Monday, June 16, 2014

Tips Hari Ini: 10 pelajaran hidup untuk berjaya dalam umur 30an anda

Assalamu'alaykum,

Jadi hari ini, kita akan berkongsi satu kisah dari satu blog, kisah yang sangat menarik untuk dibaca. Penulisnya adalah Mark Manson, dan blognya boleh dicapai di http://markmanson.net/10-life-lessons-excel-30s.

Amaran: artikel ni sangat panjang, tapi sangat penting, dan membantu. Ianya betul, saya sendiri dah mula rasakannya!



10 Pelajaran Hidup untuk berjaya dalam umur 30-an anda

Beberapa minggu lepas, saya telah berumur 30 tahun. Untuk meraikan ulang tahun saya, saya ingin menulis "apa yang saya pelajari pada umur 20an" (what i learned in my 20s). Tapi saya membuat sesuatu yang lain, saya telah menghantar email kepada para pelanggan (subscribers) saya dan bertanyakan pelanggan berumur 37 tahun dan ke atas, apakah nasihat yang mereka ingin berikan kepada diri mereka yang berumur 30an. Ide untuk mendapatkan sumber orang ramai (crowd source) tentang pengalaman hidup daripada pembaca saya yang lebih tua dan menjadikannya satu artikel berdasarkan pengalaman mereka yang dikumpul.

Hasilnya menakjubkan, saya menerima lebih 600 respon, dan kebanyakannya panjang lebih dari satu muka. Saya mengambil masa 3 hari penuh untuk membaca kesemuanya dan saya terkejut dengan kualiti pandangan yang telah dihantar.

Dalam melihat kesemua email, apa yang memeranjatkan saya adalah terdapat nasihat yang konsisten antara mereka. Terdapat 5-6 nasihat yang sama diberikan berulang-ulang kali dalam bentuk yang berlainan daripada 100 email yang diterima. Nampaknya, terdapat beberapa nasihat utama yang sangat berkaitan dengan kehidupan dalam dekad hidup kita ini.

Di bawah adalah 10 nasihat yang paling berulang daripada 600 email yang diterima daripada pembaca. Sebahagian dibiarkan anonymous, dan sebahagian yang lain terdapat umur yang disenaraikan.

1. Mula menyimpan untuk persaraan SEKARANG, bukan kemudian.

"Saya habiskan umur 20an secara melulu, tapi umur 30an adalah masa anda buat langkah besar dalam kewangan. Perancangan persaraan bukannya sesuatu yang boleh diletak tepi. Memahami perkara yang membosankan seperti insurans, 401ks dan hartanah adalah sangat penting disebabkan ianya berada di atas bahu anda. Didik diri anda" (Kash, 41)

Nasihat yang paling biasa - terlalu biasa hingga setiap email memberitahu perkara yang sama - mula untuk dapatkan rumah dan mula untuk menyimpan untuk persaraan....bermula hari ini.

Terdapat beberapa kategori dalam nasihat jenis ini;
  • Jadikan keutamaan untuk bayar semua hutang anda secepat mungkin 
  • Simpan "dana kecemasan" - terdapat pelbagai kisah menakutkan tentang masalah kewangan kerana masalah kesihatan, kes saman, perceraian, perniagaan yang merudum dan sebagainya.
  • Asingkan satu bahagian daripada gaji, sebaiknya menuju 401k, sebuah API atau sekurang-kurangnya akaun simpanan
  • Jangan berbelanja secara melulu. Jangan beli rumah sehingga anda mampu untuk dapatkan hartanah yang bagus dengan harga yang bagus
  • Jangan melabur dalam apa jua yang anda tidak faham. Jangan percayakan broker saham
Seorang pembaca mengatakan, "sekiranya anda berhutang lebih dari 10% daripada pendapatan tahunan anda, anda dalam keadaan 'red flag' yang besar. Berhenti berbelanja, bayar hutang dan mula menyimpan". Yang lain menyatakan, "Saya sepatutnya menyimpan lebih duit dalam dana kecemasan kerana perkara yang tidak dijangka adalah sangat mahal dan menghabiskan bajet perbelanjaan saya. Saya patut lebih tekun berkenaan dana persaraan, kerana sekarang semua benda kelihatan sikit"

Dan terdapat pembaca yang baru sahaja menjadi mangsa dengan ketidakupayaan untuk menyimpan dalam umur 30an mereka. Seorang pembaca bernama Jodi berharap dia mula menyimpan 10% daripada gajinya ketika umurnya 30. Kariernya jatuh teruk, dan dia sekarang berumur 57, hidup dengan gaji bulanan yang diterima sahaja. Seorang wanita lagi, berumur 62, tidak menyimpan kerana suaminya kurang pendapatan berbanding dia. Kemudian mereka bercerai, dan kemudian dia sakit, dan menghabiskan kesemua duitnya kedalam kes perceraian. Dia juga sekarang, hidup dengan gaji bulanannya. Seorang lelaki pula menyatakan dia dibantu anak lelakinya kerana dia tidak menyimpan dan kehilangan kerja ketika kejatuhan ekonomi pada tahun 2008.

Pengajarannya sangat jelas: simpan awal, dan simpan sebanyak mungkin. Seorang wanita menghantar email kepada saya mengatakan dia terpaksa bekerja dengan gaji kecil dan 2 orang anak ketika umur 30an, dan menyimpan untuk dana persaraannya. Disebabkan dia menyimpan awal, dan melabur secara baik, dia sekarang berumur 50an dan stabil secara ekonomi untuk pertama kali dalam hidupnya. Ianya boleh dilakukan, anda hanya perlu mulakan.


2.  Mula menjaga kesihatan anda sekarang, bukan nanti

"Minda anda adalah terkebelakang 10 hingga 15 tahun berbanding badan anda. Kesihatan anda akan hilang lebih cepat dari yang anda fikirkan tapi sangat sukar dikenalpasti, tidak kerana otak anda mengatakan ianya tidak akan terjadi" (Tom, 55)

Kita semua tahu untuk jaga kesihatan, kita semua tahu untuk makan yang baik, dan tidur dengan baik dan beriadhah lebih dan blah blah blah... Tapi seperti penyimpanan persaraan, respon daripada pembaca yang tua adalah jelas: jadi sihat dan jaga kesihatan sekarang!

Terdapat ramai orang yang mengatakan saya tidak akan kisah quote apa orang lain kata. Isunya adalah lebih kurang sama; cara anda melayan badan anda memberikan kesan terkumpul; bukan kerana badan anda tiba-tiba mogok atau sakit dalam jangka masa setahun, ianya mula mogok dan sakit selamanya sejak anda tidak mengetahuinya. Ini adalah cara untuk sedekad untuk kurangkan penyakit. Makan salad dengan tersenyum.

Dan ini bukanlah nasihat mak-mak untuk makan sayur anda, ianya daripada mangsa kanser yang terselamat, mangsa sakit jantung, mangsa stroke, mereka yang kena diabetes dan tekanan darah tinggi, sakit lutut dan sakit kronik lain. Mereka semuanya mengatakan benda yang sama: "sekiranya saya mampu patah balik, saya akan jaga pemakanan dan beriadhah dan saya takkan berhenti. Dulu saya bagi alasan, tapi saya tak tahu padahnya"


3. Jangan buang masa dengan orang yang takkan layan anda dengan baik

Belajar untuk katakan tidak kepada orang, aktiviti dan tanggungjawab yang tidak memberikan nilai kepada hidup anda (Hayley, 37)

Selepas nasihat untuk menjaga kesihatan dan kewangan, nasihat yang paling sama adalah mereka yang melihat kepada umur 30an mereka; mereka akan patah balik dan luangkan masa dengan orang yang lebih baik. "membuat sempadan yang sihat ialah salah satu perkara yang baik yang anda boleh lakukan kepada orang lain" (Kristen, 43)

Apakah maksudnya secara spesifik?
"Jangan bertolak ansur dengan orang yang tidak melayan anda dengan baik. Jangan bertolak ansur dengan mereka kerana sebab kewangan. Jangan bertolak ansur dengan mereka kerana sebab emosi. Jangan bertolak ansur dengan mereka kerana anak-anak atau demi keselesaan" (Jane, 52)

"Jangan berpuas hati untuk kawan yang biasa, kerja, cinta, perhubungan dan kehidupan" (Sean, 43)
"Jauhkan diri dari orang yang teruk...mereka akan meletihkan anda" (Gabriella, 43)

"Kelilingi diri anda dan bersama mereka yang akan jadikan anda seorang yang lebih baik, yang akan keluarkan bahagian anda yang paling bagus, perasaan cinta dan menerima anda" (Xochie)

Orang biasanya bergelut dengan sempadan ini kerana mereka merasakan payah untuk menyakiti hati orang lain, atau mereka terperangkap dengan rasa untuk mengubah orang lain, atau nak melayan mereka dengan cara yang mereka inginkan. Ini takkan berlaku. Dan sebenarnya, ia menjadikannya lebih teruk. Salah seorang pembaca mengatakan, "Pentingkan diri dan kepentingan diri adalah dua perkara berbeza, kadangkala kita perlu jadi kejam untuk menjadi baik"

Ketika kita berumur 20an, dunia terbuka untuk pelbagai peluang dan kita kekurangan pengalaman yang menyebabkan kita bergantung kepada orang yang kita jumpa, walaupun mereka tidak melakukan apa-apa untuk bergantung kepada kita. Tapi ketika umur kita 30an kita belajar perhubungan yang baik adalah sukar untuk didapati, dan tiada sebab untuk menghabiskan masa dengan orang yang tidak akan membantu kita dalam kehidupan kita yang akan datang.


4. Berbuat baik kepada orang yang penting kepada anda

"Hadirkan diri dengan dan untuk rakan-rakan anda. Anda penting, dan kehadiran anda juga penting" (Jessica, 40)

Sebaliknya, ketika menjarakkan diri dengan meletakkan sempadan dengan siapa yang anda mahu berkawan, ramai pembaca yang menasihatkan untuk ambil masa untuk rakan-rakan dan keluarga yang kita putuskan untuk rapat.

"Saya rasa kadangkala saya ambil mudah tentang perhubungan, dan bila orang tersebut hilang, mereka memang benar-benar hilang. Malangnya, ketika kita semakin berusia, beberapa perkara akan mula berlaku, dan ianya akan memberi kesan kepada mereka yang paling rapat dengan anda" (Ed, 45)

"Hargai mereka yang rapat dengan anda. Anda boleh dapatkan balik wang dan kerja anda semula, tapi anda takkan dapat kembalikan masa anda" (Anne, 41)

"Tragedi berlaku dalam kehidupan setiap orang, orang-orang terdekat, keluarga dan rakan-rakan. Jadilah seseorang yang boleh diharap bila tiba masanya. Saya rasakan umur antara 30 - 40 ialah dekad yang apabila perkara buruk berlaku, ianya tidak berlaku kepada mereka yang anda sayang sahaja. Ibubapa meninggal, pasangan meninggal, bayi dilahirkan, rakan2 bercerai, pasangan menipu...senarai ini berterusan. Dengan hadirkan diri pada saat-saat tersebut, mendengar dan tidak menilai adalah satu penghormatan dan akan merapatkan lagi hubungan tanpa anda sangka" (Rebecca, 40)


5. Anda tidak boleh dapat semua benda; fokus kepada buat beberapa perkara sebaik mungkin

"Semua perkara dalam hidup adalah keseimbangan. Anda melepaskan satu benda untuk perkara lain, dan anda takkan dapat semuanya. Terima kenyataan" (Eldri, 60)

Ketika berumur 20an, kita mempunyai banyak impian. Kita percaya kita ada semua masa di dunia. Saya sendiri masih ingat mempunyai ilusi website merupakan kareer pertama saya daripada kebanyakan kareer. Sikit yang saya tahu yang ianya akan ambil masa yang banyak untuk jadi kompeten. Dan sekarang ianya sangat kompeten, kenapa saya nak tukar kepada kareer yang lain?

"Dalam satu perkataan: fokus. Anda akan dapat banyak benda dalam perkara yang anda tumpukan perhatian dan buat yang terbaik. Lebihkan fokus" (Ericson, 49)

Pembaca yang lain: "Saya akan beritahu diri sendiri untuk fokus kepada satu atau dua matlamat/aspirasi/impian dan berusaha untuk capainya. Jangan terganggu atau terpesong", yang lain menambah: "Anda perlu terima hakikat anda tak boleh buat semua perkara. Ianya ambil banyak pengorbanan untuk capai apa yang istimewa dalam hidup"

Beberapa pembaca mengatakan kebanyakan orang sewenang-wenangnya pilih kareer kerja mereka dalam akhir masa remaja, atau awal 20an, dan kebanyakan pilihan kita pada umur tersebut adalah salah. Ia mengambil masa lama untuk kenalpasti apa yang kita bagus, dan apa yang kita suka lakukan. Tapi ianya lebih baik untuk fokus kepada kekuatan utama kita dan maksimumkan ianya sepanjang hayat daripada pandai sikit sesuatu perkara.

"saya akan beritahu diri saya yang 30an untuk letak ketepi apa yang orang lain fikirkan dan kenalpasti kekuatan saya, dan apa yang saya suka lakukan, dan kemudian bina kehidupan dari perkara-perkara ini" (Sara, 58)

Untuk sesetengah orang, ini bermaksud mengambil risiko yang besar, walaupun dalam umur 30an. Ia mungkin bermaksud berhenti dari kareer yang dibina sedekad dan kehilangan wang yang mereka kumpul dan perkara yang dah biasa dilakukan. Ini membawa kepada...



6. Jangan takut ambil risiko, anda masih boleh berubah

"Ketika merasakan umur 30an adalah masa untuk mempunyai kerja tetap, ianya tidak terlewat untuk berkata tidak. Individu yang saya lihat mempunyai penyesalan yang besar adalah ketika dekad ini, yang tetap berada dalam keadaan yang tidak betul. Ianya adalah dekad yang cepat berlalu, hari bertukar minggu, minggu bertukar tahun, dan kemudian terbangun pada 40an dengan krisis pertengahan umur kerana tidak ambil tindakan kepada masalah yang telah mereka sedari selama 10 tahun tapi tidak mengambil tindakan" (Richard, 41)

"Penyesalan terbesar saya lakukan adalah hampir semua benda yang saya tidak lakukan" (Sam, 47)

Ramai pembaca memberikan komen berkenaan bagaimana masyarakat memberitahu kita yang 30an yang semua perkara sepatutnya telah jelas - keadaan pekerjaan, perhubungan/perkahwinan, keadaan kewangan dan pelbagai lagi. Tapi ini tidak benar. Bahkan, ramai pembaca yang merayu untuk tidak terikat dengan pandangan masyarakat untuk "menjadi dewasa" yang menghalang anda mengambil risiko yang besar dan bermula semula.

"Saya akan masuk ke umur 41 tahun dan akan beritahu saya yang berumur 30 tahun yang dia tidak perlu pastikan yang hidupnya adalah ideal yang dia sendiri takkan percaya. Jalani kehidupan jangan biarkan sebaliknya. Jangan takut untuk jatuh sekiranya perlu, anda punya kuasa untuk bina balik nanti" (Lisa, 41)

Beberapa pembaca mengaitkan perubahan kareer utama mereka dalam umur 30an dan menjadi lebih baik selepas itu. Seorang berhenti jurutera tentera dan menjadi cikgu. 20 tahun kemudian, dia mengatakan ianya adalah keputusan terbaik dalam hidupnya. Bila saya tanya mak saya berkenaan hal ini, dia menjawab, "mak harap mak dapat fikir di luar kotak. Ayah awak dan mak dapat tahu kami perlu buat perkara A, perkara B, perkara C, tapi lihat semula, mak lihat sebenarnya tak perlu buat pun semuanya; pemikiran kami terlalu sempit dan mak menyesal sebab itu"
2888-cm288804edd805f929e5jpeg-CUOW
"Kurangkan takut, kurangkan takut, kurangkan takut. Saya akan masuk ke umur 50 tahun depan, dan saya baru belajar perkara ini. Takut adalah benda yang memudaratkan dalam hidup saya ketika 30an. Ianya memberi kesan kepada perkahwinan, kareer, gambaran diri saya dalam keadaan yang negatif. Saya merasa bersalah dengan mengandaikan apa yang orang lain kata. Memikirkan yang saya akan gagal, bayangkan apa yang akan berlaku. Sekiranya saya boleh lakukan semula, saya akan ambil lebih risiko" (Aida, 49)


7. Anda perlu terus berkembang dan membina diri anda

"Anda mempunyai 2 aset yang anda tidak akan dapat semula bila ianya hilang; badan anda dan minda anda. Kebanyakan orang berhenti berkembang dan bekerja sendiri ketika umur 20an. Ramai orang dalam 30an terlalu sibuk untuk memikirkan peningkatan diri. Tapi sekiranya anda adalah seseorang yang terus belajar diri sendiri, mengembangkan pemikiran dan menjaga kesihatan mental dan fizikal, anda akan berada jauh ke depan ketika umur 40an" (Stan, 48)

Ianya bersambungan dari isu anda boleh berubah ketika berumur 30an - dan patut berterusan untuk berubah dalam umur 30an - jadi kita perlu untuk terus bekerja untuk memperbaiki dan berkembang. Ramai pembaca mengaitkan dengan peluang untuk kembali ke sekolah dan mendapatkan ijazah mereka ketika umur 30an sebagai salah satu perkara yang baik yang mereka telah lakukan. Selain itu, ada juga yang mengambil seminar tambahan dan kursus untuk membaiki diri. Yang lain pula memulakan perniagaan pertama atau berpindah ke negara lain. Pembaca lain pula memeriksa diri mereka dengan terapi atau memulakan aktiviti meditasi.

Seorang rakan saya menyatakan, ketika berumur 29, dia memutuskan yang mindanya adalah aset yang paling bernilai, dan dia membuat pelaburan untuknya. Dia membelanjakan ribuan dalam pendidikannya, untuk seminar, dan pelbagai jenis terapi. Dan ketika berumur 54 tahun, dia masih menyatakan itulah keputusan yang paling hebat pernah dilakukannya.

"Matlamat utama perlu untuk menjadi individu yang lebih baik, pasangan, ibubapa, rakan, dan sebagainya - dengan kata lain untuk berkembang sebagai individu" (Amilia, 39)

8. Tiada siapa tahu apa yang mereka lakukan, biasakannya

"Kecuali anda telah mati - secara mental, emosi dan sosial - anda tidak dapat menjangka apa yang akan berlaku 5 tahun lagi. Ianya tidak akan menjadi seperti yang anda harapkan. Jadi hentikannya. Berhenti menganggap anda boleh rancang ke depan, berhenti menghantui apa yang sedang berlaku sekarang, kerana ianya akan berubah, dan berhenti mengawal arah tuju hidup anda. Sekiranya ini berlaku, anda akan dapat lebih peluang dan tidak hilang apa-apa, anda tidak boleh hilang apa yang anda ada. Selain itu, kebanyakan perasaan kehilangan adalah dalam minda anda - sedikit berkaitan dalam jangka masa panjang" (Thomas, 56)

Dalam artikel saya tentang apa yang saya belajar dalam umur 20an, salah satu pengajaran "Tiada Orang tahu apa mereka lakukan", dan ini adalah berita yang baik. Berdasarkan kepada pembaca berumur 40an, ianya akan berterusan dalam umur 30an, dan seperti akan berterusan lagi, dan ianya akan berterusan, dan ini menjadi berita baik juga.

"Ramai antara anda akan fikir ianya penting sekarang akan kelihatan tidak penting dalam 10 atau 20 tahun akan datang dan ianya OK. Ianya dipanggil perkembangan. Cuma perlu ingat untuk tidak mengambil terlalu serius setiap masa dan cuba membuka minda anda" (Simon, 57)

"Walaupun kita merasa selamat untuk sedekad yang lepas, kita sebenarnya tidak tahu apa yang akan terjadi dan begitu juga orang lain, walaupun mereka bercakap dengan yakin tentangnya. Ianya akan kelihatan menganggu untuk mereka yang bergantung kepada rasa selamat, ianya sebenarnya membebaskan selepas anda mengetahui kebenaran yang semua perkara akan sentiasa berubah. Mungkin akan tiba masa yang sangat menyedihkan, jangan memendam rasa atau melarikan diri darinya. Kesedihan adalah sebahagian dari kehidupan setiap orang dan ianya akibat hati yang terbuka dan bersemangat. Hormatinya, selain itu jadilah lebih baik pada diri sendiri dan orang lain, ianya adalah perjalanan yang baik dan cantik dan akan terus menjadi lebih baik" (Prue, 38)

"Saya berumur 44 tahun. Saya ingin ingatkan saya yang berumur 30 yang ketika umur 40, umur 30an saya akan dipenuhi perkara-perkara bodoh, perkara berlainan, tapi masih lagi perkara bodoh...jadi, untuk diri saya yang 30 tahun, jangan merasa diri anda lebih baik. Anda masih tidak tahu lagi. Dan itulah perkara yang baik" (Shirley, 44)

9. Melabur untuk Keluarga Anda, Ianya Sangat Berbaloi

"Luangkan masa dengan orang tua anda. Ianya perhubungan yang berbeza apabila anda seorang dewasa dan ianya bergantung kepada anda untuk mendefinisikan semula interaksi anda. Mereka akan sentiasa melihat anda sebagai anak mereka sehinggalah masa anda menjadikan pandangan mereka berlainan, iaitu sebagai lelaki. Setiap orang akan menjadi tua. Setiap orang akan mati. Ambil kesempatan dari masa yang anda ada untuk betulkan apa yang patut dan nikmatilah bersama keluarga anda" (Kash, 41)

Saya merasa terharu dengan jumlah respon tentang keluarga dan kekuatan respon tersebut. Keluarga adalah perkara baru yang berkaitan dengan saya dalam dekad ini, kerana anda akan merasai kedua hujungnya. Ibubapa anda semakin tua dan anda perlu memikirkan bagaimana perhubungan anda dengan mereka. Dan anda perlu juga memikirkan untuk membina keluarga sendiri.

Hampir semua orang bersetuju untuk menyelesaikan masalah yang anda hadapi dengan kedua ibubapa anda dan mencari jalan untuk pastikan ianya menjadi lebih baik. Seorang pembaca menyatakan: "Anda terlalu tua untuk menyalahkan ibubapa anda untuk apa yang kurang pada anda. Pada umur 20an anda boleh larikan diri darinya, anda lari dari rumah. Pada umur 30, anda dah dewasa, tolong teruskan"

Tapi kemudian terdapat satu soalan yang bermain-main dalam pemikiran orang bujang berumur 30an: untuk mempunyai anak atau tidak?

"Anda tidak punya masa. Anda tidak punya duit. Anda perlu kukuhkan kerjaya anda dulu. Mereka akan menganggu hidup anda sebagaimana yang anda tahu....Anak2 adalah baik. Mereka jadikan anda lebih baik dalam pelbagai perkara. Mereka akan mendorong anda melebihi had anda. Mereka menjadikan anda gembira. Anda tidak perlu bertangguh untuk mempunyai anak. Jika anda berumur 30an sekarang adalah masa yang bagus untuk mempunyai anak. Anda tidak akan menyesalinya" (Kevin, 38)

"Tidak ada 'masa yang tepat' untuk anak kerana anda tidak tahu apa yang anda akan dapat sehingga anda mendapatkannya. Sekiranya anda mempunyai perkahwinan yang baik dan keadaan yang baik untuk membesarkan mereka, cuba dapatkan anak lebih awal daripada lewat, anda akan menikmatinya lebih lagi" (Cindy, 45)

"Semua pendapat saya terdahulu tentang perkahwinan adalah salah. Kecuali anda dah berkahwin, semua orang lain salah. Terutama berkenaan anak. Cuba untuk membuka peluang untuk pengalaman sebagai orang; perkahwinan anda berbaloi, dan kegembiraan anda berkait dengan kebolehan anda untuk berubah dan menyesuaikan diri dengan benda lain. Saya tidak merancang untuk mendapat anak. Dari pendapat peribadi yang mementingkan diri, ianya adalah perkara paling bodoh sekali. Kanak-kanak adalah paling memuaskan hati, mencabar dan meletihkan usaha sesiapa sahaja. Selamanya" (Rich, 44)
What do you want kid?
What do you want kid?
Perkahwinan adalah sangat berbaloi, memandangkan anda mempunyai hubungan yang baik dengan orang yang baik, sekiranya tidak, anda patut larikan diri darinya (lihat #3)

Tapi yang menariknya, saya mendapat email berkenaan perkara ini;

"Apa yang saya tahu sekarang, dengan 10-13 tahun lalu ianya ini....perempuan, pantai, minum lepas tu minum, pergi kelab malam, trip ke bandar berlainan sebab saya tiada tanggungjawab selain kerja... Kalau boleh saya nak tukar setiap kenangan itu dengan hidup dengan wanita yang baik yang sebenarnya cintakan saya...dan mungkin juga keluarga. Saya juga tidak mahu lupakan untuk berkembang dan memulakan keluarga dan ambil tanggungjawab daripada berjaya di tempat kerja. Saya masih lagi gembira sedikit...tapi apabila saya keluar, saya rasa saya masih lagi seorang yang baru habis sekolah. Saya lihat orang bercinta dimana-mana. "semua orang" dalam umur saya telah berkahwin sekali atau dua kali sekarang! Hidup sebagai seorang bujang nampak menyeronokkan pada kawan2 yang dah berkahwin, tapi ianya bukan cara hidup yang patut mereka pilih" (Anonymous, 43)

"Saya nak beritahu diri saya sendiri untuk berhenti mencari perkara baik yang seterusnya dan saya patut hargai perhubungan yang saya ada dengan orang yang mencintai saya dan baik yang menjaga saya. Sekarang saya sentiasa berseorangan dan ianya terasa sudah terlalu lewat" (Fara, 38)

Akan tetapi, terdapat juga beberapa email yang menyatakan sebaliknya;

"Jangan rasa tertekan untuk berkahwin atau mempunyai anak kalau anda tidak mahu. Apa yang buat seseorang itu gembira tidak sama dengan seseorang yang lain. Saya memilih untuk kekal bujang dan tidak mempunyai anak, dan saya masih gembira. Buat apa yang anda rasa betul untuk anda" (Anonymous, 40)

Kesimpulan: secara dasarnya, walaupun keluarga ini tidak penting untuk gembira, namun majoritinya, mempunyai keluarga adalah satu pelaburan yang sangat berguna, dengan memastikan perhubungan itu sihat dan tidak dicemari.

10. Berbuat baik kepada diri sendiri, hormati diri sendiri

"Jadilah sedikit mementingkan diri sendiri, dan buat sesuatu untuk diri sendiri setiap hari, sesuatu perkara yang berbeza setiap bulan dan sesuatu yang hebat setiap tahun" (Nancy, 60)

Ini adalah satu perkara yang biasanya tidak menjadi fokus utama dalam semua email, tapi ianya dinyatakan dalam kapasiti yang sama oleh semua pembaca: layan diri sendiri dengan lebih baik. Hampir setiap responden menyatakannya dalam bentuk yang sama atau berbeza. "Tiada orang lain yang jaga atau fikirkan tentang kehidupan anda" salah seorang pembaca memulakan, dan "hidup ini susah, jadi belajar untuk sayangi diri anda sekarang, ianya sukar untuk belajar kemudiannya" seorang pembaca menutupnya.

Atau seperti kata Renee, 40, secara ringkas: "Berbuat baiklah pada diri sendiri"

Ramai pembaca memasukkan klise lama: "Jangan hiraukan perkara kecil, dan ianya semua adalah perkara kecil", Eldri, 60 secara bijak menyatakan, "Jika berdepan dengan masalah yang dihadapi, tanya diri sendiri, Adakah ianya penting dalam 5 tahun, 10 tahun akan datang? Jika tidak, duduk dengannya beberapa minit, kemudian biarkan ianya pergi". Nampaknya ramai pembaca fokus kepada pengajaran halus dalam kehidupan untuk menerima kehidupan seperti ketuat.

Yang akhirnya membawa saya kepada kata-kata terakhir dari Martin, 58:

"Apabila saya masuk ke umur 40an ayah saya beritahu saya yang saya menikmati umur 40an kerana dalam umur 20an saya fikir saya tahu apa yang berlaku, dalam umur 30an anda mengenalpasti yang anda sebenarnya tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya, dan dalam umur 40an anda boleh berehat dan menerima perkara yang berlaku seadayanya. Saya berumur 58 dan ayah saya betul"

Terima kasih kepada semua yang menyumbang.

rujukan: http://markmanson.net/10-life-lessons-excel-30s

No comments: