Saturday, November 25, 2017

Drama Runners: Jenis Kasut

Assalamu'alaykum,

Orait, kali ni saya akan kongsi salah satu benda penting dalam berlari. Iaitu jenis kasut. Kasut lari biasanya ada 3 jenis paling utama, iaitu (1) kasut lari sokongan maksimum, (2) kasut untuk stabil, dan (3) lebih kusyen. Ketiga-tiga jenis kasut akan bergantung kepada jenis tapak kaki dan jenis larian kita.

Untuk lebih faham kita lihat rajah 1 dan rajah 2.


Rajah 1: Jenis tapak kaki


Rajah 2: Jenis Kaki (sumber: ExperienceSheel)



Untuk memilih dan membeli kasut yang sesuai, kita boleh periksa dan kenalpasti jenis tapak kaki kita dengan mudah. Kaedah pertama ialah dengan menggunakan kertas biasa, dan kita basahkan tapak kaki (pastikan tidak celup kesemua kaki ye), dan kita berdiri tegak atas kertas tersebut. seeloknya kertas A3 untuk ruang yang lebih mudah. kalau nak guna air yang berwarna pun boleh. atau kita boleh pergi ke kedai Sports Direct, dan ada satu bahagian untuk kita check tapak kaki kita. Pilihan terbaik adalah pergi ke kedai yang menyediakan treadmill untuk periksa jenis tapak kaki kita. kita akan diminta untuk berlari atas treadmill, dan penjual akan menunjukkan video tapak kaki kita bila kita berlari. Dan dia akan menunjukkan jenis kaki kita.

Seterusnya adalah memilih jenis kasut yang sesuai. ye kasut berlari ada 3 jenis utama, iaitu Cushioning Shoes (Kasut Berkusyen Penuh), Stability Shoe (Kasut untuk Stabil), dan Motion Control Shoe (Kasut Kawalan Larian). Rujuk rajak 3 di bawah;


Rajah 3: Jenis tapak kaki dan kasut yang sesuai (sumber: better runner)

Ok done. so, macamana nak tahu kasut yang kita dah pakai ni jenis apa? boleh google sahaja. contohnya kasut Asics. boleh lihat di link ini: Asics  boleh pilih jenis kasut

Dan sekiranya kaki anda sama seperti kaki saya, iaitu underpronation, boleh lihat top 10 kasut lari untuk underpronation di sini

orait, itu sahaja untuk kali ini. sepatutnya pecahkan artikel ni jadi dua. satu jenis kaki, satu lagi jenis kasut. tapi takpe.

regard!!

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...