Saturday, December 16, 2017

Mengkaji Kajian: Mencari Bahan Kajian Literatur

Assalamu'alaykum,

baik, dalam siri Mengkaji Kajian kali ini, saya akan kongsikan salah satu kaedah mencari bahan kajian. sebenarnya ada beberapa kaedah, iaitu:

1. Menggunakan enjin carian Google
2. Menggunakan perisian tertentu
3. Menggunakan enjin carian scopus atau lain2 jurnal indeks


Dalam artikel kali ini, hanya kaedah pertama sahaja akan diterangkan. iaitu menggunakan enjin carian daripada Google, akan tetapi bukan enjin carian biasa. Kenapa enjin carian Google dan bukan kaedah ke3? sebab tidak semua orang mempunyai capaian terhadap enjin carian jenis ketiga. yang dapat capaian biasanya yang berada di institusi akademik, atau institusi kajian.

 Untuk mula, kita perlu masuk ke website carian bahan untuk Google, iaitu scholar.google.com salah satu enjin carian terbesar.

Enjin carian Google Scholar

Kemudian, kita boleh menaip apa2 kata kunci, atau tajuk yang berkaitan dengan kajian yang kita lakukan. contohnya: kaedah pembelajaran aktif. Senarai bagi bahan yang berkaitan akan dipaparkan. kita boleh membuat tapisan berdasarkan beberapa jenis. selain itu, kita juga boleh terus memuatturun bahan dalam bentuk pdf (sekiranya ada). Boleh rujuk rajah di bawah

Fungsi bagi hasil carian yang kita lakukan

Orait, bahagian seterusnya saya akan kongsikan bagaimana untuk memuatturun petikan dalam bentuk data mendeley, bibtex atau mana2 software bagi petikan-rujukan.

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...