Tuesday, June 03, 2014

Pesanan Dari Mimbar: 30 Mei 2014

Assalamu'alaykum,

Alhamdulillah, ada lagi kesempatan masa nak menulis kembali. Kali ini perkongsian untuk khutbah jumaat pada 30 mei 2014. Dan tajuk khutbah kali ini adalah "taubat nasuha". Tajuk yang sangat menyentuh hati...



Umat Islam dituntut untuk bertaubat sentiasa kepada Allah s.w.t. Taubat bermaksud kembali menyerah diri kepada ALLAH s.w.t. Ianya adalah natijah, atau hasil dari penyesalan hamba yang telah membuat kesalahan. Dalam surah At-Tahrim, ayat 8;
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada ALlah dengan taubat nasuha, mudah-mudahan TUhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, dan paga hari ALlah tidak akan menghinakan Nabi dan orang yang beriman bersama-sama dengannya, cahaya mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka; mereka berkata: Wahai Tuhan kami! sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan limpahkanlah keampunan kepad akami, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu"
Allah menyeru manusia, agar segera bertaubat. Taubat dapat mengampunkan dosa-dosa kita dan dapat masuk ke dalam syurga. Taubat ada 4 syarat;
  1. Ikhlas menyesal dengan bersungguh-sungguh
  2. Berhenti serta merta dari dosa yang dilakukan
  3. Berazam untuk tidak mengulang kesalah tersebut
  4. Jika bersalah kepada sesama manusia, perlu meminta maaf dari orang tersebut
Taubat yang betul, akan diiringi dengan keinsafan. Dalam surah An-Nisa ayat 18:
"Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang-orang yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang dari mereka hampir mati, berkatalah ia: sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini, dan orang-orang yang mati sedang mereka tetap kafir. Orang-orang yang demikian, Kami telah sediakan bagi mereka azab siksa yang tidak terperi sakitnya"
Terdapat 3 golongan yang mana taubat mereka tidak diterima oleh Allah s.w.t, mereka adalah;
  1. Orang yang sering mengulang kesalahan selepas bertaubat
  2. Orang yang bertaubat apabila nak mati atau ketika sudah tiba hari kiamat
  3. Orang yang mati dalam kekufuran
Taubat mereka tidak diterima kerana mereka tidak ikhlas dan tidak insaf dari melakukan kesalahan. Ianya hanya taubat sementara. Perbanyakkanlah taubat dengan keikhlasan dengan sebenar-benar penyesalan. Dalam surah An-Nisa ayat 17;
" Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggup oleh ALlah hanya bagi orang-orang yang melakukan kejahayan disebabkan kejahilan kemudian mereka segera bertaubat, maka mereka diterima Allah taubatnya, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana"
Peluang untuk bertaubat jangan diabaikan. Kerana Allah s.w.t telah menunjukkan sifat Maha Pengampun dan Maha PemaafNya. 

Adab-adab dalam bertaubat;
  1. Berpakaian bersih
  2. Menimbulkan rasa takut atas dosa yang telah dilakukan dan risau taubat tidak diterima, dan berharap agar taubat diterima
  3. Memilih waktu yang mustajab untuk bertaubat seperti sepertiga malam
  4. Bersangka baik yang Allah akan menerima taubat kita
Kesimpulan khutbah:
  1. Bertaubat satu tuntutan Allah, dan perlu dilakukan dengan segera
  2. Ianya perlu disertakan keikhlasan dan keinsafan
  3. Sebaik-baik insan adalah mereka yang berbuat salah dan segera bertaubat
wallahu'alam

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...