Monday, May 16, 2016

Review Buku: Fiksyen 302

Assalamu'alaykum,

so, kali ni,nak berkongsi sedikit tentang review buku karya Ramlee Awang Murshid. bertajuk Fiksyen 302.

Ramlee Awang Murshid sebagai penulis buku thriller tersohor di Malaysia, bermula dengan karya Tombiruo, Semangat Hutan. Kisah thriller ini kemudiannya diteruskan lagi dengan pelbagai lagi karya2 menarik dari Ramlee Awang Murshid.

Kisah Fiksyen 302 merupakan kisah pembalasan dendam,yang menyebabkan di pembalas dendam melakukan pembunuhan kejam dengan taktik yang tersendiri, iaitu dengan mempengaruhi orang sakit mental, dan membuat pembunuhan seperti bersiri, tapi merupakan orang yang berbeza.

cara penceritaannya pada awal agak lembap, seperti kebanyakan cerita novel biasa, untuk memperkenalkan watak, dan cerita awalnya. kemudian, ceritanya ditambah sedikit demi sedikit. menambah thrillernya.

Kisah ini menceritakan tentang bayang-bayang, atau watak yang telah mempengaruhi 4 orang pesakit mental, dengan orangnya juga berlakon menjadi pesakit mental. pada awalnya sukar nak mengetahui jalan cerita, yang mana penulis dengan bijak bermain dengan emosi.

kisah ini juga memasukkan unsur fantasi, dengan memasukkan hipotesis kajian terkini, untuk membuat penyiasatan. dan pertukaran watak yang di luar imaginasi. namun masih boleh dibaca.

secara keseluruhannya, jalan ceritanya sangat menarik, dan penghayatan wataknya juga sangat membantu. mungkin atau mungkin tidak, penulis mengkaji emosi dan mental orang-orang sakit jiwa. tapi di akhir jalan cerita, seolah-olah penulis ingin cepat menghabiskan kisahnya. dan seperti terkejar-kejar dalam menghabiskan cerita ini.

orait, cukup dulu, nampak sangat tak pandai nak buat review buku. haha... tak nak cerita banyak, nanti spoil sangat2 pula. ni pun dah banyak spoiler, haha...

off and on~~

No comments: