Friday, May 30, 2014

Tips Hari Ini: Panduan untuk tidak menjerit kepada anak

Assalamu'alaykum,

ok kali ini nak kongsi sedikit tips untuk para ibubapa dengan anak-anak. Ini adalah antara tips untuk mengelakkan kita dari menjerit kepada anak-anak kita.

sumber: http://siraplimau.com/ketahui-7-cara-cara-dan-tips-bercakap-dengan-anak/


5 Tip Elak Menjerit Pada Anak!

Sumber: google images

Ramai ibu bapa terpaksa menjerit untuk menarik perhatian anak-anak yang degil. Semakin anda menjerit, semakin kurang perhatian yang diberi oleh anak-anak. Ikuti lima teknik mudah anak mendengar kata tanpa perlu meninggikan suara.

Bagi amaran. Anak-anak lebih takut apabila anda memberi amaran kerana mereka takut mereka tidak dapat apa yang mereka mahu. Sebagai contoh, selagi anak anda tidak mengemas barang-barang permainan, selagi itu mereka tidak boleh bermain di bermain basikal di taman.

Sentiasa bertenang. Hati ibu bapa mana yang tidak 'panas' apabila melihat makanan bersepah di ruang tamu gara-gara sikap anak yang gemar makan di depan tv. Teknik terbaik sebelum anda mahu menjerit adalah dengan bertenang sambil melihat anak-anak yang kian membesar dan semestinya sikap mereka hanya boleh dilihat ketika mereka masih kecil.

Ingat peranan anda. Apabila anda memilih untuk menjerit pada anak anda, sebenarnya anda telah merendahkan peranan anda sebagai ibu. Anda tidak boleh menuntut penghormatan daripada anak anda dengan menjerit sebaliknya anda perlu ingat peranan anda sebagai ibu adalah menunjukkan moral yang baik. Bercakap perlahan dan kawal dengan tenang menunjukkan anda ibu yang bijak.

Jadi lebih rapat. Anda menjerit dari tingkat atas atau dari dapur, namun anak-anak tetap mengabaikan anda. Ramai ibu bapa bertindak demikian kerana sudah memanggil anak-anak banyak kali tapi tidak didengari. Cara terbaik adalah pergi ke arah anak, tarik perhatiannya, lakukan 'eye contact' dan bercakap perlahan dengannya.

Bayangkan anda mempunyai tetamu. Kawal kemarahan dan rasa mahu menjerit dengan membayangkan jeritan anda mungkin akan didengari oleh jiran atau tetamu di dalam rumah anda. Membayangkan anda mempunyai tetamu membuatkan anda menolak untuk menjerit kerana memalukan anda sekeluarga.

Pesanan Dari Mimbar: 9 Mei 2014

Assalamu'alaykum,

Khutbah pada 9 Mei 2014 telah membincangkan berkenaan tajuk melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh. 

Wednesday, May 07, 2014

Pesanan Dari Mimbar: 2 Mei 2014

Assalamu'alaykum,

Alhamdulillah, khutbah kali ini lebih relevan dengan keadaan semasa, selepas beberapa siri khutbah yang kurang berpijak kepada realiti. Lebih2 lagi, masjid ini dipenuhi pekerja-pekerja kilang yang hampir 2/3 dari keseluruhan jemaah yang hadir.

Tajuk khutbah adalah "Ihsan dalam pekerjaan".

Al-Quran menerangkan bahawa manusia dicipta untuk beribadah dan menguruskan dunia dengan sebaik mungkin. Dan kemudiannya, manusia akan dihisab di hari akhirat kelak. Sebagai pekerja, ada tugas dan tanggungjawab tertentu. Dalam melaksanakan kerja, terdapat 2 syarat utama; 1. Melaksanakan hak Allah, dan 2. Melaksanakan hak muamalah sesama manusia.

Isu yang sering dibangkitkan, adalah tahan dan ihsan dalam pekerjaan. Islam memberi peringatan untuk berbuat baik, menjaga kualiti dan ihsan dalam pekerjaan kita, cuma ia menjadi kecemerlangan kepada kita. Rasul s.a.w bersabda: Allah sangat suja bile seseorang dari kamu membuat kerja, dan dia membuat kerja dengan kuat dan tekun. 

Salah satu rukun dalam Islam selain rukun Iman dan Islam, adalah Ihsan. Menghayati ihsan akan menjadikan kita masyarakat yang cemerlang. Ihsan bermaksud mengabdikan diri kepada Allah, dengan kerja yang dibuat dan dinilai oleh Allah. Ihsan adalah kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat Allah.

Unsur penting ihsan dalam pekerjaan adalah bersifat profesional. Persoalan yang besar adalah, bagaimana nak melahirkan sifat ihsan ini? Prinsip ihsan; 
1. Akhlak mulia, 
2. Cemerlang, 
3. Ada ilmu pengetahuan, 
4. Ada wawasan dan masa depan, 
5. Ada nilai diri yang tinggi.

Prinsip ihsan adalah perlu menguasai ilmu, dan seimbang dalam beribadah, ihsan akan hasilkan pekrja yang bertanggungjawab dan istiqomah kepada Allah. Pekerja yang lakukan tugas dengan ihsan dijanji pahala besar. Allah menggesa manusia berani membuat perubahan kepada yang lebih baik

Wallahualam

Pesanan Dari Mimbar: 14 April 2014

Assalamu'alaykum,

Khutbah jumaat pada 14 april yang lalu, lepada kepada penekanan kepada keperluan manusia kepada agama. Kali ni, tak sempat nak ambil banyak ibrah, sebab terlewat sedikit ke masjid untuk mendengar pesanan dari mimbar. jadi ini apa yang sempat dinukilkan sahajalah.

Manusia memerlukan kepada agama. Agama kristian lebih kepada penekanan kepada aspek rohani, manakala yahudi memberi penekanan kepada luaran. Islam adalah agama yang menekankan kedua-dua aspek. Agama yang diredhai oleh Allah s.w.t juga adalah agama Islam.

Islam adalah kata nama khas buat agama yang diturunkan kepada Ar-Rasul s.a.w, dalam surah Ali Imran ayat 85;
"Barangsiapa mencari agama selain Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya. dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi"
Menurut tafsir ar-Razi, ayat ini menegaskan banyak petunjuk. Keengganan menerima kebenaran adalah kesilapan mereka sendiri. Ianya bersifat zalim dan penuh hasad. Imam Ghazali pula menyatakan, sesiapa yang mendustakan Nabi adalah kafir, dan kekal dalam neraka.

Selain itu, kita perlu ambil peduli, dan memahami Islam yang sebenarnya, yang tidak menyeleweng. Hayati Islam yang sebenar, agar dalam merasai kemanisan Islam itu sendiri.

wallahu'alam

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...