Thursday, June 02, 2016

Review Buku: Aristokra

Assalamu'alaykum,

Alhamdulillah, akhirnya berjaya menghabiskan satu lagi buku (novel) fiksyen, setelah sekian lama terhenti, selepas kurang travel. ok, ni alasan yang tidak munasabah. Jadi, kali ini berjaya menghabiskan fiksyen Aristokra, karya Ahmad Patria Abdullah. karya yang sangat menarik, dan seperti menyedut pemikiran ke alam dunia fantasinya.



Sedikit latar belakang penulis, Ahmad Patria Abdullah merupakan penulis karya Saga Artakusiad, satu novel saga yang mempunyai 8 buah novel (sehingga 2012). Latar belakang beliau boleh dibaca di laman wikipedia beliau: Ahmad Patria. karya beliau sangat puitis, dengan bait2 puisi dan sastera moden. Sasteranya tidak terlalu lama, kerana masih boleh difahami, berbanding sastera lama. Karya beliau mula diterbitkan pada 1987, dan banyak dipengaruhi oleh cerita Lord Of The Ring.

kembali kepada cerita Aristokra

Buku ini mengisahkan tentang sudut pandang seorang puteri Negara Nashan, yang negaranya dalam ancaman satu puak barbarian, bernama Sursis. Dan dalam masa yang sama, negara juga menerima ancaman daripada Morrok, satu ketumbukan tentera yang ingin menguasai negara Aurora. (perlu dibaca bersama Saga Artakusiad untuk lebih faham). Dilema sang puteri, adalah untuk menyerah kepada Sursis, atau kepada Morrok. Namun, sang puteri mendapat satu lagi kaedah, iaitu meminta pertolongan dari bangsa Armorikus, penduduk Aurora untuk memberikan bantuan. Lalu panglima Armorikus, Artakus mengirim seorang pahlawan bernama Mori untuk bersama rakyat Nashan.

Kemudian, novel ini terus menyelusuri hingga ke babak pertempuran antara rakyat Nashan dengan Sursis. dan ketika perang memuncak, penulis membawa pembaca kepada kisah silam, bagaimana negara Nashan terbentuk, dengan kisah dua orang sahabat, Bulwar dan Shilrung. Ianya juga menjebakkan kisah sang Merkia, yang tidak pernah diceritakan dalam Saga Artakusiad. Sedikit latar belakang Merkia dipersembahkan dalam kisah kali ini.

jadi, bagaimana pula penamatnya? itu perlu dibeli sendiri. Novel ini baru berada di pasaran beberapa hari. Dan Ahmad Patria tidak menghampakan peminat setianya, dengan kisah yang sesuai, dan tidak terlalu meleret, tapi tidak meninggalkan bunga-bunga sastera yang semakin dilupakan.

berapa bintang agaknya novel ini? boleh dikatakan 4.5 bintang daripada  bintang. peminat setia penulisan Ahmad Patria sejak Saga Artakusiad pasti merindui penulisan Ahmad Patria, kerana karya terakhirnya adalah pada tahun 2012. sebelum itu pada tahun 2004. cerita lanjut berkenaan penulis boleh dicapai pada website beliau seperti tertera di awal artikel.

sangat berpuas hati, sangat berpuas hati.

terima kasih Abang Pat!

wassalam


No comments: