Saturday, December 23, 2017

Review Buku: Korona Imperium

Assalamu'alaykum,

okeh, kembali semula ke siri Review Buku. kali ni saya berkongsi berkenaan buku Korona Imperium, daripada siri Saga Artakusiad, karya abang Ahmad Patria Abdullah. Sebelum ini, saya telah kongsikan berkenaan review buku dari penulis yang sama, tapi dalam siri berlainan, iaitu dari Siri Kronika Nashan; Aristokra, Wizra dan Kesatria. Kali ini disambung kepada Siri Arkatusiad, iaitu Korona Imperium.

Korona Imperium


Korona Imperium boleh dikatakan pre-quel kepada Siri Artakusiad yang ditulis pada awal 1980an ini. Ianya kembali kepada masa Artakus didatangkan ke bumi Aurora, selepas ditemui oleh Hansis dari Puak Armorikus, atas rencana Merkia, Magia Adi, dan dibantu oleh Puteri Alindalia pada saat itu. Artakus dinyatakan telah dibawa oleh Merkia dari satu tempat dan mungkin zaman yang berlainan, dan telah kehilangan ingatan berkenaan apa yang terjadi kepadanya sebelum itu.

Dalam buku ini, ianya lebih kepada latar belakang bagaimana Artakus cuba mendapat kepercayaan Puak Armorikus dalam mengepalai Puak Armorikus, malah pelusuk Aurora bagi menentang Empayar Morrok. 

Bagaimana terdapatnya ketidakkepercayaan dari sebahagian Puak Armorikus, dan terdapat sebahagian yang lain mempercayainya. Dan juga sedikit rencana dari Artakus dan pimpinan Armorikus termasuklah Atinius, ketua Puak Armorikus bagi memulakan penentangan terhadap Morrok. Bagaimana penentangan bermula, dengan dendam terhadap Morrok yang membunuh rakyat Armorikus.

Artakus malah telah dicabar oleh Adonir, kerana ketidak fahaman dan ketidak kepercayaan Adonir kepada Artakus. Dan sebelum Adonir menentang Artakus, orang kanan Adonir juga ingin mencabar Artakus. 

Bagaimana Artakus berdepan dengan ancaman ini, dan bagaimana Artakus ingin mendapatkan kepercayaan Puak Armorikus secara sepenuhnya dalam menentang Empayar Morrok? Bagaimana bermulanya penentangan ini?

dapatkan Buku siri Saga Artakusiad: Korona Imperium ini segera!

jumpa lagi!!

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...