Monday, January 11, 2016

Berbengkel ke Melaka

Assalamu'alaykum

Sebenarnya, post ni bertujuan untuk mengimbas kembali bengkel Jabatan kami (baca: percutian), selama 3 hari di Mahkota Hotel Melaka. Walaupun pengalaman di hotel tidak mengagumkan, namun kawasan sekitar adalah sangat mengagumkan. hehe...



Hari Isnin adalah hari perjalanan ke sana. Disebabkan kami telah berada di Kuala Lumpur untuk menyertai larian amal Run 4 Peace di Putrajaya, perjalanan lebih mudah, kerana melawan arus (tapi arus laluan sentiasa sama je di highway PLUS, haha #lame).

anyway, selepas berlari di Putrajaya, perjalanan disambung dengan bengkel di Melaka. well, bengkel untuk strategik planning Jabatan. tapi sikit kelakarlah. sebab biasa strategik planning kita panggil higher thinker ni, tapi kali ni semua dipanggil. oklah. at least ada peluang berjalan. haha..

bengkel berlansung 2 malam 2 hari. yes, ianya bermula malam. petang isnin cuma pendaftaran dan bermain dalam kolam renang. malamnya baru mula perasmian. tapi berbengkel sampai jam 12 malam? adoiyai. dahlah baru travel jauh, panjang pula ceritanya malam2...haha

anyway, pengalaman menarik, bila dah jadi #runnertegar ni, g bengkel jauh pun sibuk nak lari. first morning lari keliling hotel je. owh, kami duduk Hotel Mahkota. agak besar kawasan hotel dia. sekali pusing dalam 500-600 meter jugalah. dapatlah dalam 3km pagi2 hari. sebelum sambung bengkel.

hari kedua, sebab dah boring pusing hotel je, malamnya sibuk cari laluan lain. dan rupanya kawasan bersejarah lain dekat je dengan Hotel. so, apa lagi, terus berlari dari hotel, lalu sebelah mahkota parade, lalu sebelah Dataran pahlawan, masuk jalan paraeswara, lepas tu berlari depan A Famosa, fuh, first time pergi sini, tapi berlari pula. haha... kemudian terus ke kawasan muzium2 yang berderet, kemudian ke bangunan merah, termasuklah Clock Tower, kemudian lalu jalan merdeka, lalu sebelah kota melaka, muzium samudera, pastu menuju ke menara taming sari, lalu sebelah dataran pahlawan, kemudian masuk dataran pahlawan berpusing satu round, dan balik ke hotel. itu pun baru 3.9km je. tak puas sangat lari, tapi puas hati dapat berlari kawasan bersejarah. haha..

okeh, next time boleh cerita pasal lawatan ke tapak2 bersejarah di Bandar Melaka ni.

wassalam

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...