kan?

siri ni agak panjang, sebab banyak tempat kami pergi, dan setiap tempat saya akan cuba buat satu post. hihi... so, tempat pertama dalam journey kali ini adalah Taman Rekreasi Air Panas Sungai Klah. Atau nama biasanya, Air Panas Sg Klah.

Selamat Datang ke Hot Spring Sg Klah


orait, tempat ini menarik. Bermula dengan tempat pendaftarannya. Kita perlu membayar rm15 untuk dewasa, dan rm10 untuk kanak2. Selepas mendaftar, kita akan diberikan satu "gelang tangan" kalis air, yang perlu dipakai di pergelangan tangan. Kemudian, kita akan menaiki "keretapi" dari pintu masuk ke kawasan air panas. Dan tiba di tempat mandi-manda, kita ada beberapa kawasan mandi yang boleh kita pilih.

ada kawasan mandi untuk kanak2, ada gelongsor air, dan air pancut di kawasan tu. kawasan airnya cetek, sesuai untuk kanak-kanak bawah 5 tahun.

kemudian, di bahagian lebih dalam lagi, ada kawasan kolam air panas, yang mana kita boleh berenang dalam air suam-suam panas. suhu sekitar 30-35 darjah celsius.

Kolam air panas yang suam-suam panas dan besar
Selain itu, terdapat juga kawasan kolam-kolam kecil, yang mana airnya lebih panas. ada 3 kolam utama, satu kolam berbumbung, suhu sekitar 30 - 35 darjah celcius, kolam lain suhu 40 - 45 darjah celcius, dan 45 - 50 darjah celsius. Saya boleh berendam di kolam suhu 30-35, akan tetapi hanya sekejap je dalam kolam bersuhu 40 - 45 darjah celsius.

Kolam dengan suhu 35-40 darjah celcius

Kolam dengan suhu 30 - 35 darjah celsius
Kemudian, di sebelah yang lain pula, terdapat kawasan kolam yang airnya lebih panas, akan tetapi pengunjung tidak dibenarkan mandi. Kawasan kolam di sini dipanggil "Boiling Egg" atau "Egg Boiling". Di sini ada dijual telus, yang boleh kita rebus dan makan di situ. disediakan juga kicap dan juga "pepper".
kawasan "Egg Boiling"
Kolam ini, kita boleh rebus telur, tapi hati2 ye. airnya sangat panas. boleh melecur
Di bahagian dalam Egg Boiling, ada satu lagi kolam yang luas, yang airnya suhu biasa. Kita boleh berenang, dan main gelongsor besar. Sayangnya saya terlupa mengambil gambar bagi kolam mandi ini. Tandas, bilik air dan tempat menukar pakaian juga disediakan. Tidak perlu risau.

Selain itu, terdapat juga gerai di depan kolam besar ini. Ianya ada menjual makanan, sekiranya kita lapar selepas mandi. Kemudian, usai mandi, kita perlu menaiki semula "keretapi" untuk kembali ke kawasan letak kereta.

Secara keseluruhannya, pengalaman di sini sangat berbaloi. Sekiranya anda seorang dewasa, dan inginkan pengalaman mandi air panas, tempat ini sesuai untuk anda. Sekiranya anda bersama anak2, maka ada juga tempat untuk kanak-kanak ini mandi. Ianya sesuai untuk seisi keluarga.

Dan jangan lupa juga mencuba telur rebus di sini. Ianya sedikit mahal berbanding di luar, akan tetapi pengalaman di sini tidak sama seperti kita merebus telur seperti biasa.


Baik, jumpa lagi dalam siri ini di masa akan datang!

regard

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...