Wednesday, March 02, 2016

Kaunseling: Infinity Challenge 469

Assalamu'alaykum,

yes, akhirnya berpeluang kembali menulis (baca: menaip) dalam blog ni. so, beberapa minggu kebelakangan ini, agak sibuk dengan pelbagai urusan, peribadi, kerja, keluarga, dan sedikit masyarakat. hari ni berkesempatan menonton cerita Infinity Challenge (rancangan variety dari Korea Selatan), dan kali ni lebih kepada kaunseling.



Infinity Challenge ni satu rancangan yang meminta MC mereka (sekarang 5 orang) melakukan cabaran-cabaran yang pelbagai. Mereka pernah masuk pertandingan rowing, perahu naga, menjadi pelumba kereta (perlumbaan sebenar), dan terbaru, mereka diberi cabaran untuk menjadi kaunselor.

bila menonton rancangan ini, baru perasan, inilah yang masyarakat perlukan, mereka perlukan seseorang untuk mendengar rintihan hati mereka, walaupun tidaklah menyelesaikan masalah dan rintihan mereka, tapi sekurang-kurangnya mendengar isi hati mereka. bukan sekadar membuta tuli, mengeraskan hati dari masyarakat.

kalau melihat kepada Sirah Ar-Rasul s.a.w, Baginda juga menjadi kaunselor yang berhikmah, bukan sahaja berilmu, kerana ilmu yang tidak selari dengan hikmah, akan menjauhkan orang dari kebenaran.

semua orang perlu kaunselor, hatta Ar-Rasul s.a.w juga merintih pada Allah s.w.t, dan Allah membalas rintihan Baginda dengan kisah2 Nabi terdahulu, yang juga mendapat ujian yang berat seperti Baginda.

kita? merintih pada manusia juga perlu, tapi jangan lupa, merintihlah padaNya, terutama pada malam hari, ketika hening tiada orang bangun disepertiga malam akhir. merintih pada ibu terutamanya sangat membantu. mereka lebih faham anak2 mereka.

well, i'm also need someone to soothe my worries. But since my late mother has passed away, i didn't find anybody else that can be the one to hear my stories, and it will buried deep inside.

wallahu'alam

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...