Tuesday, September 23, 2014

Drama panjang dah habis

Assalamu'alaykum,

post ni lebih kepada "drama" dan "wayang" berkisar kes Menteri Besar Selangor. sinopsis drama lebih kuranglah. hihi~

bermula dengan beberapa kes sejak TSKI menjadi MB, dengan kes kepada Azmin. Memberhentikan beberapa orang dari perbadanan, dan bermula dengan "langkah kajang" yang entah-jadi-entah-tidak. Kata Rafidzi Ramli, 2 objektif "kajang move" tercapai, namun tiada pula dia senaraikan semua objektif itu, dan apa yang tercapai dan tak tercapai...

anyway, dengan "kedegilan" TSKI, dan drama beberapa episod dengan PAS dengan menyuarat "penting" yang dilewatkan, kenyataan majlis syura ulama, juga tak lupa drama dalaman PKR sendiri, juga DAP yang banyak mengikut, serta beberapa "meme" yang muncul, drama ini sangat mendebarkan. tak lupa juga langkah TSKI untuk bersetuju dengan kerajaan pusat, dan menandatangani projek langat 2, drama ini sangat mendebarkan, serta penuh elemen drama tanah seberang dan juga tanah kepop.

kemudian dengan 2 adun PAS yang di"cop" pengkhianat, dan tidak sabar, dan terbaru "dituduh dibeli", drama ini sangat mengujakan. selain itu, dengan kemasukan pihak atasan, dengan tidak menerima cadangan PKR dan DAP, ia menambah ketegangan dalam drama ini. selain PAS juga tetap mencadangkan 2-3 nama kepada pihak atasan.

dan akhirnya, drama ini mungkin tamat hari ini, atau mungkin ada sambungan drama musim baru nanti?

kita tunggu

No comments: