Saturday, October 28, 2017

Review Buku: Arkitek (Pelukis) Jalanan

Assalamu'alaykum,

Kali ni akan cuba memberikan review sikit tentang buku yang gaya penulisannya simple, tapi menarik. malah katanya telah menjadi best seller utk beberapa kedai buku tempatan, termasuk MPH dan juga Kinokuniya. wow...


Tajuknya adalah Arkitek Pelukis Jalanan, karya seseorang bernama Teme Abdullah. ye, memang tajuknya ada tanda strike-through. tak caya? tengok muka depannya ni ha..

 Rajah 1: muka depan buku Arkitek Pelukis Jalanan



orait. kembali kepada review, sebenarnya buku ini adalah siri kedua daripada Teme Abdullah. Buku pertama bertajuk Pelukis Arkitek Jalanan. Ianya menceritakan kisah diri penulis, yang berkelana ke UK untuk menyambung pengajian bidang Arkitek, dengan dilema tidak mendapat pembiyaan dari mana2 penaja. boleh baca di link atas tu.

Kali ini penulis lebih tertumpu kepada "komunikasinya" dengan Ahmad, iaitu sahabat baiknya di UK, dan kisah kali ini lebih tertumpu kepada tahun terakhir penulis dalam bidang Arkitek ini.  Penulis masih lagi membuat lakaran kawasan2 tumpu di UK... ok stop, nanti spoil buku pertama...

Dua kisah paling menarik, adalah ketika rakannya Ahmad ingin membuat pembentangan lukisan untuk studio yang perlu dilukis menggunakan tangan. Ahmad agak lemah dalam melukis tangan, dan lebih tertumpu kepada mengguna perisian CAD (boleh buat carian apa maksudnya). Dengan dorongan Teme, Ahmad menyiapkan lukisannya, dan ketika ingin mempersembahkan lukisannya, Ahmad terkejut dengan apa yang terjadi kepada lukisannya... apa yang terjadi? huhu~

Kisah kedua adalah pasal Teme, yang sedang menyiapkan lakaran akhir menggunakan komputernya, dan hanya tinggal seminggu sebelum dia perlu menghantar lakaran menggunakan perisian CAD. dalam kekalutan dirinya, dia telah terpijak skrin laptopnya, hingga menyebabkan laptop dia rosak dan tidak boleh dihidupkan langsung. Malah Teme juga cuba mengeluarkan storan keras dan cuba dibaca menggunakan laptop lain, akan tetapi tidak berjaya juga... Teme hampir berputus asa, kerana usahanya yang berminggu2 rosak hanya dengan sedikit kesilapan akibat kekalutannya. bagaimana Teme berhadapan dengan keadaan ini? boleh beli dan baca lanjut buku Arkitek Pelukis Jalanan ini.








akhir kata....
Selain dua kisah ini terdapat lagi beberapa kisah menarik yang boleh dijadikan pengajaran. Terlalu banyak kebergantungan kita kepada kelebihan diri, kekuatan, kehebatan kita sehari-hari, hingga terlupa ada yang lebih berkuasa dari kita, malah Maha Berkuasa segala-galanya. Buku ini mengajak kita bertawakal kepadaNya, dan tidak salah mengadu kepadaNya, agar ditunjukkan jalan keluar dari permasalahan kita... walau seberat mana, insyaALLAH ada jalan keluarnya.. mungkin permasalahan itu tidak selesai, tapi ianya boleh diuruskan...

regard

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...