Thursday, June 19, 2014

Tips Hari Ini: 20 Kesilapan Kewangan Paling Disesali oleh Mereka Yang Berumur 30an

Assalamu'alaykum,

Ok, kali ini akan cuba alih bahasa satu lagi artikel menarik. Iaitu 20 kesilapan dalam kewangan untuk mereka yang berumur 30an paling kesali. Perkara yang dinyatakan sangat relevan, kerana ianya akan bersangkut paut dengan cara kita menyimpan, berbelanja dan melihat hidup ini dari perspektif yang berbeza.

Artikel ini tidak berapa panjang, boleh dihabiskan dengan cepat.

sumber: http://fitzvillafuerte.com/20-financial-mistakes-that-30-year-olds-regret-the-most.html




Apakah kesilapan dalam kewangan yang paling dikesali oleh mereka yang berumur 30an?
Saya bertanya kepada rakan-rakan, bekas rakan sekerja, rakan sekolah dan rakan kolej dan ini adalah jawapan yang paling banyak


Kesilapan Menyimpan dan Berbelanja

#1 Menyesal kerana tidak belajar lebih awal cara membuat belanjawan

"Saya biasa mengeluarkan pendapatan saya untuk apa jua yang saya nak kerana saya tinggal dengan ibubapa. Tapi sekarang saya tinggal sendiri, saya rasa susah untuk buat belanjawan untuk bayar sewa dan lain-lain perbelanjaan hidup. Jika saya belajar cara belanjawan lebih awal, saya tahu saya takkan susah seperti ini"

#2 Saya harap saya tidak terleka untuk buat dana kecemasan

"Dalam umur 20an, saya menjadikan kad kredit sebagai dana kecemasan saya. Dan ianya adalah kesilapan yang besar - KESILAPAN YANG SANGAT BESAR. Jika saya boleh jadikan kebiasaan untuk menyimpan lebih awal, saya tahu saya takkan mempunyai hutang kad kredit yang banyak sekarang"

#3 Saya menyesal kerana habiskan duit macam tiada hari esok

"Saya berbelanja pada hari gaji seperti ianya waktu Christmas. Ianya bagus dan menyeronokkan pada awalnya, tapi selepas beberapa tahun, rasa menyesal datang bila kita mendengar rakan2 kita berhenti kerja dan mulakan perniagaan, dan kita masih lagi sangkut dengan pekerjaan makan gaji, tanpa simpanan"


Kesilapan Berhutang

#4 Saya menyesal ambil hutang kad kredit

"Menjadikan kad kredit seperti duit percuma adalah satu kesilapan kewangan yang saya lakukan. Saya terpaksa berhenti kerja dengan bayaran yang bagus untuk mengelak rasa malu kerana syarikat mengumpul hutang telefon ke pejabat dan ianya memalukan saya terutama kepada bos saya"

#5 Saya harap saya tidak belajar meminjam duit dari kawan-kawan

"Saya dianugerahkan dengan kawan-kawan yang baik yang sentiasa meminjamkan duit bila saya minta. Mereka tidak meminta tambahan hutang dan tidak kisah bila saya mahu bayar. Saya tidak lagi berkawan dengan mereka. Mereka mula tidak pedulikan saya bila mereka dapat tahu saya habiskan wang yang saya pinjam untuk keluar pada hujung minggu"


Kesilapan Cara Hidup

#6 Saya baru tahu mengikut trend adalah sia-sia

"Saya biasa membelanjakan duit untuk fesyen terbaru, dan telefon bimbit terbaru. Selepas bertahun lakukan ini, saya mempunyai almari yang ada pakaian ketinggalan zaman, longgokan gajet yang tidak berguna, dan tiada simpanan dalam bank"

#7 Saya menyesal naik taraf gaya hidup yang saya tidak mampu

"Satu masa, saya mendapat gaji RM2,000 dari boss saya. Hari berikutnya, saya daftar ke gym dengan bayaran RM2,500 sebulan. Siapa dengan otak yang bagus fikir sebegitu? Tapi saya buat begitu dulu - dengan fikir yang saya major dalam kejuruteraan"

#8 Saya harap saya tidak abaikan realiti inflasi

"Saya dapat kenaikan paling tidak 10% setahun, dan berdasarkan laporan kewangan, tahap inflasi adalah 4% - jadi maksudnya saya ok kan? SALAH! Tahap inflasi untuk individu adalah jauh lebih tinggi. Saya ada kereta, harga minyak sahaja naik 7% setiap tahun. Itulah sebab saya semakin berhati-hati berbelanja sekarang"


Kesilapan dalam Pendapatan dan Kerjaya

#9 Saya harap saya tidak leka dengan mempunyai hanya gaji sebagai pendapatan utama

"Saya selalu fikir saya adalah pekerja yang bernilai dan saya akan ada kerjaya yang panjang untuk saya dalam syarikat. Itu sebelum mereka merasakan mereka perlu kurangkan kos dan membuang saya. Memikirkan kerjaya saya selamat dan saya mampu hidup selamanya dengan makan gaji adalah kesilapan kewangan terbesar dalam hidup saya"

#10 Saya menyesal tidak memulakan perniagaan bila ada peluang

"Saya sekarang telah berkahwin dan mempunyai anak dan tidak mudah untuk berhenti kerja dan memulakan perniagaan. Lihat semula, saya harap saya ada keberanian untuk pergi kepada perniagaan bila saya masih bujang dan tinggal bersama ibubapa kerana saya mampu untuk ambil risiko yang lebih besar ketika itu"

#11 Saya harap saya tidak berhenti belajar

"Bila saya habis kolej, saya sangka saya akan berkata selamat tinggal kepada buku dan kelas. Sekarang, saya nampak rakan-rakan saya mempunyai kerjaya lebih baik dengan gaji tinggi kerana mereka terus melabur untuk pendidikan mereka melalui belajar sendiri dan seminar tambah nilai dan pembaikan skill"


Kesilapan Merancang Kewangan

#12 Saya harap saya mempunyai tabiat mengurus semua dokumen kewangan saya lebih awal

"Bunyinya seperti mengarut, tapi saya harap sya belajar bagaimana untuk mengurus dengan lebih baik dokumen kewangan saya lebih awal. Seperti semudah menyusun bil dan resit sekarang mampu memantau perbelanjaan saya dan tidak melebihi tarikh bayaran, yang akan menjadi lebih tinggi jika anda tahu"

#13 Menyesal tidak belajar berkenaan pelaburan lebih awal

"Saya selalu sangka melabur untuk mereka yang kaya sahaja, tapi saya sebenarnya silap. Jika saya belajar tentang harga pasaran, stock market dan mutual fund ketika saya berumur 20an, saya tahu saya akan mempunyai modal untuk memulakan perniagaan saya sendiri dan tidak akan berhutang untuk beli kereta dan rumah"

#14 Saya harap saya tidak mengabaikan keperluan kewangan masa depan untuk ibubapa saya

"Saya adalah mereka yang berada dalam 'sandwich generation', dan perbelanjaan kesihatan dan perubatan untuk kedua ibubapa saya dan ia merupakan isu yang besar dalam kewangan saya. Jika saya mampu melihat perkara ini lebih awal, melihat kedua ibubapa saya gagal dalam persaraan mereka, mungkin saya tidak akan dalam kesempitan kewangan sekarang"

#15 Saya harap saya membuat matlamat jangka panjang ketika 20an

"Keutamaan kehidupan saya berubah bila anak pertama saya lahir, dengan sekarang saya rasa inspirasi dan bermotivasi untuk memberikannya kewangan yang lebih baik. Tapi bila saya fikir tentangnya, jika saya tahu tentang kepentingan mempunyai matlamat kewangan jangka panjang lebih awal, saya tahu hidup saya akan lebih baik"


Lain-lain Kesilapan

#16 Saya menyesal saya ambil hutang untuk berkahwin

"Untuk jadi muda dan tidak mengetahui apa2 tentang hidup dan cinta. Saya dan suami mahu majlis perkahwinan yang sempurna, jadi kami letak tepi apa jua halangan dan berbelanja lebih dari apa kami mampu. Hutang ini meletakkan kami dalam keadaan hubungan yang tegang, yang menjadikan tahun-tahun awal perkahwinan kami sangat susah"

#17 Saya harap saya tidak berbelanja untuk berparti setiap hujung minggu ketika 20an

"Saya biasanya akan berbelanja di bar dengan kawan, minum dan berparti sepanjang malam. Sekarang saya menyesal tidak ambil masa untuk melancong dan menjelajah atau buat perkara lain. Saya rasa saya membazirkan terlalu banyak wang untuk alkohol sedangkan saya boleh simpan untuk melihat dunia ini"

#18 Saya harap saya tidak terburu-buru membeli kereta

"Saya mahu mengejar kawan-kawan, yang membeli kereta pertama mereka. Jadi saya ambil pinjaman auto, yang sangat menyukarkan kewangan saya. Saya tidak benar2 merancang belian tersebut, dan tidak sedar hinggalah kemudiannya yang kos penyelenggaraan kereta sangat tinggi. Jika saya boleh buat semula, saya akan guna wang tersebut untuk memulakan perniagaan"

#19 Saya harap saya tidak abaikan kesihatan saya

"Diabetes memang penyakit keluarga saya dan saya terlalu bodoh memikirkan saya tidak akan mempunyai penyakit tersebut bila tua nanti. Sekarang bukan saya ada diabetes, tapi juga ada kompilasi buah pinggang. Kalaulah saya jaga kesihatan saya lebih awal, saya takkan terpaksa berbelanja lebih untuk ubat dan rawatan"

#20 Saya menyesal pergi shopping bila rasa tertekan atau boring

"Bila saya rasa tertekan, saya akan keluar seorang diri dan membeli sesuatu yang bagus, yang buat saya rasa bagus TAPI perasaan itu tidak lama. Lepas beberapa hari, saya akan mula rasa tertekan dan boring. Saya harap saya dapat tahu awal bagaimana nak berdepan dengan perasaan negatif, dengan cara ubah cara pandangan tentang hidup dan mengikut aktiviti sukarela untuk tolong orang lain"

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...