Sunday, April 27, 2014

Persidangan dan Pameran Antarabangsa Remote Sensing dan GIS ke Tujuh IGRSM

Assalamu'alaykum,


Alhamdulillah, diberikan kesempatan masa, tenaga dan fikiran untuk bersama penganjur di Persidangan dan Pameran Antarabangsa Remote Sensing dan GIS ke Tujuh IGRSM (Institusi Geospatial dan Remote Sensing Malaysia), bertempat di Hotel Berjaya Times Square pada 21 dan 22 April 2014.

website: http://www.igrsm.com/igrsm2014/index.html



Terlalu banyak pengalaman dan pengetahuan yang dapat dikutip sepanjang proses perancangan dan perlaksanaan persidangan ini. Secara jujurnya, ini adalah kali pertama terlibat sebagai penganjur persidangan sebesar ini, dengan kapasiti peserta dari dalam dan luar negara. Sebelum ini, pernah jadi penganjur seminar sehari sahaja, peringkat kebangsaan, iaitu GIS DAY 2012. dan peserta cuma pelajar dan juga penjawat awam dan swasta dalam Malaysia.

Bermula dengan peningnya perancangan awal, untuk setup website, mencari paper untuk publish, promosi untuk peserta, semuanya dilakukan sejak akhir tahun lepas, kira2 bulan Oktober-November 2013. dan sepanjang tempoh setengah tahun lebih, pelbagai pengetahuan baru, selain pengalaman yang dapat diambil. Walaupun penat, tertekan, dan pelbagai lagi emosi, yang menyedut kekuatan tenaga, masa dan fikiran, ketika persidangan berlangsung, itu semua tidak difikirkan, dan hanya fokus kepada acara yang sedang berlangsung.

Ramai juga yang ada ketika awalnya perancangan, namun sedikit demi sedikit, ianya berkurangan. Kerana sebab teknikal, juga sebab mental. ada yang tidak sanggup bersama, kerana penat, selain terasa ianya seperti beban. (haha). Jujurnya, memang ada terasa ingin tarik diri, dengan perlahan2 datang selang2 ke meeting. Namun, akhirnya membulatkan tekad, untuk menjayakan persidangan ini. Alhamdulillah, walaupun sedikit, ianya telah kembali menguatkan hati dan semangat untuk terus berusaha selepas ini!

Pada awalnya, cuma terlibat dalam bab admin website, lebih kurang 2 bulan ambil alih dari webmaster utama. Dan hasilnya, website tak cantik sangat (haha), dan nampak kaku dan statik. Ok, nampak gaya kena polish lagi skill "kartografi" aku nih...belajar bab seni lebih sikit.

Kemudian, tiba2 dijemput jadi Technical Committee dalam 3 bulan terakhir. Buat surat jemputan perasmi, jemputan VIP, buat apa ntah lagi yang aku pun tak tahu kenapa aku buat tu (haha). Dan akhirnya pada masa persidangan berlangsung, ditugaskan untuk menjaga parallel session (salah satu bilik), dan juga sebagai teknikal masa majlis perasmian (Perasmi adalah Timbalan Menteri MOSTI), dan juga majlis penutup jadi photographer rasmi (guna hp je). haha

ok, nak cerita sangat panjang, tapi secara dasarnya, memang ianya menyeronokkan, dan sangat banyak yang dapat dipelajari sepanjang proses perancangan dan perlaksanaannya...Dapat memahami perasaan orang yang uruskan persidangan selepas2 ini...hihi

moga ianya dapat juga digunakan dalam perlaksanaan program yang lain pula nanti, terutama dalam DnT!

wallahu'alam

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...